Mohon Kerja Di Kbs Yang Membuka Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 Bagi Tahun 2023
Mohon Kerja di KBS yang Membuka Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 Bagi Tahun 2023 9
Khas untuk bulan oktober tahun 2023, pihak KBS sekali lagi membuka peluang mohon kerja di KBS. Sekiranya Anda sedang mencari peluang kerjaya yang menarik dan memberikan peluang untuk berkembang dalam karier kerja ini adalah peluang yang anda tunggu-tunggu. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka membuka jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 bagi tahun 2023 permohonan oktober.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah satu badan kerajaan Malaysia yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan belia, sukan, dan rekreasi di negara ini. KBS bertujuan untuk mewujudkan generasi muda yang sihat, cergas, dan berdaya saing tinggi, sambil mendorong penyertaan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Dengan lebih daripada 20 agensi dan perbadanan di bawahnya, KBS adalah peneraju dalam usaha memajukan kepimpinan belia dan pembangunan sukan di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada bahagian KBS yang berusaha uintuk martabatkan golongan belia. Maklumat lanjut mengenai cara untuk mohon kerja di KBS sebagai Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 bagi tahun 2023 boleh didapati di bawah.
Permohonan Jawatan Kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bulan Oktober 2023
Mohon Kerja di KBS yang Membuka Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 Bagi Tahun 2023 10
Maklumat Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
JawatanPenerangan Skop TugasanPembantu Pegawai Latihan Gred E19Memikul tanggungjawab dalam mengajar teori dan praktikal dalam mana-mana satu bidang termasuk dalam penyediaan makanan atau teknologi makanan atau pramusaji.
Dalam urusan mohon kerja di KBS mesti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Calon yang berminat dinasihatkan untuk merujuk iklan rasmi yang akan menyediakan maklumat terperinci mengenai syarat-syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan, dan cara untuk memohon. Pastikan anda mematuhi ketetapan yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda dapat diproses dengan lancar.
Syarat Kelayakan Mohon Kerja di KBS
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk para calon yang perlu dipatuhi:
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun
Memiliki kelayakan akademik yang diperlukan
Kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Berkebolehan menggunakan komputer dan perisian berkaitan
Boleh bekerja dalam pasukan
Langkah seterusnya yang perlu para calon lakukan adalah ikuti cara permohonan dan rujuk iklan rasmi yang dibuka.
Maklumat Lengkap Dalam Urusan Mohon Kerja di KBS
Semak Iklan Rasmi Jawatan yang Dibuka
Suka diingatkan, sebelum anda memulakan proses permohonan. Kami menasihatkan semua calon untuk merujuk iklan rasmi jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Iklan rasmi akan memberikan maklumat terperinci mengenai syarat-syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan, dan panduan untuk mengemukakan permohonan anda.
Iklan Rasmi yang Dikeluarkan SPA
Prosedur Permohonan Jawatan Melalui SPA
Bagi pemohon yang ingin memohon kerja di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 bagi tahun 2023 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti melalui aplikasi SPA9:
Rujuk iklan rasmi jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 yang dibuka oleh KBS untuk tahun 2023. Iklan ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai jawatan tersebut, termasuk syarat-syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan, dan panduan untuk mengemukakan permohonan.
Buka laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Log masuk ke akaun SPA anda. Kemudian, cari dan pilih borang permohonan SPA9 yang sesuai dengan jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19.
Isi borang permohonan SPA9 secara teliti dan lengkap. Pastikan anda mengisi semua bahagian yang diperlukan seperti maklumat peribadi, maklumat pendidikan, pengalaman kerja, dan lain-lain yang diperlukan dalam borang.
Selepas mengisi borang permohonan, semak semula maklumat yang telah dimasukkan untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan telah dipersiapkan untuk dimuat naik. Kemudian sahkan permohonan anda.
Penting untuk mengikuti panduan dan tarikh tutup 16 Oktober 2023 yang dinyatakan dalam iklan jawatan mohon kerja di KBS dan memastikan bahawa semua dokumen dan maklumat diberikan dengan betul.
Kelebihan Bekerja di Kementerian Belia dan Sukan(KBS)
Bekerja di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dapat membawa berbagai kelebihan kepada para calon yang memilih kerjaya dalam sektor ini. Berikut adalah beberapa kelebihan bekerja di KBS:
Peluang Membantu Pembangunan Belia dan Sukan, KBS berperanan dalam memajukan belia dan sukan di Malaysia. Bekerja di sini memberikan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan generasi muda yang sihat, cergas, dan berdaya saing tinggi.
Kerja dalam bidang yang menyenangkan. Jika anda berminat dalam bidang belia, sukan, atau rekreasi, bekerja di KBS dapat memberikan kepuasan kerja yang tinggi. Jadi jangan tunggu jika anda ada peluang untuk mohon kerja di KBS
Peluang Pembelajaran dan Peningkatan Profesional. KBS menyediakan pelbagai program latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Ini membantu pekerja untuk terus berkembang dalam kerjaya mereka serta dapat membantu meningkatkan martabat belia negara.
Terdapat banyak lagi keistimewaan yang ditawarkan oleh KBS. Oleh itu, kepada para calon yang dalam urusan mohon kerja di KBS. Diharapkan lakukanlah yang terbaik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/10/mohon-kerja-di-kbs.html