Biasakan Amalan Normal Baharu Semasa Pkpb Sultan Selangor




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat agar terus membiasakan diri dengan amalan normal baharu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Titah baginda walaupun PKPB memberi sedikit kelonggaran bagi menyokong sektor ekonomi, rakyat seharusnya kekal patuh terhadap saranan tidak keluar rumah tanpa keperluan, tidak berhimpun dan sentiasa mengekalkan penjarakan sosial di tempat awam.
“Pastikan juga amalan memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga kebersihan diri khususnya mencuci tangan atau menggunakan cecair pensanitasi tangan sebagai satu kemestian apabila keluar dari rumah.
“Nasihat beta kepada warga emas dan sesiapa yang tidak sihat atau menunjukkan gejala wabak COVID-19, duduk sahajalah di rumah. Beta amat berharap rakyat kekal berhati-hati dalam menjalani kembali rutin harian,” titah baginda menerusi satu kenyataan hari ini.
Titah Sultan Sharafuddin, sejak penularan wabak COVID-19 sehingga diisytiharkan sebagai pandemik yang turut melibatkan peningkatan kes di negara ini, baginda amat khuatir dengan keselamatan seluruh rakyat khususnya di Selangor.
“Beta juga sering memantau dan meneliti setiap data dan statistik kes jangkitan wabak ini dari semasa ke semasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
“Alhamdulillah, data semasa menunjukkan PKP yang dilaksanakan telah berjaya mendatarkan keluk wabak berkenaan dan keupayaan hospital-hospital dalam merawat kes COVID-19 juga adalah terkawal,” titah baginda.
Justeru, Sultan Sharafuddin menasihati umat Islam yang akan menyambut perayaan Aidilfitri bulan ini supaya meraikannya dalam suasana sederhana tanpa perlu merentas negeri untuk pulang ke kampung masing-masing.
Pada masa sama, baginda juga menyarankan umat Islam agar tidak menganjurkan rumah terbuka sepanjang bulan Syawal bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing bagi membendung penularan wabak berkenaan.
“Beta juga menghargai ketabahan dan kesabaran semua ahli keluarga barisan hadapan pada waktu yang mencabar ini. Beta mendoakan supaya keadaan kembali pulih dan kita mampu menangani penularan wabak ini dengan sebaik mungkin,” titah baginda.
— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/05/biasakan-amalan-normal-baharu-semasa-pkpb-sultan-selangor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=biasakan-amalan-normal-baharu-semasa-pkpb-sultan-selangor

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 340 hits
Astro Awani Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR MAJLIS Keselamatan Negara menggariskan beberapa normal baharu ini merangkumi perkara ...
Normal Baharu Dalam Perniagaan

Normal Baharu Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 377 hits
Normal Baru dalam perniagaan yang terpaksa kita terima Online saller pos delivery cod dan macam macam lagi bentuk yang kita tak pernah terfikir pun selama ni kita akan buat The post appeared first on
Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 422 hits
KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan ...
Covid19 Rakyat Malaysia Dalam Pkp Normal Baharu Ramadan Ramadhan

Covid19 Rakyat Malaysia Dalam Pkp Normal Baharu Ramadan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 528 hits
NORMAL BAHARU RAMADAN DALAM PKPEsok dijangka buat pertama kali umat Islam di negara ini akan mula berpuasa dalam satu suasana normal baharu berikutan penularan pandemik COVID19 Walaupun dalam tempoh PKP tetapi rakyat tidak perlu risau keran...
Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 369 hits
Mulai Isnin ini penjawat awam dikehendaki bertugas dalam normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
E Bazar Plats Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

E Bazar Plats Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 518 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Ramadan tahu ni sangat berlainan dan juga sangat unik bagi Maha Ini kerana selalunya bila tiba Ramadan kita akan sibuk untuk senaraika...
M Sia Sudah Dalam Normal Baharu Ini 4 Trend

M Sia Sudah Dalam Normal Baharu Ini 4 Trend

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 291 hits
Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID 19 Foto BernamaSikit Tazkirah Ekonomi SEDAR atau tidak COVID 19 sudah banyak mengubah cara kita bekerja belajar dan...
Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 416 hits
Normal baharu politik Kelantan sejak 1959KOTA BHARU Normal baharu politik di negara ini lebih awal berlaku di Kelantan pada 1959 apabila rakyat negeri itu membuat perubahan politik yang berbeza berbanding negeri negeri lain Pengarah Uruseti...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini