Bn Tak Ada Suara Runding Kerusi Dengan Ph Kata Sumber


freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran
-February 10, 2023 8:31 AM
PH menguasai 40 daripada 56 kerusi di DUN Selangor, manakala BN hanya lima kerusi.
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai suara kuat dalam rundingan kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN di Selangor, menurut sumber terdekat.

Katanya, Umno yang juga parti tonggak BN disifatkan seperti “haiwan tercedera” dan tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan terma.

“Pengajaran yang diperoleh daripada PRU15 adalah orang Melayu tidak lagi melihat Umno (menjuarai kepentingan mereka),” kata pemimpin PH berkenaan yang enggan dinamakan.

PH menguasai 40 daripada 56 kerusi DUN Selangor, disokong BN (5), Parti Bangsa Malaysia, dan Warisan.

Katanya, imej Umno rosak apabila pemimpinnya berdepan tuduhan rasuah.

Sumber itu berkata, Perikatan Nasional (PN) mencapai prestasi yang bagus kerana dipilih orang Melayu yang tidak mahu mengundi PH.

“Jadi, kami (PH) tahu Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk bekerjasama,” katanya sambil menambah, PH tahu Umno terdesak untuk berada di “pihak yang menang”.

“Hakikatnya, Umno lebih lemah sekarang berbanding beberapa bulan lepas dengan pemecatan dan penggantungan keahlian tokoh penting seperti Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.”

Sumber itu berkata, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, dan Shahril, bekas ketua penerangan Umno, adalah antara tokoh yang berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti itu.

Khairy dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar, dipecat kerana melanggar disiplin parti pada PRU15.

Shahril digantung keahliannya selama enam tahun, bersama bekas naib presiden Umno dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein; pemimpin Umno Tebrau Maulizan Bujang; dan bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif.

Dalam pada itu, sumber Umno mengakui partinya pada kedudukan yang lemah, terutamanya apabila Ahmad Zahid Hamidi masih memegang teraju.

Katanya, keputusan Zahid menyingkirkan calon boleh menang seperti Khairy daripada Rembau, dan menggugurkan Noh daripada senarai calon walaupun beliau popular dalam kalangan pengundi Tanjong Karang, mengakibatkan Umno hilang dua kerusi.

“Anda gugurkan calon seperti Noh yang disukai rakyat, sudah pasti akar umbi tidak gembira,” katanya sambil menambah, keputusan terbabit mendorong akar umbi mensabotaj parti.

Beliau berkata, keadaan Umno yang lemah bermaksud PH berada dalam kedudukan yang lebih kuat dalam rundingan kerusi.

Tahun ini, negeri-negeri PH, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, serta negeri-negeri bawah kawalan PAS, Kedah, Kelantan and Terengganu akan mengadakan PRN.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/bn-tak-ada-suara-runding-kerusi-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Dipecat Hishammuddin Shahril Digantung Kata Sumber

Khairy Dipecat Hishammuddin Shahril Digantung Kata Sumber

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com January 27 2023 11 16 PMKhairy Jamaluddin dipecat manakala Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan digantung KUALA LUMPUR Umno memecat keahlian Khairy Jamaluddin kata sumber selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi par...
Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 494 hits
Persoalan sama ada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil bertanding dalam pemilihan parti hanya akan terjawab pada 13 Feb kata sumber PETALING JAYA Hasrat kembali memimpin Wanita Umno bukan disuarakan Shahrizat Jalil tetapi permintaan aka...
Pejuang Intai Peluang Kerjasama Dengan Pakatan Di Pilihan Raya Negeri Kata Sumber

Pejuang Intai Peluang Kerjasama Dengan Pakatan Di Pilihan Raya Negeri Kata Sumber

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 179 hits
Pejuang intai peluang kerjasama dengan Pakatan di pilihan raya negeri kata sumber
Maintenance Eh Fatin Afeefa Terima Nafkah 5 Angka Opai Kata Perkahwinan Itu Bisnes

Maintenance Eh Fatin Afeefa Terima Nafkah 5 Angka Opai Kata Perkahwinan Itu Bisnes

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 212 hits
Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua nama pelakon Fatin Afeefa serta suami Aliff Awang sering kali menjadi perhatian netizen Terbaharu nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan ramai setelah Fatin memuat naik hantaran di Instagr...
Bekas Isteri Kata Nafkah Tak Cukup Pihak Sm Faisal Dedah Bukti Bayar Yuran Sekolah Anak Anak

Bekas Isteri Kata Nafkah Tak Cukup Pihak Sm Faisal Dedah Bukti Bayar Yuran Sekolah Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 311 hits
Kecoh di media sosial semalam apabila bekas isteri kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi mendakwa wang nafkah RM6 000 sebulan diberikan ahli perniagaan itu tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak anak Terbaru pih...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka