Mkt Umno Putuskan Tolak Jawatan Tpm


 
July 7, 2021 5:30 pm
MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan, untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keutamaan sekarang adalah untuk membantu rakyat yang berdepan pelbagai bentuk kesulitan kesan pandemik COVID-19.
“Lagipun daripada melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri, lebih baik melobi (jawatan) Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa fardah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), BPN (Bantuan Prihatin Nasional) dan BKC (Bantuan Khas COVID-19).
“Tutup juga kilang-kilang tidak perlu, kalau betul total ‘lockdown’ bukan hanya kurung rakyat. Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook beliau hari ini.
Kenyataan Asyraf itu dipercayai merujuk dakwaan bekas Ahli MKT UMNO yang dibuang, Datuk Lokman Adam yang mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang berunding jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelakkan UMNO meninggalkan PN.
Asyraf juga mendakwa, UMNO tidak pernah berbincang malah membuat keputusan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jika benar surat yang ditular atau audio perbualan pemimpin tertinggi UMNO dengan Anwar, ia belum tentu mampu mengubah pendirian MKT dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
“Persoalan paling asas buat mereka yang cuba bina persepsi bahawa Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar ialah apakah ada sebarang keputusan, hatta cadangan untuk bekerjasama pernah dibangkitkan di PAU atau MKT?
“Tiada siapa boleh ubah pendirian PAU dan MKT yang sudah memutuskan tidak akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, hatta presiden parti,” katanya.
Beliau berkata, yang jelas mesyuarat MKT pada bulan Oktober sudah memutuskan pada waktu itu bahawa seluruh Ahli Parlimen UMNO diminta sokong Bajet 2021.
“Sekali lagi, apakah presiden selaku Ahli Parlimen pada waktu itu menolak Bajet dan ingkar keputusan MKT sebagaimana tular surat yang mahu tolak bajet dan sokong Anwar?” katanya.
Dalam pada itu, Asyraf meminta kerajaan terutama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengarahkan bank memansuhkan atau ‘waive’ faedah terakru sepanjang tempoh moratorium yang ditawarkan.
“Ternyata tawaran moratorium 2.0 hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, kononnya kerajaan PN prihatin mendengar suara hati dan memenuhi segala #TuntutanRakyat!. Akhirnya, Bank Negara juga terpaksa buat kenyataan jujur bahawa moratorium akan tambah kos keseluruhan pinjaman.
“Kalau beginilah rakyat diperlakukan, usah bicara soal kononnya kerajaan PN ini prihatin rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat yang amat susah, perit, tertekan dan terdesak ketika ini, kuasa dan kudrat yang ada seharusnya digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,” katanya.
Katanya, Pemuda UMNO sudah memberikan cadangan dan solusi bahawa kerajaan boleh memanfaatkan tiga punca kuasa perundangan termasuk Ordinan Darurat 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang membebankan rakyat.
“Sekali lagi Pemuda UMNO, demi rakyat yang terdesak ketika ini, merayu dan mendesak Zafrul kembali berbincang dengan bank-bank dan segera mempertimbangkan kembali tuntutan rakyat supaya dibantu dengan menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang amat membebankan rakyat ketika ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/mkt-umno-putuskan-tolak-jawatan-tpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sepatutnya Sudah Lama Diberikan Jawatan Tpm

Umno Sepatutnya Sudah Lama Diberikan Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 459 hits
UMNO sepatutnya sudah lama diberikan jawatan TPM Jawatan Timbalan Perdana Menteri sepatutnya sudah lama diberikan kepada UMNO iaitu sebaik sahaja kerajaan Perikatan Nasional diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk pada Mac tahun lalu Set...
Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

Rancangan Zahid Supaya Umno Tolak Jawatan Nombor 2 Kerajaan Kini Sia Sia

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 492 hits
On Jul 7 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberi tekanan kepada Ismail Sabri Yaakob ketika pemimpin parti itu bermesyuarat secara maya dalam Majlis Tertinggi Umno malam ini dilihat sebagai usaha terakhir beliau agar part...
Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 324 hits
July 7 2021 Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob perlu patuh kepada keputusan ahli Majlis Kerja Tert...
Tutup Mulut Umno Dengan Jawatan Tpm Umno Ada Maruah Atau Tidak

Tutup Mulut Umno Dengan Jawatan Tpm Umno Ada Maruah Atau Tidak

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 280 hits
UMNO MUSNAH KERANA RASUAH AHLI PULA TAK ADA ILMU MAKA UMNO DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PARTI BARU UMNO AKAAN HANCUR TINGGAL NAMA SAHAJA TAK PERCAYA TENGOK NANTI Setahun lebih umno minta jawatan TPM sebab Umno parti terbesar dalam kerajaan tebu...
Setakat Mt Umno Tolak Mp Umno Sayang Mahiaddin Mat Ooo Mat

Setakat Mt Umno Tolak Mp Umno Sayang Mahiaddin Mat Ooo Mat

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 321 hits
Majlis Tertinggi Umno tidak berbalah mengenai keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan Katanya seramai 50 daripada 56 anggota Majlis Tertinggi telah menandatanga...
Zahid Beritahu Umno Akan Diberi Jawatan Pm Dalam Jajaran Baharu

Zahid Beritahu Umno Akan Diberi Jawatan Pm Dalam Jajaran Baharu

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 346 hits
Ahli Ahli Majlis Tertinggi diberitahu Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan diberi jawatan Perdana Menteri dalam jajaran baharu disertainya lapor Utusan Online Portal tersebut berkata keyakinan itu dinyatakan semasa per...
Apa Jawatan Dalam Hieraki Dalam Umno Pun Tak Ada Memang Akan Melingkup La

Apa Jawatan Dalam Hieraki Dalam Umno Pun Tak Ada Memang Akan Melingkup La

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 174 hits
Ini nak naikkan H2O atau mahu membunuh masa depannya Apa jawatan pun takde dalam hieraki tertinggi UMNO macam mana nak jadi Perdana Menteri Kalau dial ah nak dinaikkan sahih Malaysia ni lagi kelam kabut Apa kejayaan dan pencapaian mamat ni ...
Teliti Dulu Penarikan Sokongan Umno Sebelum Desak Letak Jawatan

Teliti Dulu Penarikan Sokongan Umno Sebelum Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 340 hits
bharian comOleh Julai 8 2021 11 16amSituasi politik semasa menjadikan penentuan tahap sokongan kepercayaan kepada Perdana Menteri sukar dilakukan di luar Dewan Rakyat Foto hiasanKUALA LUMPUR Beberapa faktor perlu diteliti terlebih dahulu de...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej