Guna Gajah Untuk Sampaikan Bantuan Kepada Orang Asli


Home/Nasional
Guna gajah untuk sampaikan bantuan kepada Orang Asli
SEPANJANG enam tahun bergelar penggembala gajah atau ‘mahut’, tidak pernah sekali pun Faridzul Mohd Fadzli menjangkakan beliau akan mengemudi haiwan itu dalam operasi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke kampung Orang Asli.

Ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Faridzul, 35, yang bertugas di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Temerloh, Pahang berkata, beliau hanya pernah mengemudi gajah dalam operasi menjinakkan gajah liar selain sesekali digunakan dalam acara perarakan rasmi.

“Rasa berdebar juga bila diberitahu gajah saya bernama Alam yang berusia 21 tahun terpilih untuk membawa barang keperluan asas seperti beras dan makanan dalam tin yang dimasukkan ke dalam guni sebelum diikat di kiri dan kanan badan untuk dihantar ke kampung Orang Asli.

“Disebabkan kali pertama berjalan dalam keadaan barang bergantung di badan, Alam mengambil masa lebih lama untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan kerana ada masanya kami tersilap mengagak jarak menyebabkan guni yang dibawa tersangkut di celah pokok,” katanya semasa dihubungi Bernama.
Faridzul yang merupakan anak jati Setiu, Terengganu berkata, disebabkan terdapat empat kampung yang terlibat dalam operasi itu beliau perlu memastikan Alam berada dalam keadaan baik kerana jarak kampung yang paling jauh mengambil masa selama lapan jam perjalanan

Mereka bertolak pada 18 April lalu untuk ke destinasi pertama iaitu Kampung Baek yang mengambil masa dua jam dari PKGK Kuala Gandah sebelum ke kampung paling jauh, Kampung Senil dan bermalam di situ untuk membolehkan gajah berehat sebelum pulang ke pusat konservasi pada hari ketiga.

“Saya perlu peka dengan keadaan Alam untuk melihat jika ia sudah letih. Selalunya, dalam keadaan begitu, tempo perjalanan Alam semakin perlahan dan apabila melalui sungai, ia akan berhenti untuk minum dan menyimbah air ke badan.

“Habis basah saya yang berada di atas gajah… yang paling saya bimbang ialah barang bantuan yang dibawa. Tidak manis pula jika diberi dalam keadaan basah. Alhamdulillah, semua barangan apabila diperiksa masih elok kerana dibalut kemas,” katanya.

Faridzul menambah ada masanya bimbang jika penduduk kampung yang hendak dituju melarikan diri apabila mendengar bunyi gajah kerana beranggapan ia adalah gajah liar, namun perasaan itu hilang apabila dimaklumkan penduduk sudah sedia maklum dengan kehadiran mereka.

Ini kerana, beberapa pekerja di PKGK Kuala Gandah merupakan Orang Asli dari suku kaum Che Wong telah terlebih dahulu ke kampung terlibat yang juga dihuni suku kaum sama, dengan tiga daripada mereka turut mengemudi gajah yang digunakan dalam operasi.

“Operasi berjalan dengan baik, cuma yang kelakarnya perjalanan pulang kami lebih perlahan kerana gajah yang terlibat sudah terlebih makan daun dan pucuk tumbuhan hutan liar kerana mereka dikelilingi sumber makanan yang banyak,” katanya.
Ketua PKGK Kuala Gandah Muhammad Khairul Adha Mat Amin berkata penggunaan gajah itu diketahui umum selepas gambar operasi dikongsikan di laman sosial kelmarin dan melibatkan empat kampung dalam kawasan Hutan Rizab Hidupan Liar Krau di bawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Selain Kampung Baek dan Kampung Senil, dua kampung lagi ialah Kampung Asli Serluh dan Kampung Lata Tujuh yang didiami kira-kira 20 keluarga Orang Asli Che Wong dan secara keseluruhan lima ekor gajah digunakan iaitu Alam, Sanum, Timur, Kala dan Kasturi dengan dikawal sembilan mahut

“Barangan yang dihantar merupakan sumbangan daripada pelawat yang pernah mengunjungi PKGK sebelum ini. Penggunaan gajah adalah perlu memandangkan kampung berkenaan hanya boleh diakses menggunakan motosikal atau berjalan kaki sahaja sedangkan barang yang hendak dihantar banyak

“Kami mendapat tahu Orang Asli dari kampung itu ada keluar untuk membeli barang di kedai kecil sekitar Kuala Gandah, namun kedai ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan mereka tidak tahu ke mana hendak dituju lalu pulang semula ke kampung,” katanya

Muhammad Khairul Adha menyifatkan penggunaan gajah dalam operasi itu juga sebagai ‘serampang dua mata’ kerana mengikut jadual bulanan, gajah di PKGK perlu melaksanakan rutin Operasi Rondaan Bergajah bagi mengekalkan kecergasan gajah selain meningkatkan keserasian dengan mahut

Rondaan bulanan itu juga merupakan inisiatif Jabatan Perhilitan menerusi PKGK Kuala Gandah melindungi khazanah alam dalam rizab hutan dan memastikan tiada aktiviti pencerobohan, pemburuan dan pengambilan hasil hutan secara haram berlaku
 – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/guna-gajah-untuk-sampaikan-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi 5 Gajah Membantu Orang Asli Gajah Normal Baharu

Misi 5 Gajah Membantu Orang Asli Gajah Normal Baharu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 425 hits
MISI istimewa menghantar bantuan makanan menggunakan lima ekor gajah Kaedah dianggap unik itu ternyata berjaya membantu ratusan penduduk perkampungan Orang Asli Che Wong yang tinggal jauh di belantara Pahang Usaha itu dilakukan petugas Pusa...
Jpm Belanja Rm132 85 Untuk Misi Bantuan Sepanjang Mac April

Jpm Belanja Rm132 85 Untuk Misi Bantuan Sepanjang Mac April

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 181 hits
Menteri di JPM Zulkifli Mohamad Al Bakri PETALING JAYA Sebanyak RM132 85 perbelanjaan diperuntukkan untuk misi Jabatan Perdana Menteri dan agensi hal ehwal agama sepanjang Mac hingga April lalu bagi membantu asnaf petugas barisan hadapan da...
Tukang Ketoprak Untung Rp 100 000 Sudah Bagus Bantuan Pemerintah Enggak Dapat

Tukang Ketoprak Untung Rp 100 000 Sudah Bagus Bantuan Pemerintah Enggak Dapat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 371 hits
Selain biaya hidup Bayu harus membayar sewa kontrakan sebulan Rp 500 000 Ia mengaku lebih menghemat supaya bisa mengirimkan uang THR untuk istri dan anaknya di kampung
5935 Zero Hunger Diteruskan Masih Ramai Perlukan Bantuan Walaupun Pkpb Tamat Malakat Tribune 06 05 2020

5935 Zero Hunger Diteruskan Masih Ramai Perlukan Bantuan Walaupun Pkpb Tamat Malakat Tribune 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 333 hits
RAUDHAH CITY Program Zero Hunger Malakat Mall akan diteruskan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tamat bagi membantu golongan terjejas terutama mereka yang bergantung kepada sumber perniagaan dan gaji harian Pengasas Malakat Ma...
5933 100 000 Mohon Bantuan Zero Hunger Berita Harian 06 05 2020

5933 100 000 Mohon Bantuan Zero Hunger Berita Harian 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 351 hits
CYBERJAYA Lebih 100 000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Pegawai Eks...
Ahli Parlimen Kemaman Jelajah Serah Bantuan

Ahli Parlimen Kemaman Jelajah Serah Bantuan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 249 hits
Oleh Alfian MamadKEMAMAN 8 Mei Seramai 470 orang masyarakat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal menerima bantuan sempena Jelajah Ziarah Kasih Ramadan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid di sini semalam Pegawai Khas Ahli Parlime...
Bkss 3 0 Bantuan Kewangan Rm500 Bujang

Bkss 3 0 Bantuan Kewangan Rm500 Bujang

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 1223 hits
BKSS 3 0 BANTUAN KEWANGAN RM500 BUJANG Dalam pengumuman BKSS 1 0 sebelum ini Ketua Isi Rumah kategori B40 di Sarawak yang berpendapatan bulanan RM4 000 dan ke bawah diberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama 6 bulan Manakala dalam B...
Ribuan Paket Sembako Bantuan Presiden Siap Didistribusikan Di Bodetabek

Ribuan Paket Sembako Bantuan Presiden Siap Didistribusikan Di Bodetabek

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 266 hits
Ribuan Paket Sembako Bantuan Presiden Siap Didistribusikan di Bodetabek Paket sembako untuk masyarakat terdampak penyebaran virus corona Covid 19 tersebut siap didistribusikan di wilayah Bogor Tangerang Depok dan Bekasi
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya