Satu Pengalaman Hilang Doa Dan Tawakal Akhirnya Dijumpai Semula



Assalamualaikum wbt...Allahu Akbar, betapa besar kurniaan-Mu Ya Allah. Dalam tidak disangka, Engkau hadirkan rezeki dan kemudahan yang tak ternilai…
Awak masih ingat dengan cerita saya pada bulan Januari lepas..? 
BACA SINI ⇨ TAHUN BARU, CERITA BARU
Hingga kini, masih terasa tak percaya TAPI itulah yang membuktikan yang Allah Maha Mendengar setiap doa hamba-Nya... 
Beg pakaian yang hilang dan barang-barang berharga saya kini dijumpai semula... Alhamdulillah Ya Allah... 
Camne boleh dijumpai semula..?
Kisahnya begini... Pada hari Ahad yang lepas saya sedang berbual dengan ummie dan adik yang bermalam satu malam di rumah.. Masa tue mereka berdua sedang bersiap-siap untuk pulang ke Hulu Langat... Lepas tue, hubby datang ke arah saya dan mengatakan yang beg pakaian yang hilang tue mungkin dah dijumpai semula.. Masa tue, hubby sedang berbalas mesej whatsapp dengan seorang wanita yang tak dikenali yang dipercayai telah menjumpai beg tersebut.. Menurut mesej, wanita tue bertanya dengan hubby adakah dia ada kehilangan beg pakaian, beg tue berwarna apa dan ada apa dalam beg tue... Bila hubby menerangkan perkara tue, wanita tue berkata yang beg tue berada di tangannya.. 
Masa tue, kami berdua rasa macam tak percaya tapi bila saya call dan bercakap sendiri dengan wanita yang dikenali sebagai Aina, barulah kami berdua percaya yang beg tue memang berada di tangan Aina...
Kata Aina, beg tue sebenarnya berada di dalam bas persiaran yang menuju ke Pulau Pinang dan bas tue dipandu oleh suaminya.. Masa beg tue dijumpai, rakan suaminya yang merupakan pemandu kedua bas persiaran terbabit, menyangka yang beg tue adalah kepunyaannya kerana mempunyai warna yang sama.. Tapi bila sampai di pejabat, barulah dia perasan yang beg tue bukan kepunyaannya. Jadi beg tue disimpan di dalam pejabat dan menunggu pemilik beg untuk datang menuntut.. Tapi dah berapa bulan beg tue masih tak menuntut membuatkan Aina yang juga merupakan salah sorang pekerja syarikat bas persiaran tue tergerak hati untuk mencari pemilik beg terbabit.. Jadi Aina pun membuka beg tue dan mendapati ada beberapa barang berharga seperti laptop, chromebook laptop dan beg yang mempunyai external hard disc serta pakaian harian.. Jadi dengan niat untuk mencari pemilik beg, dia pun membuka laptop tapi takde maklumat pemilik disebabkan saya baru buat pembaikan pada laptop tue. Jadi memang takde apa-apa maklumat yang saya letakkan dalam laptop tue.. Kemudian Aina pun membuka chromebook laptop untuk mencari maklumat dan dalam chromebook nie memang saya letakkan nama serta password. Dengan adanya nama saya terpapar di skrin, dia pun tergerak hati untuk mencari nama saya di facebook dan Alhamdulillah dia menjumpai nama saya.. Dengan takdir Allah SWT, kebetulan saya masih belum delete post dalam facebook saya mengenai kehilangan beg tue dan itulah cara dia menghubungi hubby saya... 
Jadi lepas dengar cerita dari Aina, saya bertanya di mana keberadaan dia sekarang nie untuk kami suami isteri boleh mengambil beg tue.. Aina mengatakan yang dia berada di Kuala Kangsar tapi dia mengatakan suami dia mungkin akan ke Putrajaya dalam beberapa hari akan datang untuk menurunkan penumpang bas persiaran di Stesen Putrajaya Sentral, jadi masa tue suaminya boleh menghantar beg tersebut.. Bila dah deal, sekali lagi Aina mesej pada hubby saya, mengatakan suaminya akan ke Putrajaya dan dijangka sampai di stesen tersebut pada jam 6.00 petang pada hari tue juga. 
Akhirnya pada jam 6.10 petang, kami berdua dapat berjumpa dengan suami Aina dan kini beg tue dipulangkan semula pada saya... Alhamdulillah, saya bertemu dengan orang-orang yang jujur... 
Berulang kali saya panjatkan kesyukuran dan berjuta kali saya ucapkan terima kasih pada Aina dan suaminya kerana memulangkan semula beg serta barang-barang berharga.. Yang paling menggembirakan saya adalah saya dapat kembali dua external hard disc yang mengandungi kerja-kerja pejabat serta peribadi... Berkat doa ummie dan keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam penemuan beg nie dan yang PALING UTAMA, bila di saat segala usaha seakan buntu, Allah SWT telah hadirkan kebesaran-Nya. Dengan izin Allah SWT, Kun Fayakun — beg yang hilang, kini kembali dalam genggaman. Tiada yang mustahil bagi-Mu Ya Allah, apabila Engkau berkehendak… segalanya terjadi sekelip mata.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/06/satu-pengalaman-hilang-doa-dan-tawakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 139 hits
KUANTAN Lelaki Orang Kurang Upaya dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kuantan dekat Kampung Tanah Putih di sini hari ini Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria berkata berdasarkan maklumat awal ma...
Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 119 hits
Tiada yang mustahil jika kita percaya pada kuasa doa dan usaha yang tak pernah putus Dalam kesibukan dunia yang sering kali melupakan golongan istimewa terselit kisah penuh inspirasi tentang seorang ibu tunggal Suzana Ilias 53 tahun dari Bi...
Anak Lembut Hati Mudah Dengar Kata Peluklah Dia Doa Mengalir Dalam Kasih Sayang

