Movie Happy Old Year
Semalam  masa tengah lipat baju, nak cari satu movie yang santai2 tengok tak yah  nak pikiaq...ternampak la cita thailand " Happy Old Year" ni...
 Tergerak nak tgk, sbb hero sunny handsome ni la hahaha 
  Cita ni mengisahkan yang Jenny ni baru balik dr study, pastu buat  bisnes dan setup rumah dia jadi ofc..so dia mmg suka la konsep  minimalist tu..memang cantik la rumah dan ofc dia, lapang ja tgk, luas  ja selepas dia deko.
 Selepas deko, wartaman mai interview dia  pasai konsep rumah dan pejabat yg minimalist tu untuk di masukkan dalam  ruangan majalah, depa tanya, macam mana nk buang barang-barang? Tak  sayang ka? Pastu depa mintak petua dia.
 Maka bermulalah sesi throwback dan sesi dia bagi petua2 macam mana dia buang barang-barang kat rumah dia...
 Perlukan pengorbanan untuk dia buang barang-barang yang penuh sentimental value. Mana barang yang mak dia sayang lagi.
  Nuuu bayangkan barang zaman tok nadok nuuuuu...sayang nak buang, sbb  ada kenangan, tapi kita tak guna pun kan? Kak bee pun terpikiaq ni...dok  ada kat rumah tak pakai pun, nk buang sayang, haaaaaih...
 Ada  satu part, dia buang barang kawan dia bagi, cd...kawan dia nmpk...kawan  dia tanya "sure ka hg nak buang?" Dia jawab " la ni, oghang tak pakai  dah cd, ada spotify, icloud segala" (tiba dia ckp loghat kedah 🤣), pastu kawan dia sentap la kan..
  Kawan dia kata, dia pentingkan diri..ha dah satu masalah pulak, dia nk  pulangkan balik pemberian kawan2 dia, termasuk bekas exbf dia bagi.  Bermula lah adegan melodrama hahaha
 Jalan cerita agak slow, tapi ada jugak part lawak2 sket..tp serius hampa pun akan rasa, "eh aku pun sama la mcm ni 🙄"
 santai2 ja sambil lipat kain dan cuci mata tgk hero 🤣

 Oklah sekian #kakbeereviewmovie hahaha..tetiba ada hashtag pulak kheeen🙄
 #happyoldyear
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://lanabusybee.blogspot.com/2020/04/movie-happy-old-year.html