Mistik Alunan Ruqyah Bertukar Menjadi Suara Aneh
ASSALAMUALAIKUM
Maaf ambil masa yang lama sangat nak update kesudahan kisah minyak misteri kat depan pintu tu. Jom sambung...
Selepas Budu temukan minyak tu, feeling Budu dah rasa tak best giler. Semasa lap kesan minyak, Budu cuba baca Surah Al-Fatehah, Surah 3Qul, Ayat Qursi dan doa serta niat dalam hati untuk diberikan perlindungan terhadap harta benda, tubuh badan, jiwa dan mental daripada gangguan syaitan dan hasrat dengki manusia. Alhamdulillah sampai ke hari ini, dah tak ada lagi gangguan, mimpi buruk atau perasaan takut serta perasaan diperhatikan setiap masa. Namun, setiap malam Budu akan sentiasa pasang MP3 bacaan ruqyah . Sebelum ni Budu ada pasang MP3 ruqyah yang lain tapi lama kelamaan Budu dengar suara perempuan mengilai macam pontianak. Pertama kali dengar Budu abaikan sebab mungkin perasaan sendiri je masa tu. Bila dengar kali ke dua beberapa hari selepas itu, badan jadi seram sejuk dan Budu selalu diganggu bila time nak tidur dan didatangi mahkluk yang pelik dan sumpah... seram. Bila badan lebam lebam selepas bangun tidur itu perkara biasa. Ada sampai satu tahap tu ada kesan jari dekat paha kanan macam kena penampar level 5. Bila time period nak datang, perangai berubah drastik, jadi panas baran dan bernafsu giler. Rasa macam kita makan ubat untuk naikkan nafsu syahwat dan di ajak berhubungan badan dalam tidur. Bangun pagi rasa kepala sakit dan badan lesu. Budu selalu muntah dan tak boleh tidur sejak awal Januari lalu. Aku jadi tak senang duduk dah time tu. Budu ingat mungkin sebab PKP, rasa bosan dah tidur tu yang jadi tak mengantuk.
Selepas Budu baca surah surah di atas dengan yakin, niat baik baik, Alhamdulillah. Budu dah boleh tidur malam seperti biasa walaupun ada sekali dua tidur lewat tapi jam 2 pagi dah hanyut. Dah tak ada lagi perasaan seperti sebelumnya. Cuma pagi tadi Budu tidur selepas subuh disebabkkan stress dengan anak jiran bantai kucing Budu sampai berdarah bagai, Budu ada la terkejut masa tidur tapi sekali itu saja. Budu terus sebut Bismillahirahmanirrahim...dan sambung tidur semula. Tanda-tanda untuk di ganggu kembali tu ada memandangkan sekarang waktu Budu 'cuti' solat. Bila dah habis dapat kembali solat, Alhamdulillah..rasa stress, rasa nak marah dah tak ada lagi...rasa mengantuk tu semestinya. Barai bossssss....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dindamaisarra.blogspot.com/2021/05/mistik-alunan-ruqyah-bertukar-menjadi.html