Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor


Ibu ayah pernah tak alami situasi macam ni? Anak yang sebelum ni ceria, lasak, berdikari, tiba-tiba berubah jadi ‘clingy’, asyik nak melekat je, menangis tanpa sebab, tidur pun tak lena, mimpi buruk. Hati ibu ayah pasti rasa tak sedap, kan?
Menurut Dr Hadi Kamal, doktor perubatan yang sering berkongsi ilmu kesihatan kanak-kanak, perubahan tingkah laku anak seperti terlalu berkepit atau ‘clingy’ secara tiba-tiba bukan sekadar fasa biasa. Ini mungkin petanda emosi anak sedang terganggu, malah boleh jadi mereka sedang alami penderaan emosi!

Bahaya Penderaan, Bukan Sekadar Kesan Fizikal Ramai fikir penderaan hanya melibatkan kecederaan fizikal. Hakikatnya, menurut Dr Hadi, penderaan juga boleh berlaku dalam bentuk mental, psikologi dan emosi yang meninggalkan kesan mendalam pada jiwa anak kecil.
Lebih membimbangkan, kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat di negara kita, ada yang sampai meragut nyawa! Paling sedih bila penderaan dilakukan oleh individu yang sepatutnya melindungi mereka — termasuk guru, pengasuh atau ahli keluarga sendiri.
Cara Bezakan Kecederaan Akibat Dera & Kemalangan Anak aktif memang biasa ada lebam atau calar. Tapi ibu ayah perlu tahu, kecederaan akibat dera biasanya muncul di bahagian badan tertentu yang agak ‘pelik’ atau sukar berlaku secara tidak sengaja.
@3hadi_ Semua orang wajib alert, banyak kes sangat dah ni #lebam #dera #ibu #tiktokmalaysia ♬ original sound – Dr Hadi Kamal | Kids Health – Dr Hadi Kamal Family Health
Dr Hadi kongsikan, antara bahagian tubuh yang sering jadi tanda penderaan fizikal termasuk:
🔴 Pipi
🔴 Leher
🔴 Lengan bahagian atas
🔴 Pergelangan tangan hingga ke hujung jari
🔴 Tapak tangan
🔴 Alat sulit
🔴 Punggung & celah peha
🔴 Peha
🔴 Pergelangan kaki hingga ke hujung jari, termasuk tapak kaki
Kalau kecederaan di kepala, bahu, lengan bawah atau betis, biasanya ia berlaku akibat kemalangan biasa.
Pesan Dr Hadi: Ibu ayah kena cakna, jangan abaikan walau ada satu pun tanda mencurigakan. Segera bertindak sebelum keadaan jadi lebih serius.
Tanda-Tanda Anak Alami Penderaan Emosi Penderaan emosi lebih halus, sukar dikesan, tapi kesannya sangat dalam. Dr Hadi kongsi beberapa ‘alarm’ yang ibu ayah wajib peka:
✅ Anak kerap mengigau atau mimpi buruk setiap malam
✅ Terlalu takut atau resah bila nampak individu tertentu
✅ Jadi terlalu ‘clingy’, tak mahu berpisah walau sekejap
✅ Menangis berlebihan tanpa sebab jelas
✅ Tingkah laku impulsif, cepat marah atau tantrum
✅ Tiba-tiba buat perkara tak sesuai dengan umur – hisap jari, kencing tilam, main cara keanak-anakan
“Kadang-kadang bila dia nampak orang yang dia takut tu, dia tiba-tiba jadi patuh macam robot,” jelas Dr Hadi. Ini tanda anak dalam ketakutan yang terlampau.
@3hadi_ Replying to @ahmad.faizal211 betul, tanda emosi/psikologi boleh jadi dan yang ni susah nak tipu #abuseawareness #makayah ♬ original sound – Dr Hadi Kamal | Kids Health – Dr Hadi Kamal Family Health
Anak Nampak Terabai? Itu Juga Mungkin Penderaan Selain penderaan fizikal dan emosi, pengabaian juga satu bentuk penderaan. Antara petanda anak terabai:
🔸 Ruam atau melecet di bahagian punggung akibat lampin tak ditukar lama
🔸 Badan tak terurus – kuku panjang kotor, kudis tak dirawat, pakaian lusuh
🔸 Bau badan tak menyenangkan, rambut kusut masai
Jangan Diam, Laporkan! Ini Saluran Bantuan Sebagai ibu ayah, pengasuh, pendidik, malah jiran tetangga, kita ada tanggungjawab melindungi anak-anak kecil. Jangan biarkan mereka terus jadi mangsa penderaan.
Saluran yang boleh dihubungi:
📞 Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999
🚓 PDRM – Laporkan ke balai polis berhampiran
🏢 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
🌐 Media sosial rasmi JKM & KPWKM
Undang-undang sedia ada mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga, pengasuh atau sesiapa saja yang ada maklumat penderaan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sayangi Anak, Lindungi Mereka Dari Awal Anak kecil tak pandai luah rasa takut mereka dengan kata-kata. Tapi melalui perubahan tingkah laku, mereka cuba minta tolong. Jadi, ibu ayah, dengarlah ‘jeritan halus’ anak. Jangan tunggu dah parah, cegah dari awal.
Kerana setiap anak adalah amanah, mereka berhak membesar dengan rasa selamat, dilindungi dan disayangi sepenuhnya.
BACA LAGI : Ibu Hamil 8 Bulan Pergi Dalam Senyuman, Belum Sempat Jumpa Suami… “Maafkan Saya Sayang…”
The post Anak Tiba-Tiba Jadi Terlalu ‘Clingy’? Mungkin Tanda Emosi Didera, Ini Penjelasan Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tiba-tiba-jadi-terlalu-clingy-mungkin-tanda-emosi-didera-ini-penjelasan-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 109 hits
Pernahkah anda mengalami situasi di mana si kecil asyik mahu berada di sisi anda sepanjang masa Setiap kali anda cuba beredar walau sekejap tangisan dan rengekan mula kedengaran Jika ya besar kemungkinan anda sedang membesarkan seorang baby...
5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 109 hits
Inner child ibu terluka bisa menjadikan anak sebagai kompetitor emosional dan trauma masa lalu pun diwariskan Artikel ini mengurai 5 tanda utamanya serta langkah awal untuk memulihkan luka antar generasi Wariskan cinta bukan trauma
Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 185 hits
Ibu kepada 8216 gadis veil 8217 Putri Darweena Natasya iaitu penerbit Datin Mahfuzah tampil memberi penjelasan setelah majlis perkahwinan anak perempuanya itu disamakan dengan upacara agama lain oleh sesetengah netizen Menurut Mahfuzah anak...
Kapsyen Fattah Amin Dan Anak Undang Tanda Tanya Doa Baik Baik

Kapsyen Fattah Amin Dan Anak Undang Tanda Tanya Doa Baik Baik

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 153 hits
Bapa Bukan Sekadar Sambutan Tapi Sebuah Rasa Hari yang diraikan oleh ramai dengan pelukan dengan senyuman dengan penghargaan buat insan bergelar ayah Tapi bagi sesetengah orang Hari Bapa hadir dengan rasa yang bercampur baur Bukan semua kis...
Anak Genap Setahun Sharifah Amani Suami Hadiahkan Doa Penuh Emosi

Anak Genap Setahun Sharifah Amani Suami Hadiahkan Doa Penuh Emosi

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 128 hits
Pasangan selebriti Sharifah Amani dan suaminya telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka Ahmad Mohsein dalam satu majlis sambutan yang sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang dan kehangatan keluarga Melalui satu hantaran di ...
Anak Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Jadi Kanak Kanak

Anak Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Jadi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 114 hits
Zaman sekarang semakin ramai ibu bapa memilih untuk mengisi hari anak anak dengan pelbagai aktiviti seperti sekolah pagi kelas tambahan petang malam pula kelas online atau latihan sukan Dari luar nampak anak hebat aktif dan berpotensi Tapi ...
Nak Ikut Kakak Ibu Kongsi Kisah Seram Anak Main Pasir Tiba Tiba Berlari Hujung Pantai

Nak Ikut Kakak Ibu Kongsi Kisah Seram Anak Main Pasir Tiba Tiba Berlari Hujung Pantai

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 135 hits
Kisah seorang ibu yang berkongsi kisah anak perempuannya yang bermain pasir pantai dengan seseorang yang tidak dilihat menarik perhatian ramai Kongsi ibu ini menerusi Thread Rafidah Samat anaknya yang sedang leka bermain pasir tiba tiba ber...
Anak Ke 4 Patut Kena Bayar Rm1 000 Individu Anggap Caj Hospital Kerajaan Terlalu Murah Punca Asnaf Beranak Ramai

Anak Ke 4 Patut Kena Bayar Rm1 000 Individu Anggap Caj Hospital Kerajaan Terlalu Murah Punca Asnaf Beranak Ramai

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 139 hits
Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berpatutan kepada rakyatnya jika dibandingkan dengan negara negara lain Namun ada juga yang beranggapan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan ...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Budak Kilat

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia