E Bazar Plats Normal Baharu Menikmati Juadah Ramadan Di Musim Pendamik


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ramadan tahu ni sangat berlainan dan juga sangat unik bagi Maha. Ini kerana selalunya bila tiba Ramadan kita akan sibuk untuk senaraikan bazar Ramadan mana nak dikunjungi. Juga juadah apa yang nak dibeli sehingga cukup lah 30 hari puasa. Sebab itu bulan mulia ni sangat Maha nantikan dan juga tak sabar untuk meraikannya

Tapi tahun ini seluruh rakyat Malaysia kena beralih kepada Normal Baharu. Ini semua kerana pendamik yang melanda negara sekarang ini. Menjadikan banyak perkara berubah termasuk juga bazar Ramadan yang selalu banyak dimerata tempat kini terpaksa tidak diadakan lagi. Maha sendiri pun rasa tahun ni emosi puasa tu lain sangat. Yer lah tak dapat pergi bazar Ramadan dan juga tak dapat lihat macam-macam makanan viral

Kali ni semua orang mula beralih kepada konsep e-bazar iaitu bazar atas talian. Tiada lagi sesak-sesak dan juga menghabiskan masa kat luar semua dibuat dirumah dan secara online. Sekarang ni dah ada platform e-bazar baru yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Namanya PLATS atau ‘Platform Selangor’. Maha kongsikan sikit pasal PLAT ini ia berlainan daripada e-bazar yang ada sebelum ini

Juadah Yang Boleh Diperolehi Di Platform PLATS
Sangat banyak juadah yang ada disediakan dalam platform ini. Maha sendiri masa layari laman PLATS ni memang rambang mata nak beli tak tahu yang mana satu. Ada makanan tradisional yang sangat popular di bazar Ramadan seperti Nasi Ambeng, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kari Kambing, Ayam Percik dan macam-macam lagi



Tu baru kat bahagian masakan tradisional kalau pergi pula pada juadah western ada pula Lamb Chop, Nachos, Chicken Wing, Roti John dan banyak lagi membuak nafsu nak membeli ni hehehe



Tengok juadah pencuci mulut pula jangan ceritalah memang pelbagai menu disediakan seperti Bubur Jagung, Bubur Cha-Cha, Cendol, Karipap, Murtabak, Seri Muka dan juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional semua ada. Sekarang ni cuma kena sediakan duit sahaja untuk bayar secara atas talian kerana tiada COD (cash-on-delivery)

Keutamaan PLATS
PLATS mengguna kaedah konsep e-Kitchen yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan atas talian sahaja. Tiada sebarang fizikal bazar dan pembelian secara terus atau walk in juga tidak dibenarkan. Apa yang Maha baca lagi semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat. Juga para peniaga perlu mendapatkan suntikan Pelalian Tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Begitu dijaga sekali kualiti dan juga peniaga yang ada didalam platform ini bukan calang-calang peniaga hanya mereka yang betul serius untuk berniaga di e-bazar ini. Bagus inisiatif ini kerana ia dapat membantu peniaga bazar Ramadan yang terkesan akibat larangan berniaga di bazar yang terbuka. Buat masa ini e-Kitchen telah beroperasi di enam lokasi seluruh Selangor iaitu Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Mereka juga akan mensasarkan untuk buka lagi enam lokasi dimasa akan datang bagi memenuhi keperluan seluruh rakyat Selangor

Macam yang Maha bagitahu tadi bahawa platform ini tiada walk-in untuk pembelian semua tempahan makanan akan dihantar terus kepada pelanggan sehingga ke depan rumah oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch. So mudah lah hanya buat pembelian atas talian dan bayar nanti makanan akan sampai

Cara Pembelian Dalam Platform PLATS
Bagi memudahkan orang yang tidak biasa membeli menggunakan atas talian ini PLATS menyediakan laman sesawang yang sangat selamat dan mesra pengguna. Korang hanya perlu layari laman web https://www.plats.com.my melalui laptop atau telefon pintar. Kemudian pilih lokasi e-Kitchen yang berhampiran dengan korang. Contoh kalau korang duduk area Bandar Baru Bangi boleh pilih menu jualan yang ada di e-Kitchen Seksyen 7 Bangi

Lepas tu korang klik butang ‘Tempah Di Sini’ dah mula buat tempahan menu apa yang nak dibeli. Nanti peniaga akan menerima tempahan dan membuat persediaan tempahan yang korang dah pilih tadi. Lepas tu tempahan korang akan dihantar terus oleh perkhidmatan penghantaran yang disediakan sampai ke depan rumah korang. Tempahan boleh dibuat seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Penghantaran pula akan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 7.00 malam sahaja

Bagusnya lagi semua penghantar akan membuat penghantaran korang melalui penghantaran tanpa sentuh. Mengekalkan jarak yang bersesuaian ketika menghantar atau meletakkan pada tempat yang sesuai dan korang akan mengambil makanan tersebut dari jarak yang selamat. Jadi kat situ penjarakan sangat dijaga dan Maha sangat yakin dengan SOP yang telah disediakan dalam platform ini

Sekarang ni korang masih boleh menikmati juadah enak untuk berbuka puasa dan dalam masa sama menjaga keselamatan korang dengan pembelian atas talian ini. Secara langsung juga ia membuka ruang kepada peniaga yang hanya bergantung kepada jualan musim Ramadan untuk mencari rezeki lebih. Walaupun bazar Ramadan telah dilarang tapi PLATS ada untuk membantu peniaga yang terjejas ini

Moga usaha murni MBI untuk meneruskan Normal Baharu dalam dunia peniagaan atas talian membuka mata semua orang di mana ada usaha di situ ada jalan. Diharapkan platform PLATS ini akan diteruskan walaupun selepas habis bulan Ramadan. Hari-hari lah Maha akan beli menggunakan PLATS ni kerana satu hari dah satu menu, puasa ada 30 hari separuh menu dalam platform habis Maha cuba semuanya hehehe. Korang pun boleh juga beli kat situ mudah, cepat dan selamat. Selamat berpuasa semua dan kita kena #StopCovid19

Info lanjut tentang PLATS boleh layari laman sosial media:Facebook:  https://www.facebook.com/platformselangorInstagram: https://www.instagram.com/plats.com.my            https://www.instagram.com/mbiselangor










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/05/e-bazar-plats-normal-baharu-menikmati-juadah-ramadan-musim-pendamik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Bazar Ramadan Untuk Tahun 2020 Ini 7 Jenis Juadah Yang Anda Pasti Rindui

Tiada Lagi Bazar Ramadan Untuk Tahun 2020 Ini 7 Jenis Juadah Yang Anda Pasti Rindui

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 667 hits
Setiap kali tibanya bulan puasa perkara yang pasti ditunggu tunggu oleh kita adalah bazar Ramadan Saban tahun bulan mulia ini pastinya akan dimeriahkan dengan ratusan tapak bazar Ramadan yang dibuka di banyak tempat seluruh Malaysia Apa yan...
Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

Normal Baharu Ramadan Perjuangan Dalam Mengekang Dan Memutuskan Rantaian Jangkitan Wabak Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 402 hits
KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan ...
Covid19 Rakyat Malaysia Dalam Pkp Normal Baharu Ramadan Ramadhan

Covid19 Rakyat Malaysia Dalam Pkp Normal Baharu Ramadan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 501 hits
NORMAL BAHARU RAMADAN DALAM PKPEsok dijangka buat pertama kali umat Islam di negara ini akan mula berpuasa dalam satu suasana normal baharu berikutan penularan pandemik COVID19 Walaupun dalam tempoh PKP tetapi rakyat tidak perlu risau keran...
Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

Pkpb Sedia Nak Masuk Semula Pejabat Ini Normal Baharu Digariskan Mkn

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 323 hits
Astro Awani Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR MAJLIS Keselamatan Negara menggariskan beberapa normal baharu ini merangkumi perkara ...
Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 720 hits
Menu berbuka hari kedua 25 4 2020 Ummi kalut juai KASWI PUDING KARAMEL KEK COKLAT CHEESE KEK PANDAN CHEESE LELEH Pepagi siapkan menu berkuah duluan AYAM MASAK LEMAK CILI PADI peberet Raniaku sayang kemarin dia tengok je ummi siapkan lauk te...
Buasir Otak Tv Cinta Bazar Ramadan

Buasir Otak Tv Cinta Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 425 hits
Mengisahkan tentang seorang penjual air minuman di bazar Ramadan yang terjumpa semula dengan rakan lamanya dari kecil seorang gadis Cina yang telah terpisah hubungan dengannya selama lebih dari 10 tahun lalu mengusik kembali kenangan lalu A...
Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

Covid 19 Penjawat Awam Bertugas Dalam Normal Baharu Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 351 hits
Mulai Isnin ini penjawat awam dikehendaki bertugas dalam normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddi...
Manfaat Idea Segar Depani Normal Baharu

Manfaat Idea Segar Depani Normal Baharu

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 230 hits
Oleh Dr Mohd Yussuf Al Fahmey Abdul RahimBEBERAPA turutan siri ketidaktentuan seperti kebakaran hutan di Australia pergolakan krisis Amerika Iran perang dagang Amerika Syarikat China dan terkini ancaman pandemik COVID 19 mengubah senario du...
Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 397 hits
Normal baharu politik Kelantan sejak 1959KOTA BHARU Normal baharu politik di negara ini lebih awal berlaku di Kelantan pada 1959 apabila rakyat negeri itu membuat perubahan politik yang berbeza berbanding negeri negeri lain Pengarah Uruseti...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri