Misi 5 Gajah Membantu Orang Asli Gajah Normal Baharu




MISI 'istimewa' menghantar bantuan makanan menggunakan lima ekor gajah. Kaedah dianggap unik itu ternyata berjaya membantu ratusan penduduk perkampungan Orang Asli Che Wong yang tinggal jauh di belantara Pahang.Usaha itu dilakukan petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, dalam memastikan masyarakat Orang Asli turut menerima bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Difahamkan lima ekor gajah denak bernama Sanum, Timur, Kala, Alam dan Kasturi digunakan untuk tujuan itu.Ketua PKGK Kuala Gandah Lanchang, Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata, misi bantuan bergajah itu bermula 18 April lalu membabitkan bantuan ke empat perkampungan utama Orang Asli Che Wong iaitu Kampung Baek, Kampung Senil, Kampung Asli Serluh dan Kampung Lata Tujuh di sekitar Daerah Temerloh.
Menurutnya, misi perjalanan menggunakan gajah dijinakkan itu mengambil masa tiga hari untuk sampai ke satu-satu lokasi bergantung kesukaran bentuk muka bumi."Setiap perkampungan itu mempunyai sekitar 20 keluarga yang menetap di dalam kawasan hutan Rezab Hidupan Liar, Krau dibawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)."Program ini dijayakan 12 kakitangan membabitkan seorang pegawai (Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan), sembilan Mahut (penggembala) gajah dan dua nature guide Kuala Gandah," katanya.Beliau berkata, misi penghantaran makanan kepada penduduk Orang Asli menggunakan gajah adalah julung kali dilaksanakan Perhilitan dan pertama kali dijalankan di negara ini."Barangan makanan kering yang dibekalkan adalah hasil sumbangan daripada pelawat yang pernah mengunjungi PKGK Kuala Gandah."Lokasi penempatan Orang Asli dilawati itu diakui terpencil di dalam hutan dan sebahagiannya hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal melalui denai hutan," katanya.Menurutnya, gajah denak digunakan itu berjaya melepasi denai, sungai dan pelbagai halangan bentuk muka bumi untuk sampai ke semua perkampungan itu sambil membawa ratusan kilogram bantuan."Laluan menuju ke Lata Tujuh juga sangat sukar menggunakan gajah kerana terdapat banyak dinding berbatu. Malah gajah ini perlu diberikan rehat sebelum dibawa pulang ke PKPG."Inisiatif penggunaan gajah ini adalah aktiviti 'serampang dua mata'. Selain objektif melaksanakan rutin bulanan Operasi Rondaan Bergajah, kami turut menyalurkan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli yang dibimbangi kekurangan makanan sepanjang tempoh PKP."Kebiasaannya dalam tempoh tertentu, mereka akan keluar dari kawasan hutan ke kedai di sekitar Kuala Gandah untuk mendapatkan barangan makanan asas. Namun, bekalan makanan mereka terjejas memandangkan kebanyakan kedai terpaksa ditutup bagi mematuhi arahan PKP," katanya.Menurutnya, penduduk Orang Asli itu juga bergantung kepada hasil hutan bagi menyara kehidupan selain menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti ubi kayu, pisang dan padi bukit."Rondaan Bergajah sebahagian daripada program latihan pengurusan gajah di Kuala Gandah selain mampu meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan gajah."Misi ini turut berupaya mengeratkan hubungan dan keserasian antara pengendali dengan gajah denak terbabit."Semua gajah denak digunakan itu adalah gajah yang pernah diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sejak lebih 10 tahun lalu," katanya.ANTARA masyarakat Orang Asli yang menerima bantuan disalurkan Perhilitan. FOTO NSTPMohamad Khairul berkata, gajah terbabit sedang dilatih sebagai pelapis bagi gajah bernama Abot dan Rambai yang sering digunakan untuk kerja menyelamat atau operasi pemindahan gajah liar di kawasan konflik manusia serta gajah.Beliau berkata, rondaan bergajah juga adalah inisiatif Jabatan Perhilitan melalui Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah bagi meningkatkan tahap perlindungan khazanah negara di dalam kawasan hutan Rezab Hidupan Liar Krau dari aktiviti seperti pencerobohan, pengambilan hasil hutan atau pemburuan haram."Misi bantuan terkini sedang dilakukan bermula kelmarin melalui serahan bantuan makanan kepada kira-kira 110 keluarga Orang Asli di sekitar Kuala Gandah."Penduduk Orang Asli Che Wong di sekitar Kuala Gandah dan di hutan Krau sangat bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian dan bantuan daripada pemimpin masyarakat dan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatam Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Agama Islam Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan," katanya. LIMA ekor gajah denak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada Orang Asli di pedalaman. FOTO NSTP Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gajah, ingatkan kita kepada Surah al-Fiil (bermakna “gajah”) di dalam Al-Quran. Ianya bersempena dengan pasukan bergajah dalam perancangan jahat oleh pemimpin Habsyah 'super power' waktu itu (kini Ethiopia),  bernama Abrahah bin al-Sabah untuk menyerang Kaabah. 

Firman Allah;
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ. أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ. وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ. تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ. فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍMaksudnya : 
“Tidakkah engkau tahu (wahai Muhammad), bagaimana Tuhanmu memperbuat terhadap orang-orang yang mempunyai gajah?”“Tidakkah Dia menjadikan tipu daya mereka sia-sia.”“Dan Dia (Allah) mengirim kepada mereka burung yang berbondong-bondong.” “Yang melempar mereka dengan batu dan tanah yang keras.” “Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.” (surah al-Fiil, ayat 1-5)

Sila lihat tafsirnya, 
Hasil PencarianHasil carian webTafsir Surah al-Fiil (Gajah) : Sunnah Perjuangan dan http://www.tarbawi.my/2013/02/sunnah-perjuangan-dalam-tafsir-surah-al.html
Peristiwa 'Tahun Gajah' yang berlaku pada 571M itu sebagai tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, pembawa normal baru kepada tamadun dunia masa itu. Pergantian 'Normal Baharu' pimpinan Muhammad SAW dari Abrahah lambang pimpinan 'Normal Lama' itu, dihantar Allah SWT melalui peristiwa tahun gajah.

Peristiwa super power tentera bergajah paling canggih itu dimusnahkan oleh serangan batu-batu kecil dari 'burung-burung ababil'. Ada yang menafsirkan, terbawa bersama batu itu adalah wabak penyakit yang akhirnya memusnahkan tentera Abrahah. 

Pada saya, berbalik kepada virus Covid-19 masakini.. 
Peringkat Antarabangsa, adakah kedatangan virus Covid-19 di dunia kini untuk mengubah perancangan jahat pemimpin yang menguasai dunia sekarang?Peringkat Malaysia, adakah kedatangan virus Covid-19 ini telah mengubah kepimpinnan politik Malaysia sebelum PM ke 8 kepada sekarang melalui 'normal baharu'?Maaf, itu hanya pandangan. Sekian.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur SikitKumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota



44VIDEOSLAGU ORANG ASLImohamad azni5:18Prenhod (Versi Original) - Seniroi4:50Apa Khabarmu - SeniroiView full playlist

1:36:46
WATCHEDJelmol - Kumpulan Lagu TerbaikLife Records Malaysia1 year ago          105,108 viewsKumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...

4:21
WATCHEDJelmol - HalijahZulu X Ray Mike11 years ago          121,449 viewsLayan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.

VideoPRATONTON4:53SPM 2017 - ORANG ASLI: TARIAN JO'OH MAMERI [29 ...2:24Menyingkap Misteri Muzik & Tarian Orang Asl
PRATONTON5:15Hari Moyang Kaum Mah Meri penuh tradisi dan 'mistik'

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/misi-5-gajah-membantu-orang-asli-gajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Gajah Untuk Sampaikan Bantuan Kepada Orang Asli

Guna Gajah Untuk Sampaikan Bantuan Kepada Orang Asli

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 300 hits
Guna gajah untuk sampaikan bantuan kepada Orang AsliSEPANJANG enam tahun bergelar penggembala gajah atau mahut tidak pernah sekali pun Faridzul Mohd Fadzli menjangkakan beliau akan mengemudi haiwan itu dalam operasi menyampaikan bantuan kem...
Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 357 hits
Mulai Isnin ini penjawat awam dikehendaki bertugas dalam normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
Normal Baharu Dalam Perniagaan

Normal Baharu Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 368 hits
Normal Baru dalam perniagaan yang terpaksa kita terima Online saller pos delivery cod dan macam macam lagi bentuk yang kita tak pernah terfikir pun selama ni kita akan buat The post appeared first on
Normal Baharu Peniaga Guna Wang Bpn Jadikan Modal Jual Buah Dalam Talian

Normal Baharu Peniaga Guna Wang Bpn Jadikan Modal Jual Buah Dalam Talian

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 402 hits
Astro Awani Setiap hari Azizi akan mengambil tempahan daripada pelanggan dan menghantar sendiri buah buahan ke rumah pelanggan Astro AWANI Adie Sufian Zulkefli ALOR SETAR Seorang peniaga buah di Kepala Batas Alor Setar tidak mahu perintah k...
M Sia Sudah Dalam Normal Baharu Ini 4 Trend

M Sia Sudah Dalam Normal Baharu Ini 4 Trend

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 284 hits
Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID 19 Foto BernamaSikit Tazkirah Ekonomi SEDAR atau tidak COVID 19 sudah banyak mengubah cara kita bekerja belajar dan...
Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 328 hits
Astro Awani Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR MAJLIS Keselamatan Negara menggariskan beberapa normal baharu ini merangkumi perkara ...
Biasakan Amalan Normal Baharu Semasa Pkpb Sultan Selangor

Biasakan Amalan Normal Baharu Semasa Pkpb Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 458 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat agar terus membiasakan diri dengan amalan normal baharu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Titah baginda walaupun PKPB memberi sedikit kelonggaran ba...
E Bazar Plats Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

E Bazar Plats Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 506 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Ramadan tahu ni sangat berlainan dan juga sangat unik bagi Maha Ini kerana selalunya bila tiba Ramadan kita akan sibuk untuk senaraika...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya