Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya
Sebuah Pulau bagai Permata di negeri Kedah. Sebuah pulau yang menjadi kebanggaan negara. Sebuah pulau yang menjadi pulau pelancongan negara. Sebuah pulau lagenda. Akhirnya, makin bertambah dengan pendatang yang lari kononnya nak suaka politik. Katanya tanah asal usul mereka pun dah sediakan sebuah pulau untuk mereka, tetapi kemakmuran pulau ini juga menjadi tempat mereka berkembang biak. Sedangkan penduduk tempatan amat sukar nak mendapatkan hatta segenggam pasir di pulau ini. Sayang, kehadiran mereka kini kian bertambah parah bila suasana politik dan sindrom kesian dengan air mata melanda. Hati rakyat tempatan mudah lembut, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Namun puak pendatang yang terkenal dengan talam bermuka muka ini sudah menjadi kaduk naik junjung. Diberi betis hendakkan peha. Tapi inilah sikap puak ini, lari dari medan perang, tinggalkan raja dan pemerintah, biasa diberi bantuan tanpa ada usaha. Maka hari ini mereka makin besar kepala meminta itu dan ini. Puak yang berpolitik menyalahkan sana sini tanpa mencari jalan selesaikan situasi.Dasar kemanusiaan menjadi tagihan simpati. Tapi yang hairan Malaysia saja tempat tagih simpati. Mungkin rakyat Malaysia mudah tersentuh hati
Kita perlu yakin dan pasti negara kita bukan sahaja diintai oleh puak sebegini, sempadan kedaulatan negara diintai sehari hari. Masa wabak melanda mereka senang hati datang kemari
Penempatan yag disediakan oleh kerajaan Bangladesh ini menelan belanja yang sangat tinggi. Tapi etnik Rohingya tidak mahu menetap kerana mereka berpendapat bahawa pulau ini akan tenggelam. Sama saja dengan Pulau Langkawi jika kutub antartika mencair nanti. Alasan mereka adalah untuk hidup mudah di Malaysia
Bhasan Char pemepatan baru untuk Rohingya. Tapi depa semua tak mau duduk sini. Fikir lah apa sebabnya.??
Ayuhlah bangsa Malaysia, ayuhlah penduduk Kedah khususnya Langkawi, kita lakukan sesuatu agar tanah tumpah darah kita dipelihara. Kita jangan biarkan mereka yang selama ini kita bantu, akhirnya menjadi gunting dalam lipatan, memberi tuba setelah kita memberi madu. Semakin lama, kawasan di dalam gambar semakin membesar menjadi penempatan baru mereka. Aku sayang Langkawi sebab aku orang Kedah.Kami sayang Langkawi sebab kami Rakyat Malaysia. Jika kita alpa dan leka, pasti Pulau Lagenda menjadi Pulau Puak Rohingya juga warga asing mendamba.😓😢😢
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://anjungsena.blogspot.com/2020/04/sebuah-pulau-bagai-permata-di-negeri.html