Moral Kanak Kanak Turun Ke Tahap Terendah Jika Sekolah Ditangguh Lagi Kata Pakar


 
Pakar berkata, penangguhan sesi persekolahan untuk tempoh lebih lama boleh melemahkan asas pembelajaran pelajar, sekali gus menjejaskan prestasi mereka apabila melangkah ke sekolah menengah.KOTA KINABALU: Pakar pediatrik berkata, pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi persekolahan tertangguh lagi bakal memberi kesan negatif ke atas pelajaran kanak-kanak.
Kew Seih Teck dari Universiti Malaysia Sabah berkata, penangguhan sesi persekolahan bakal menjejaskan emosi mereka, selain tahap motivasi serta moral akan turun ke tahap terendah.
Katanya, selepas mengharungi sesi pembelajaran secara atas talian hampir sepanjang tahun lalu, tahap pemahaman pelajar, khususnya yang berada di tahun dua hingga enam agak kurang dan sekiranya cara pembelajaran itu diteruskan lebih lama, ia bakal menjejaskan prestasi mereka.
”Kanak-kanak yang mahu masuk ke tahun satu bukan sahaja akan berasa hampa kerana tidak dapat berjumpa kawan atau cikgu baharu, malah mereka juga belum bersedia untuk belajar secara atas talian.
Kew Seih Teck.”Sementara itu bagi pelajar yang akan naik ke tahun dua hingga enam, apakah yang telah mereka pelajari tahun lalu secara atas talian dan adakah ia akan berulang lagi?
“Mereka tidak dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan dan ini akan menjejaskan emosi, selain tahap motivasi dan moral akan turun ke tahap terendah,” katanya kepada FMT.
Kew berkata, asas pembelajaran yang tidak kukuh bakal menjejaskan pembelajaran kanak-kanak apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.
Selain itu katanya, persiapan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) turut terjejas kerana tahap persediaan yang kurang memuaskan.
”Berkurung di rumah, belajar secara atas talian, bermain dengan telefon bimbit dan sebagainya akan menjejaskan pembelajaran, selain kesihatan mereka.
”Asas pembelajaran yang tidak kukuh di peringkat awal juga akan menjejaskan pembelajaran sekolah menengah dan masa depan mereka.
“Persiapan kurang memuaskan dalam kalangan pelajar yang berada di sekolah menengah, terutama yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM, akankan menjejas keputusan peperiksaan serta peluang kursus permintaan di peringkat universiti.
”Kesimpulannya, sistem pelajaran kita akan terjejas jika PKP berlanjutan ke satu tempoh yang agak lama,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Jan depan di seluruh negara berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.
KPM berkata, sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
Katanya, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Jan ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/65tsvaMfhxU/moral-kanak-kanak-turun-ke-tahap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

Tahap Rasuah Salah Guna Kuasa Kakitangan Awam Membimbangkan Kata Sprm

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 239 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mahu penjawat awam membuka mata dan telinga dan menjadi pemberi maklumat kepada SPRM untuk membanteras rasuah dalam kerajaan KUALA LUMPUR Tahap rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan awam memb...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 262 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 242 hits
Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID 19 semakin mengganas dan politiking yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat demikian menurut pakar perlembagaan Mereka berp...
Pembukaan Sekolah Ditangguh Pelajar Asrama Boleh Terus Kekal Atau Balik Rumah Kpm

Pembukaan Sekolah Ditangguh Pelajar Asrama Boleh Terus Kekal Atau Balik Rumah Kpm

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 314 hits
Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID 19 Menurut satu kenyataan hari ini KPM memaklumkan sesi persek...
Covid 19 Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguh Kpm

Covid 19 Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguh Kpm

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 256 hits
Astro AwaniSemua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021 KUALA LUMPUR Kementerian Pendid...
Buku Teks Sekolah Versi Digital Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Buku Teks Sekolah Versi Digital Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 464 hits
Dengan negara kini di bawah pemerintahan darurat dan PKP pada waktu yang sama sesi pembelajaran sekolah terganggu Bagi mereka yang tinggal di kawasan KPK segi pembelajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian sehingga tempoh yang belum d...
Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 232 hits
Pengisytiharan darurat memberikan tanda tanda kestabilan politik dan sedikit kelegaan dalam pasaran tetapi para ahli ekonomi percaya para pelabur akan nampak sebalik retorik pemerintah dan sedar keadaan itu bukan semula jadi dan sementara S...
Darurat Beri Pn Lebih Masa Matikan Langkah Umno Kata Penganalisis

Darurat Beri Pn Lebih Masa Matikan Langkah Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Penganalisis politik berkata langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan negara di bawah perintah darurat memberi kelebihan kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk kekal berkuasa lebih lama Awang Azman Awang Pawi dari...
Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 274 hits
Hanipa Maidin Maaf jebon yang tak pakar nak jawab hujah pakar perlembagaan Saya membaca in toto ulasan pakar perlembagaan ini mengenai darurat seperti yang dilapor media Bila saya baca saya dapati ulasan atau lebih tepat hujah beliau menyok...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

China Bertindak Balas Naikkan Tarif Terhadap As Sebanyak 84

Hari Raya Kedua