Day Trip Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah



Ini adalah sambungan entri kami ke Bentong. Belum habis lagi cerita tentang kami waktu hantar Ikhwan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Tak sangka dengan waktu yang singkat kami dapat buat beberapa aktiviti yang kami suka. Waktu untuk keluarga kecil kami, paling penting berkualiti.

Alhamdulillah. Pagi tu selepas selesai menduduki UKKM, suami ajak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lanchang.








Day Trip - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Alang-alang dah berada di Negeri Pahang Darul Makmur kami teruskan saja perjalanan. Ikut hati nak je ajak balik kampung.

Tapi macam tak berbaloi, memandangkan suami tak ambil cuti tambahan. Nanti penat dalam perjalanan je.

Ok jom Diah share perkara perlu tahu kalau korang ada rancangan nak ke Kuala Gandah tengok Gajah. Harapnya bermanfaat ya.





 




Perkara Perlu Tahu - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kalau korang memandu dari Kuala Lumpur, ambil masa kira-kira 2 jam melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

Pintu pagar utama akan dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk pelawat. Selepas meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan wajib daftar di kaunter pendaftaran.

Masuk adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh menyumbang / menderma ke dalam tabung yang disediakan.






Jangan lupa bawa duit kecil untuk beli makanan untuk diberikan kepada gajah. Dekat sana tiada QR pay atau transaksi Debit Card.

Perlaksanaan aktiviti bersama Gajah adalah bergantung kepada paras air sungai dan juga keadaan cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan.

Oh ya, jangan risau kalau korang dah ada dalam Kawasan Pusat boleh berada di dalam sehingga pukul 4.15 petang.

 




Senarai Aktiviti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Ada beberapa aktiviti diadakan boleh korang buat dekat sini tapi bergantung kepada cuaca, hari apa korang datang dan tahap kesihatan Gajah dan anak Gajah.






Nak meriah datang pada hari Cuti AM dan hujung minggu okay.

 


Beri makan dan bergambar dengan Gajah (Setiap Hari – 10.30 pagi hingga 3.30 petang)Gajah dewasa mandi bersama mahut (hari Kelepasan AM & hujung minggu Sahaja - 11.15 pagi hingga 11.30 pagi)Pertunjukan Berinformasi, Gajah dewasa bersama mahut (Setiap Hari – 2.15 petang hingga 3.00 petang)Bermesra dengan Anak Gajah (Jumaat sahaja – 2.45 petang hingga 3.15 petang)









Rujuk sini untuk lebih info!  

 

Review Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Sejujurnya kami sekeluarga gembira habiskan masa dekat sini walaupun aktiviti tak banyak. Kagum dapat tengok Gajah bersaiz gergasi depan mata.

Kuala Gandah ni dekat dengan hati dan agak peribadi sebab ada kisah lucu berkait dengan keluarga kami.

Kami dah pernah ke sini bersama ahli keluarga lain waktu anak pertama, Ikhwan berumur setahun lebih.

Kiranya bercuti beramai-ramai dengan emak sekali. Lebih tepat 12 tahun yang sudah. Ada satu peristiwa yang buat kami tergelak besar dan semua ingat sehingga hari ini.







Waktu buat aktiviti beri makan dan bergambar dengan Gajah, mahut terangkan pasal gajah dan beritahu salah seekor Gajah bernama ABOT.

Kebetulan, kami bagi nickname Ikhwan nama yang sama. Rupa-rupanya nama Gajah kami beri pada anak. Memang tergelak besar masing-masing.






Suami la yang mula panggil ABOT (abang Botak). Waktu kecil rambut Ikhwan tak tumbuh banyak dan warna perang.

Kiranya kami Kembali selepas 12 tahun nak tengok ABOT. Alhamdulilah ABOT masih hidup dan membesar sihat di sini.

Balik tu perut dah lapar kami Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki kemudian terus balik KL. 


Kesimpulan

Bawa lah anak-anak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Sangat digalakkan dan bermanfaat untuk tambah lagi pengetahuan tentang alam semulajadi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/01/day-trip-pusat-konservasi-gajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Terjah Singapura A Day Trip To Singapore From Johor Bahru

Misi Terjah Singapura A Day Trip To Singapore From Johor Bahru

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 355 hits
Bertemu kembali Kali ini nak cerita satu kisah yang agak kelakar dan kurang bijak Kadang kadang bila dikenangkan semula tindakan tindakan masa lalu yang dibuat tanpa perancangan iaitu atau lebih tepat disebut sebagai main terjah jer atau le...
Day Trip To Uji Japan A Cultural Experience

Day Trip To Uji Japan A Cultural Experience

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 277 hits
Join us on a journey to Uji Japan known for its traditional tea ceremonies and historic temples Immerse yourself in Japanese culture and discover the beauty of this picturesque town This part three of my four part autumn series through Kyot...
Nombor Hotline Pusat Kawalan Banjir Pahang

Nombor Hotline Pusat Kawalan Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 296 hits
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PEKANJALAN SULTAN ABU BAKAR26600 PEKAN PAHANGNO TEL 09 4221128 09 4221140 PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN25000 KUANTAN PAHANG NO TEL 09 5724351 09 5724723 PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH28000 TEMERLOH PAHANG NO T...
Habitatnya Kebanjiran Dua Ekor Gajah Liar Rusak Tanaman Warga Di Riau

Habitatnya Kebanjiran Dua Ekor Gajah Liar Rusak Tanaman Warga Di Riau

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 138 hits
Masuknya dua ekor gajah jantan itu telah dipantau petugas BKSDA Saat ini kawanan gajah liar masuk permukiman di SP 6
Kisah Gajah Naik Anak In Membunuh Penaga Yang Zalim

Kisah Gajah Naik Anak In Membunuh Penaga Yang Zalim

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 265 hits
Hari ini 121 tahun yang lalu Topsy si gajah dibunuh dengan renjatan elektrik antara kes pembunuhan haiwan paling menyayat hati dalam sejarah Topsy adalah seekor gajah Asia betina yang lahir di hutan pada sekitar 1875 di Asia Tenggara namun ...
Pemahaman Kebangsaan Untuk Bentengi Diri Dari Narasi Kebencian Di 2024

Pemahaman Kebangsaan Untuk Bentengi Diri Dari Narasi Kebencian Di 2024

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 206 hits
Masyarakat memiliki ketahanan lebih terhadap narasi kebangkitan khilafah karena lebih percaya organisasi seperti Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama
Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah Di Pawagam 11 Januari 2024

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah Di Pawagam 11 Januari 2024

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 352 hits
Tonton Telefilem Pendekar Awang Darah Indera Gajah akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2023 Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar dan merupakan kesinambungan kepada filem pecah panggung dengan kutipan RM90 ...
Torso Of Woman Stuffed Into Garbage Bin Found In Alor Gajah

Torso Of Woman Stuffed Into Garbage Bin Found In Alor Gajah

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 128 hits
The body minus its head hands and feet was found in a garbage bin in a drain on the Alor Gajah Tampin trunk road last Sunday ALOR GAJAH The torso of a woman believed to have been murdered and stuffed into a garbage bin was found in a drain ...
Vivo Menetapkan Standard Baru Dengan Pusat Pengalaman Dan Perkhidmatan Bersepadu Di Sunway Pyramid Mall

Vivo Menetapkan Standard Baru Dengan Pusat Pengalaman Dan Perkhidmatan Bersepadu Di Sunway Pyramid Mall

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 376 hits
vivo Malaysia menandakan peristiwa penting dengan pembukaan besar kedai Pusat Pengalaman dan Servis terbesarnya di Lembah Klang terletak di pusat beli belah Sunway Pyramid Kedai utama ini komited untuk menyampaikan pengalaman yang tinggi da...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan