Misteri Rumah Gelap Lagi K Jaan Gagal Jom Bantu Sabah
LOKASI penemuan mayat dua beranak di sebuah rumah di Taman Indah, Sungai Abong. FOTO Alias Abd Rani
1. OKU dipercayai mati kelaparan: Satu kegagalan kerajaan
SEREMBAN: Peristiwa seorang bapa dan anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati dipercayai kerana kelaparan seperti dilaporkan media baru-baru ini, adalah bukti kegagalan kerajaan.Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Masita Mohamed Ali berkata, berita tersebut pasti sangat meluruhkan perasaan semua yang membaca atau mendengarnya.“Ternyata dalam kita menuju […] -HarakahDaily August 31, 2024
2. Bapa, anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah
Muar:Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di Taman Indah, Sungai Abong, di sini, semalam.
Mayat dua beranak dipercayai berusia 40-an dan 70-an itu ditemui oleh sebuah pertubuhan kebajikan (NGO) yang dipanggil penduduk selepas curiga terhadap kelibat mereka tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, mayat dua beranak itu ditemui kira-kira jam 12 tengahari dengan bapanya ditemukan dalam bilik air manakala anak lelakinya di atas sofa.
Pada masa sama, seorang lagi anaknya, wanita berusia lingkungan 40-an yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui selamat namun dalam keadaan tidak bermaya.
Tiga beranak itu menetap di rumah terbabit sejak sekian lama selepas ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu, dengan kedua-dua anaknya dikategorikan OKU lembam.
Jiran yang enggan dikenali berkata, pada hari penemuan itu, mereka pelik apabila rumahnya bergelap lalu meminta bantuan NGO untuk memeriksanya.
"Penduduk memanggil NGO terbabit kerana mereka selalu datang ke sini menghantar bantuan memandangkan bapanya tidak bekerja.
"Dua anaknya pula, masing-masing lelaki dan perempuan adalah OKU dan dijaga sepenuhnya oleh bapa mereka.
"Apabila pintu dibuka, mereka melihat anaknya lelakinya terbaring atas sofa manakala anak perempuannya dalam keadaan tidak bermaya dipercayai kelaparan," katanya.
Katanya, NGO dan penduduk taman itu kemudian menghubungi polis bagi mendapat bantuan selanjutnya.
Menurutnya lagi, ketika polis memasuki rumah, mereka menemui mayat bapanya dalam bilik air," katanya ketika ditemui.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mereka sementara seorang lagi dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Disiarkan pada: Ogos 24, 2024 @ 4:27pm (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, PAS dan rakan-rakan partinya siap untuk tempur dalam PRN (Pilihanraya Negeri) Sabah.
Tan Sri Annuar Musa menerima cenderahati daripada Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.
“PAS ada kekuatan sendiri untuk bertanding dalam PRN Sabah,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa.Menurutnya, di sebalik kerja keras yang perlu dilakukan oleh PAS negeri untuk menyediakan peruntukan kewangan yang mampan dan kuasa yang dibentuk menerusi kerjasama antara rakan politiknya.
Jom terus sokong PAS dan rakan-rakan!
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/09/misteri-rumah-gelap-lagi-kjaan-gagal.html