Miskin Akal Budi Adab Pesakit Dari Neraka Berdasarkan Pengalaman Doktor Zakwan








Malam tu langit tak menangis.
Tapi aku… dah lama.


Jam hampir 10.45 malam.
Bilik rawatan tinggal satu cahaya,
aku baru nak tutup sistem,
bila pintu kaca tu terbuka kasar 


Seorang ibu, dengan anak kecil demam di dukung.
“Doktor takkan dah nak tutup?! Anak saya ni panas tahu?!”


Aku diam.
Letak balik beg yang dah aku pegang sejak sejam tadi. Kaki dah longgar. Kepala berat.
Tapi aku pakai glove semula, senyum semula, dan buka semula hati yang dah hampir tertutup.


Aku periksa perlahan.
Tonsil merah. Suhu tinggi.
Aku terangkan rawatan. Bagi ubat. Siap tulis label satu-satu dengan tangan sendiri.


Tapi sebaik staff aku serah ubat  dia tembak aku:


“Kenapa ubat mahal sangat? Farmasi jual RM10 je!”
“Doktor ni tak ada hati ke? Anak saya tengah sakit!”


Waktu tu aku nak cakap:
Aku ada hati. Tapi hati aku dah banyak luka.


Aku nak cakap:
Bukan semua yang berkot putih hidup senang.
Sebahagian dari kami… berperang dalam diam.


Tapi aku tahu dia tak nak dengar.
Sebab manusia sekarang, lebih suka menghukum, dari memahami.


Dia keluar tanpa ucap terima kasih.
Dan aku, duduk semula di kerusi 
Dalam klinik yang sekarang terasa terlalu sunyi.


Aku tengok ubat-ubat kat rak.
Semua tu aku beli guna duit sendiri.
Aku tengok bil elektrik.
Printer. Sistem EMR. Tong sharps. Sticker label. Sewa. Gaji staf.


Semua tu tak ada diskaun. Tapi kami, bagi diskaun hari-hari.


Malam tu rasa sangat sedih.
Tapi bukan sebab dia marah aku.
Aku sedih sebab aku penat jadi baik, dalam dunia yang tak tahu berterima kasih.


Esoknya, aku nampak post viral.
Ada nama klinik aku. Ada nama aku.
Ada kata-kata keji dari manusia yang tak kenal pun siapa aku.


Dan di ruangan komen ramai yang menari atas air mata aku.


Kecam tu senang, kan?
Tulis satu ayat, tekan send, tunggu like.


Tapi cuba duduk 12 jam sehari dalam klinik,
tanpa cuti, tanpa MC. Cuba jawab 20 mesej WhatsApp tengah malam. Cuba senyum pada orang yang marah sebab harga ubat RM15.


Cuba rasa, dulu doktor itu pernah bahagia sebelum dia hilang percaya.


Kepada pesakit dari neraka,
Kalau satu hari nanti kau rasa nak tulis sesuatu,
atau kau rasa nak marah pada doktor…


Cuba tahan sekejap. Cuba fikir sejenak.


Sebab kau mungkin cuma hilang duit RM30,
tapi doktor tu mungkin…hilang seluruh percaya pada manusia


Rupanya,


Tak cukup dengan viral fitnah tu…
Minggu seterusnyanya, aku dapat panggilan dari pejabat Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).


Nada suara mereka tegas. Formal.


“Kami terima satu aduan berkaitan perkhidmatan di klinik doktor yang menjual ubat dengan harga mahal"
Kami mohon doktor beri penjelasan bertulis dalam masa 7 hari.”


Aku terkedu.


Aduan?
Aduan dari siapa?


Aku dah tahu jawapannya.
Tapi aku tak sangka...
sampai ke tahap ni.
Harga mahal RM 2 dari farmasi, tak kan tu pun nak buat aduan?


Malam tu aku duduk depan laptop.
Cuba tulis surat penjelasan.


Tapi jari aku beku.
Minda aku kosong.
Sedih, walau Air mata tak turun… tapi dada aku sesak.


Aku terfikir, kenapa aku tak kerja je balik hospital kerajaan? Sekurang-kurangnya kat sana, ada sistem yang lindung. Kat sini? Klinik aku sendiri..


Aku imbas balik waktu awal aku buka klinik.
Aku potong reben dengan tangan sendiri.
Isteri aku tersenyum, anak-anak aku lari keliling.


Aku rasa bangga.


Tapi sekarang…
klinik ni rasa macam kandang.
Dan aku binatang korban dalam kandang tu sendiri.


Fitnah yang sebar tu percuma.
Tapi bayarannya aku tanggung.


Reputasi klinik jatuh.
Pesakit jadi ragu.
Staf tengok aku pun macam pelik.


Dan aku?


Aku masih kena senyum setiap pagi,
walaupun hati aku koyak macam permaidani yang dah terlalu lama dipijak.


Kalau kau rasa cerita ini baru nak habis,
Kau silap. Cerita ni baru nak bermula.


Hari tu,
9.47 malam.


Aku baru nak tutup lampu. Klinik dah sunyi.
Hari ni pun sepi. Lepas cerita viral, pesakit makin kurang. Yang ada pun, tanya harga ubat dan terus keluar senyap.


Aku tarik nafas panjang.
Duduk di kerusi yang dah mula rasa keras macam lantai batu. Baru nak tarik pintu grill 
bunyi ketukan kuat.


Dejavu.


Aku buka.
Dan aku terdiam.


Dia.
Wanita yang pernah fitnah aku, tulis status panjang di Facebook, dan buat aduan rasmi ke CKAPS.
Tapi wajah dia tak nampak bersalah. Tak ada malu.


Tapi kali ni, dia datang sambil dukung anak kecil.
Anak tu nafas laju, pipi pucat, mata layu.


“Anak saya sesak nafas. Dah pergi dua klinik. Semua tutup. Saya tahu klinik doktor ni tak ramai sekarang...Jadi bolehlah rawat anak saya cepat.”


Aku masih diam.
Dalam hati aku remuk.
Tapi aku tengok anak dia  dan aku tahu, tak boleh biar dia terus sesak.


Aku buka pintu.


“Masuk.”


Aku jalankan rawatan.
Nebulizer. Suction. Oxygen.
Monitor O2 sat. Tengok response.


Masa anak dia mula tidur dengan tenang aku rasa lega. Tapi waktu aku kemas semula alat, dia bersuara.


“Saya tahu doktor mungkin simpan dalam hati, tapi…ini kan memang tanggungjawab doktor.”


“Saya tak minta maaf pun.Saya tak menyesal.
Kalau doktor betul-betul profesional, doktor patut tahan benda macam ni.”


Waktu tu, aku tak marah.
Tak balas.
Sebab aku tahu kalau aku jawab, aku akan jatuh ke tempat yang sama dengan dia.


Dia keluar dari klinik macam tak ada apa berlaku.
Tak ucap terima kasih. Tak pandang belakang.
Dan aku…aku duduk semula di kerusi lama tu.


Aku boleh je tolak dia.
Aku boleh kata, “Maaf, saya dah tutup.”
Tapi kalau aku buat macam tu…aku tahu aku takkan boleh tengok muka aku sendiri dalam cermin.


Aku tetap pilih untuk jadi manusia.


Walaupun manusia lain pilih untuk jadi tuhan  yang suka menghukum, tanpa sedar mereka cuma tetamu sementara dalam dunia yang Tuhan punya.


Kekadanh aku terfikir. Kenapalah wujud manusia perangu macam ni..


Korang pernah hadap pesakit dari neraka?
Cuba komen sikit.