Anak Lembut Hati Mudah Dengar Kata Peluklah Dia Doa Mengalir Dalam Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 133 hits
Kehebatan air tangan seorang ibu tak pernah terhad pada dapur semata mata Ia lebih dalam lebih indah dari memakaikan baju anak menyuap makan sehinggalah ke rutin mandikan si kecil yang kadang kadang rewel tapi tetap mencuit hati Untuk ibu y...
Kapsyen Fattah Amin Dan Anak Undang Tanda Tanya Doa Baik Baik

Kapsyen Fattah Amin Dan Anak Undang Tanda Tanya Doa Baik Baik

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 166 hits
Bapa Bukan Sekadar Sambutan Tapi Sebuah Rasa Hari yang diraikan oleh ramai dengan pelukan dengan senyuman dengan penghargaan buat insan bergelar ayah Tapi bagi sesetengah orang Hari Bapa hadir dengan rasa yang bercampur baur Bukan semua kis...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 224 hits
Malaysiakini nbsp Presiden PAS Abdul Hadi Awang dijadualkan menjalani prosedur rawatan esok Perkara itu dimaklumkan anaknya Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan serta mengadakan solat hajat unt...
My Second Ectopic Pregnancy Sari Yanti Mohon Doa Jalani Pembedahan

My Second Ectopic Pregnancy Sari Yanti Mohon Doa Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 138 hits
Pelakon dan personaliti terkenal Sari Yanti sekali lagi mengharungi ujian berat dalam kehidupannya apabila disahkan mengalami kehamilan ektopik buat kali kedua Menerusi perkongsian di media sosial beliau memohon doa daripada orang ramai seb...
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Double Meaning Names Work

Psv Pendidikan Seni Visual

Guru Mengaji Dipenjara 6 Tahun 4 Sebatan Serang Seksual Liwat Pelajar

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Luis1688 5 November Luis1688 3 Top 42 By Shelby