Prn Kelantan Bersatu Tanding Lapan Kerusi Dun Dikuasai Umno


agendaily.com09/02/2023
Bersatu tanding lapan kerusi DUN pada PRN Kelantan.
Bersatu akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan yang tujuh daripadanya sekarang ini disandang oleh wakil rakyat daripada UMNO, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa bulan lagi.

Tujuh daripada kerusi terbabit ialah:N.25 Kok Lanas – disandang Datuk Md Alwi Che Ahmad;
N.27 Gual Ipoh – Bakri @ Mohd Bakri Mustapha;
N.36 Bukit Bunga – Datuk Mohd Adhan Kechik;
N.38 Kuala Balah – Datuk Abdul Aziz Derashid;
N.38 Nenggiri – Ab Aziz Yusoff;
N.44 Paloh – Amran Ariffin; dan
N.45 Galas – Mohd Syahbuddin Hashim.

Satu lagi kerusi dimenangi UMNO ialah DUN N.37 Ayer Lanas, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Datuk Seri Mustapa Mohamed, telah menyertai Bersatu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Mustapa akan bertanding mempertahankan kerusinya dalam PRN akan datang kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jeli.

Sebaliknya, setiausaha politik beliau Zahari Kechik daripada Bersatu bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi berkenaan mengalahkan calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Putra.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata Perikatan Nasional (PN) secara dasarnya bersetuju memberi keutamaan kepada parti itu bertanding di DUN dikuasai UMNO, kerana PAS menang 37 daripada 45 DUN pada PRU-14.

Bagaimanapun beliau dilaporkan berkata rundingan pembahagian kerusi belum muktamad, selain kemungkinan Bersatu mungkin diberi lagi kerusi dimenangi PAS untuk ditandingi.

Apapun, sebagaimana PRU-15 lalu, semua calon PN, termasuk Bersatu dijangka menggunakan lambang PAS bagi PRN di Kelantan. Langkah sama juga akan digunakan dalam PRN Terengganu, manakala lambang PN digunakan bagi PRN Kedah.

“Secara dasarnya, kita ada persetujuan, iaitu Bersatu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi disandang Umno.

“PAS juga mungkin akan bertanding di beberapa kawasan yang kini tidak diwakili mana-mana wakil rakyatnya seperti bawah Parlimen Gua Musang dan Jeli … itu antara cadangan yang mungkin akan dibincangkan,” kata Kamaruddin.

Kamaruddin berkata tidak wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan komponen PN berhubung pembahagian kerusi DUN Kelantan.

Negeri Pantai Timur Semenanjung itu sekian lama disifatkan sebagai didominasi PAS.

“Kita bertoleransi sesama kita untuk kebaikan bersama dan yang penting, kemenangan, supaya kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sekarang, mewakili PN, dapat dikekalkan.

“Kita sasar menang semua 45 DUN sepertimana (menang semua) 14 Parlimen pada PRU-15 lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata hanya PAS dan Bersatu akan mewakili PN di Kelantan, memandangkan pengundi Melayu membentuk majoriti di semua kawasan.

Gerakan pula akan bertanding di kawasan-kawasan majoriti pengundi bukan Melayu di negeri lain, tambahnya.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Zulkifli Mamat dilapor berkata PAS sudah menyelesaikan agihan kerusi bagi semua 45 DUN bersama rakan komponen PN bagi menghadapi PRN tidak lama lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/prn-kelantan-bersatu-tanding-lapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Terengganu Mahu Rampas 10 Dun Milik Umno

Bersatu Terengganu Mahu Rampas 10 Dun Milik Umno

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 157 hits
Razali Idris berkata keutamaan PN ketika ini ialah mempertahankan 22 DUN yang dimenangi PN pada PRU14 PETALING JAYA Bersatu Terengganu berhasrat untuk meletakkan calon di semua 10 kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU15 pering...
Prn Pn Muktamad Agihan Kerusi Dun Selasa Ini

Prn Pn Muktamad Agihan Kerusi Dun Selasa Ini

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 243 hits
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PN menyasarkan untuk memenangi semua 32 kerusi DUN sekali gus kekal membentuk kerajaan negeri Terengganu PETALING JAYA Agihan kerusi bagi PRN di enam negeri antara parti komponen Perikatan Nasional akan dimukta...
Beku Akaun Bersatu Sabotaj Terhadap Pn Sebelum Prn Sudah Bermula

Beku Akaun Bersatu Sabotaj Terhadap Pn Sebelum Prn Sudah Bermula

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 171 hits
agendaily com01 02 2023UMNO kini bekerjasama dengan DAP di dalam PH Akaun parti Bersatu didakwa sudah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru baru ini menurut laporan media Laporan media berhubung pembekuan akaun parti Be...
Haslihelmy Tawarkan Diri Untuk Tanding Jawatan Ketua Pemuda Umno Bentong

Haslihelmy Tawarkan Diri Untuk Tanding Jawatan Ketua Pemuda Umno Bentong

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Seorang ahli UMNO Bahagian Bentong Haslihelmy DM Zulhasli menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu pada pemilihan parti tersebut bermula bulan ini Haslihelmy 36 berkata keputusan itu dibuat kerana beliau mah...
Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 256 hits
Persoalan sama ada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil bertanding dalam pemilihan parti hanya akan terjawab pada 13 Feb kata sumber PETALING JAYA Hasrat kembali memimpin Wanita Umno bukan disuarakan Shahrizat Jalil tetapi permintaan aka...
Ph Selangor Adakan Rundingan Kerusi Dengan Umno

Ph Selangor Adakan Rundingan Kerusi Dengan Umno

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 150 hits
PH Selangor adakan rundingan kerusi dengan UmnoPosted By on February 06 2023Pakatan Harapan dijangka akan mengadakan rundingan bersama Umno dalam tempoh segera Menurut Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim PH negeri telah membuat keputu...
Pemilihan Umno Shahaniza Tawar Diri Tanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi

Pemilihan Umno Shahaniza Tawar Diri Tanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Ketua UMNO Bahagian Maran Dato Sri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu bermula bulan depan Beliau turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahag...
Umno Bakal Kalah Prn Kerana Berkawan Dengan Dap Kata Noh

Umno Bakal Kalah Prn Kerana Berkawan Dengan Dap Kata Noh

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 130 hits
agendaily com06 02 2023Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipec...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional