Kes Bayi Maut Di Taska Mindef Bantu Cepatkan Permohonan Pegawai Tentera Dan Guru


Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mempercepatkan proses permohonan perubahan penempatan tugas bagi seorang anggota yang mengalami kehilangan anaknya berusia lapan bulan di sebuah taska baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian memahami betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang telah menunggu selama 13 tahun untuk memperoleh cahaya mata.

Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama. Malah ibu mangsa yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
“Buat masa ini, kita akan berusaha untuk membantu Mejar Mohd Fikry Amri, yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, agar dia dapat tinggal sebumbung dengan isterinya yang menetap dan bekerja di Melaka. Permohonan untuk perubahan penempatan ini akan dipertimbangkan, tetapi ia juga bergantung pada kelulusan pihak berkuasa perkhidmatan pertahanan,” ujar beliau selepas melawat keluarga tersebut di rumah mereka di Taman Kelemak Utama.

Adly juga menambah bahawa kementerian akan memastikan kesejahteraan keluarga ini terjaga dengan memberi sokongan psikologi yang diperlukan, terutamanya untuk Mejar Mohd Fikry Amri, yang jelas paling terkesan dengan kejadian ini.
“Kita akan terus pantau dan berikan bantuan, termasuk sokongan psikologi, bagi memastikan kestabilan emosi keluarga ini, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkhidmatan anggota berkenaan,” tambahnya.
Beliau juga menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar lebih tegas dalam memastikan taska swasta mematuhi undang-undang dan mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.
Kejadian tragis ini melibatkan bayi Muhammad Al Fateh Amri yang ditemui tidak sedarkan diri dengan keadaan hidung berdarah di sebuah taska sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Seorang pengasuh taska berusia 34 tahun kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Takziah diucapkan kepada keluarga bayi 8 bulan yang telah kembali ke rahmatullah di taska. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Doa kami bersama kalian. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian
The post Kes Bayi Maut di Taska, MINDEF Bantu Cepatkan Permohonan Pegawai Tentera Dan Guru appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kes-bayi-maut-di-taska-mindef-bantu-cepatkan-permohonan-pegawai-tentera-dan-guru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 319 hits
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak Alor Gajah Melaka semalam Bayi itu sebelumnya telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira kira 9 1...
Hiburan Bayi 8 Bulan Maut Di Taska Pengasuh Sumbat Botol Tutup Dengan Kain Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal

Hiburan Bayi 8 Bulan Maut Di Taska Pengasuh Sumbat Botol Tutup Dengan Kain Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 386 hits
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kelemak Alor Gajah Melaka Sebelum itu bayi terbabit telah dibawa ke hospital selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ...
Lahanat Pengkhianat Sprm Buru Pegawai Imigresen Berpengaruh Dalam Kes Counter Setting

Lahanat Pengkhianat Sprm Buru Pegawai Imigresen Berpengaruh Dalam Kes Counter Setting

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 215 hits
Mohd Iskandar Ibrahimbhnews bh com myPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu seorang pegawai imigresen disyaki berpengaruh dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi counter setting Ketua Pes...
Kelantan Bayi 30 Hari Maut Jururawat Ditahan

Kelantan Bayi 30 Hari Maut Jururawat Ditahan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 306 hits
FMT ReportersPolis menahan jururawat berusia 20 an selepas menerima laporan pengabaian sehingga membawa kematian bayi bawah jagaan PETALING JAYA Jururawat ditahan susulan bayi berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di sebuah pu...
Bapa Anak Lelaki Didakwa Tembak Maut Murid Guru Di Sekolah

Bapa Anak Lelaki Didakwa Tembak Maut Murid Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 243 hits
AFP nbsp Colin Gray FOTO Barrow County Sheriff s Office via REUTERSWashington Seorang bapa bersama anak lelakinya berusia 14 tahun didakwa di mahkamah atas tuduhan menembak sehingga menyebabkan kematian di sebuah sekolah di Amerika Syarikat...
Sudah Dua Tahun Kematian Bayi Haura Di Taska Disenyapkan Ibu

Sudah Dua Tahun Kematian Bayi Haura Di Taska Disenyapkan Ibu

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 373 hits
MELAKA Ibu dan bapa kepada bayi enam bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taman asuhan kanak kanak di pada 27 Oktober 2022 merayu agar kematian anak mereka mendapat pembelaan sewajarnya
Permohonan Bantuan Pendaftaran Ipt Johor Rm500 One Off Dari Yayasan Pelajaran Johor

Permohonan Bantuan Pendaftaran Ipt Johor Rm500 One Off Dari Yayasan Pelajaran Johor

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 364 hits
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor menawarkan Bantuan Pendaftaran IPT Johor sebanyak RM500 secara one off kepada pelajar yang layak Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar pelajar yang bakal melanju...
Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

Permohonan Bantuan Ipt Yayasan Jcorp Bantuan Kewangan Pendidikan Johor

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 718 hits
Jom mohon Bantuan IPT Yayasan JCORP Dalam usaha untuk menyokong pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Yayasan Johor Corporation menawarkan Bantuan IPT Bantuan ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban k...
Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 385 hits
Permohonan Bantuan BUDI IPT Sabah Kerajaan Negeri Sabah menawarkan bantuan pendidikan bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat IPT melalui inisiatif Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off atau dikenali sebagai BUDI Ba...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B