25 Jun 2025


Dr Md Azhari Md Zhahir
MD (UKM), OHD, CMIA, MRO
Cert. In Dermatology (AFPM)
Dip. In Dermatology (IOD, Bangkok)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/miskin-akal-budi-adab-pesakit-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Terkenal Di Korea Dedah Ramai Buat Pembedahan Plastik Untuk Dapat Wajah Seperti Jennie Blackpink

Doktor Terkenal Di Korea Dedah Ramai Buat Pembedahan Plastik Untuk Dapat Wajah Seperti Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 101 hits
Bukan sahaja seorang artis berbakat Jennie BLACKPINK juga sering menjadi bualan kerana kecantikannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi Artikel Berkaitan Baru baru ini seorang peminat telah memuat naik video kompilasi di laman X tentang beb...
Resepi Pengalaman Malam Pengantin Apa Yang Dimasak Pasangan Ini Buat Hati Cair

Resepi Pengalaman Malam Pengantin Apa Yang Dimasak Pasangan Ini Buat Hati Cair

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 146 hits
Rasa Cinta Malam Pertama Rahsia Dapur Sepasang Pengantin Baru di Cyberjaya Lebih Dari Sekadar Masakan Kisah Cinta Manis Terjalin di Meja Makan Pengantin Baru Malam Pertama Kami Bukan Bilik Tidur Tapi Dapur Ini Saksi Cinta Sejati Resepi Rahs...
Satu Pengalaman Hilang Doa Dan Tawakal Akhirnya Dijumpai Semula

Satu Pengalaman Hilang Doa Dan Tawakal Akhirnya Dijumpai Semula

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum wbt Allahu Akbar betapa besar kurniaan Mu Ya Allah Dalam tidak disangka Engkau hadirkan rezeki dan kemudahan yang tak ternilai Awak masih ingat dengan cerita saya pada bulan Januari lepas BACA SINI Hingga kini masih terasa t...
4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 181 hits
Habibi kena tahan kat wad sebab jari kelinkingnya yang dislocated Asalnya dia ke Hospital Kuala Lumpur untuk follow up temujanji pada hari Isnin 16 Jun untuk ketumbuhan di tapak tangan tapi doktor pula terlihat keadaan jari kelinking kanann...
Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 144 hits
Ibu ayah pernah tak alami situasi macam ni Anak yang sebelum ni ceria lasak berdikari tiba tiba berubah jadi clingy asyik nak melekat je menangis tanpa sebab tidur pun tak lena mimpi buruk Hati ibu ayah pasti rasa tak sedap kan Menurut Dr H...
Doktor Tak Ramai Klinik Tumbuh Macam Cendawan Lepas Hujan Panas

Doktor Tak Ramai Klinik Tumbuh Macam Cendawan Lepas Hujan Panas

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 103 hits
Saya pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi kelmarin dan telah mendaftar di Klinik Ortopedik sekitar jam 9 pagi Namun hanya selesai menerima rawatan pada jam 3 petang Saya sempat bertanya kepada doktor pakar mengapa pesakit perlu menungg...
Tip Sihat Doktor

Tip Sihat Doktor

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 84 hits
1 Tinggi Lemak Trans dan Minyak JelantahKerupuk biasanya digoreng dengan minyak yang digunakan berulang ulang Ini menghasilkan lemak trans yang bisa meningkatkan kolesterol jah4t dan menurunkan kolesterol baik meningkatkan risiko penyakit j...
Steven Sim Terharu Pelajar Pernah Dibantu Kini Bergelar Doktor Saya Sangat Bangga

Steven Sim Terharu Pelajar Pernah Dibantu Kini Bergelar Doktor Saya Sangat Bangga

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 138 hits
Menteri Sumber Manusia Malaysia Steven Sim Chee Keong mengakui cukup terharu dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh seorang graduan Institut Pengajian Tinggi apabila kini bergelar doktor walaupun melalui pelbagai kesukaran sewaktu be...
Doktor Syak Bukan Cedera Biasa Kanak Kanak Perempuan Mangsa Dera

Doktor Syak Bukan Cedera Biasa Kanak Kanak Perempuan Mangsa Dera

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 149 hits
Doktor bantu buat laporan penderaan Tapi segalanya tak sempat mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital Masih kecil baru 9 tahun Dia dihantar ke hospital oleh bapa tirinya namun tubuh kecilnya membongkar kisah sebenar Kesan lebam dan ...
Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Biar Orang Kata Kita Tidak Berpihak

Hmmm Yang Cucuk Pfizer Korang Rasa Macam Mana Sekarang