Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023
Kita ketahui kerajaan Malaysia sangat menjaga kebajikan warga emas. Oleh yang demikian, kami menyediakan info cara mohon bantuan warga emas berjumlah RM500 ringgit Malaysia. Kelayakan untuk menerima elaun ini tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertangungjawab bagi permohonan bantuan warga emas ini. Objektif utama pemberian elaun ini adalah untuk menjaga dan meningkatkan kesejahteraan komuniti, terutamanya warga emas di Malaysia.
Bagi anda yang berminat menambah maklumat, anda dikehendaki mengikuti telegram kami bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan secara terus:
Telegram Bantuan Malaysia
Penerangan Cara Mohon Bantuan Warga Emas
Kebanyakkan dari kita sudah mengetahui jumlah agihan bagi bantuan warga emas adalah sebanyak RM500 untuk seorang warga emas yang memenuhi syarat atau kriteria yang lengkap. Pelaksanaan program BWE yang bertujuan untuk memberi sokongan kewangan kepada golongan warga emas yang berada dalam keadaan kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Peringatan anda perlu ketahui beberapa maklumat penting sebelum anda memohon seperti:
Maklumat Penting untuk Anda KetahuiTarikh PermohonanKriteria Layak MemohonCara Mudah untuk Membuat Permohonan
Tempoh Permohonan Bantuan Warga Emas
Bagi mereka yang memenuhi syarat dan memerlukan, peluang untuk memohon bantuan khas Bantuan Warga Emas (BWE) terbuka sepanjang tahun ini. Permohonan boleh diajukan pada bila-bila masa dengan mematuhi ketentuan yang telah ditetapkan.
Dengan ini, para calon yang layak diminta untuk mengemukakan permohonan bantuan ini sepanjang tahun ini untuk memastikan mereka yang memerlukan dapat bantuan yang mereka perlukan. Selain itu, proses permohonan juga lebih mudah dan fleksibel dan mudah untuk para pemohon.
Semak Kriteria Kelayakan Cara Mohon Bantuan Warga Emas
Bagi anda yang ingin mencuba nasib untuk memohon bagi bantuan ini, anda dikehendaki semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan bantuan warga emas anda diterima.
Kriteria Kelayakan Yang Mesti Ada
Pihak berkuasa telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk permohonan bantuan khas ini seperti berikut:
Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.
Pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu purata pendapatan isi rumah yang berada dalam kategori miskin pada masa semasa atau purata pendapatan perkapita semasa.
Permohonan terbuka kepada golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
Pemohon tidak boleh tinggal di institusi yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat penjagaan harian yang menyediakan perkhidmatan secara percuma.
Nota: Pelaksanaan semua bantuan kesejahteraan ini dilakukan dengan mematuhi senarai bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.
Syarat cara mohon bantuan warga emas
Details Cara Memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500
Sudah semestinya jika anda ingin membuat permohonan bantuan haruslah mengisi borang atau menyediakan beberapa maklumat dokumen sendiri untuk maklumat majikan yang menilai kelayakan anda.
Dibawah adalah contoh borang yang anda dikehendaki untuk download terlebih dahulu dan isi bersama beberapa dokumen lain:
Borang JKM18 (Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023)
Borang JKM20 (Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023)
Dibawah kami akan kongsi dokumen atau fail yang penting dan perlu ada semasa memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM).Borang permohonan bersama dokumen dibawah haruslah lengkap supaya memudahkan permohonan anda diterima.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Download Borang Permohonan Dibawah:Borang Permohonan Bantuan JKM18Borang Kaji Semua Bantuan JKM20
Maklumat Tambahan Jika Anda Ada Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut atau ingin lebih kepastian tentang Permohonan ni boleh layari portal JKM
Portal Rasmi JKM
Semoga permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM) anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan warga emas dan OKU
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/10/cara-mohon-bantuan-warga-emas.html