Mommy Will Stay Home With You Baby 2021 Diana Danielle Nak Perlahankan Karier Lakonan Demi Anak Anak
Tempat anak-anak adalah di sisi ibu dan ayah. Tapi ada masanya ibu terlalu sibuk dengan kerja membuatkan anak-anak rasa jauh dan rindukan ibu atau ayah kerana masa yang dapat diluangkan bersama semakin berkurangan.
Pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle mengambil keputusan untuk memperlahankan karier lakonan demi anak-anak yang sedang membesar. Namun pelakon filem Evolusi KL Drift ini memilih untuk menumpukan kepada bidang nyanyian kerana ia lebih fleksibel.
Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson dalam perkongsiannya di Insta story miliknya, anaknya Nur Aurora tidak dapat menerima yang ibunya itu perlu keluar bekerja setiap hari.
Aurora sudah mula menunjukkan tanda tidak mampu berjauhan serta berubah menjadi clingy sejak umurnya masuk 4 tahun.
“Fasa anak berbeza. Dulu saya berehat dari dunia lakonan bila Muhammad kecil sebab dia tak mampu nak jauh dari saya. Tak berhenti menangis dan masih menyusu badan sampai umur hampir tiga tahun.
“Aurora masa baby tak clingy macam Muhammad. Dia dah lapan bulan, dia sendiri nak slow down breastfeeding sampai saya pula naik heran. Berdikarinya awak Aurora.
“Tapi sejak umur empat tahun, dia makin clingy dan kuat rindu. Dia tak faham kenapa saya nak kena kerja hari-hari. Dia tak okay dan saya pun sedar saya beruntung boleh pilih nak kerja atau tidak. Dan saya gunakan masa dengan lebih baik untuk besarkan Aurora dan Muhammad.
“Aurora pernah peluk saya, dada kita boleh rasa tengah kawal tak nak menangis. Saya usap belakang dia, saya cakap takpe lepaskan perasaan tu. Terus dia meraung cakap dia rindu,” tulisnya.
Hal tersebut membuatkan isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ini nekad memperlahankan karier lakonan pada tahun 2021.
“Sebab itu 2021, saya nak perlahankan berlakon. Jadual pelakon sangat padat dan tak tentu masa. Masuk kerja 6 pagi, balik esok sembilan pagi pun perkara biasa.
“Saya akan lebihkan bidang nyanyian sebab lebih fleksibel. Kalau ada projek lakonan yang komitmen tak panjang Insya-Allah.
“Tapi sekarang ini ini Aurora memerlukan saya sangat, saya dapat merasanya. Saya tak nak sebab kerja, hubungan saya dengan anak perempuan jadi renggang, jauh. Jadi mommy akan tinggal di rumah dengan awak, baby. Tulisnya lagi.
Terdahulu, Diana berkahwin dengan Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 7 dan Aurora, 5 tahun.
Dapat tengok anak-anak membesar depan mata itu impian semua ibu dan ayah. Keputusan yang diambil Diana adalah yang terbaik untuk anak-anaknya. Untung Aurora dan Muhammad punya ibu macam Diana.
Sumber: Gempak & Ig Diana Danielle
Baca:http://www.majalahpama.my/asha-masih-jaundice-tapi-dah-turun-sikit-faye-kongsi-wajah-anak-nama-asha-azmi-jadi-pilihan/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Mommy Will Stay Home With You, Baby,” 2021 Diana Danielle Nak Perlahankan Karier Lakonan Demi Anak-anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mommy-will-stay-home-with-you-baby-2021-diana-danielle-nak-perlahankan-karier-lakonan-demi-anak-anak/