Teliti Dulu Penarikan Sokongan Umno Sebelum Desak Letak Jawatan


bharian.com
Oleh Rohaniza Idris 
[email protected]
- Julai 8, 2021 @ 11:16am

Situasi politik semasa menjadikan penentuan tahap sokongan kepercayaan kepada Perdana Menteri sukar dilakukan di luar Dewan Rakyat. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Beberapa faktor perlu diteliti terlebih dahulu dengan penarikan sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti diumumkan, malam tadi.

Pakar perlembangaan dari Univeristi Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata pertamanya, adakah pengisytiharan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi benar-benar mewakili keseluruhan Ahli Parlimen UMNO, atau mewakili sebahagian sahaja atau hanya mewakili dirinya sendiri.

Katanya, bagi mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri, Timbalan Menteri atau pengerusi agensi kerajaan, pembatalan sokongan perlu ditunjukkan melalui perletakan jawatan.

"Jika pembatalan sokongan hanya membabitkan sebahagian sahaja, maka perlu ditentukan adakah jumlah yang membatalkan sokongan itu cukup untuk menjadikan Perdana Menteri hilang sokongan majoriti.

"Dalam situasi politik yang serba tidak menentu ini, perlu juga dilihat kemungkinan ahli Parlimen yang dahulunya berada di blok pembangkang, tetapi kini ingin beralih memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Ringkasnya, situasi politik semasa menjadikan penentuan tahap sokongan kepercayaan kepada Perdana Menteri sukar dilakukan di luar Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Muhammad Fathi berkata, kaedah yang paling tepat ialah dengan mengadakan satu usul dan undian khas bagi mengukur tahap sokongan Perdana Menteri sedia ada dalam Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai nanti.

Katanya faktor kedua yang perlu dilihat ialah soal pengganti kerana pada satu-satu masa, perlu ada kerajaan yang mentadbir.

"Jika seorang Perdana Menteri hilang sokongan, penggantinya perlu segera dilantik. Pengganti berkenaan perlulah mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat," katanya.

Buat masa ini, jelas beliau belum nampak seorang tokoh yang benar-benar memenuhi kriteria berkenaan.

"Namun, terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan berkenaan soal ini kerana pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a) adalah termasuk dalam kuasa budibicara Tuanku," katanya.

Faktor ketiga, menurutnya situasi wabak COVID- 19, yang mana perlu diambil kira sebelum sesuatu tindakan diambil.

"Dalam situasi biasa, krisis politik begini boleh dirungkaikan melalui pilihan raya bagi membolehkan rakyat menubuhkan kerajaan baharu, namun seperti mana yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sabah menyebabkan berlaku lonjakan besar kes COVID-19.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar krisis yang sedang berlaku kini tidaklah menyebabkan berlaku pembubaran Parlimen dalam masa terdekat kerana ia membawa risiko pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran berlaku," katanya.

Beliau mencadangkan, langkah yang berbeza boleh perlu diambil bagi memastikan wujud kestabilan politik bagi membolehkan negara memberikan fokus kepada usaha pemulihan dalam mendepani wabak COVID-19.

"Situasi semasa negara yang berada dalam tempoh darurat boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan berlaku pilihan raya imum terlalu awal.

"Pilihan raya umum wajar dilaksanakan selepas negara melepasi Fasa ke-4 Pelan Pemulihan Negara, atau sekurang-kurangnya selepas Fasa ke-3, bagi memastikan mengurangkan risiko meningkatan kes di luar kawalan akibat kempen pilihan raya.

"Buat masa ini, kerajaan dan ahli politik perlu mengambil langkah berhati-hati agar sebarang kemelut politik dapat dirungkaikan dengan bijak dan selamat,"katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/teliti-dulu-penarikan-sokongan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arah Menteri Umno Letak Jawatan Dulu Mic

Arah Menteri Umno Letak Jawatan Dulu Mic

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 218 hits
Arah menteri Umno letak jawatan dulu MIC Arah menteri Umno letak jawatan dulu bukan desak PM berundur kata Presiden MIC kepada Zahid Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam keraja...
Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 462 hits
UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat berikutan kegagalan k...
Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Desak Ph

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 157 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan selepas kehilangan sokongan Umno susulan penamatan sokongan serta merta parti berkenaan malam tadi Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataannya berkata ...
Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 269 hits
ULASAN LEWATMahiaddin makin terdesak Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam yang memaklumkan perdana menteri Mahiaddin Md Yassin dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana menghidap diarrhea atau cirit birit men...
Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 184 hits
Rakan rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sebaliknya mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Peri...
Umno Dedah 11 Mp Sedia Tarik Diri Jika Diarahkan 8 Lagi Enggan Letak Jawatan

Umno Dedah 11 Mp Sedia Tarik Diri Jika Diarahkan 8 Lagi Enggan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 184 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPemimpin Umno mendakwa 11 Ahli Parlimen parti itu yang kini menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri di dalam Kabinet Perikatan Nasional bersetuju untuk meletakkan jawatan sekiranya ada arahan dikeluarkan oleh p...
Muhyiddin Hilang Sokongan Parti Komponen Perlu Letak Jawatan Anwar

Muhyiddin Hilang Sokongan Parti Komponen Perlu Letak Jawatan Anwar

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 188 hits
Anwar IbrahimBy KUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Harapan mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Idris Harun bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua ketua parti politik yang menyokongnya Peng...
Darurat Lockdown Sudah Letak Jawatan Bila Caprice

Darurat Lockdown Sudah Letak Jawatan Bila Caprice

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 161 hits
Melihatkan kes harian COVID 19 kekal mencatatkan paling tinggi penyanyi rap Caprice telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan dalam menangani penularan wabak ini
Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 257 hits
agendadaily comJohari Abdul perlekeh cita cita Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri PKR menafikan jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada UMNO sekiranya jajaran baharu dibentuk ia selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memberita...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki