Mirinda Menghidupkan Kembali Tradisi Riang Raya Bersama Sama


MIRINDA MENGHIDUPKAN KEMBALI TRADISI RIANG RAYA BERSAMA-SAMA | Assalammualaikum semua! Musim perayaan adalah musim yang indah buat rakyat Malaysia yang hidup berbilang agama, bangsa dan budaya. Kita hidup harmoni begini sejak puluhan tahun lagi. Melalui hasil seni filem, secara tidak langsung dapat memaparkan bagaimana kita mengeratkan siratulrahim. Menonton filem secara tidak langsung buat kita menggamit memori masa kecil bersama keluarga, saahabat-handai dan kembalikan semangat perayaan. 


Treler rasmi Mirinda, ‘Balik Rayaaahhh’ untuk filem ‘Abah Saya Uncle Mike’, yang akan ditayangkan pada bulan Ogos ini, menyatukan semula Uncle Mike dengan tiga anak lelaki angkatnya dalam perayaan tradisional di kampung. Dengan kolaborasi bersama Astro Shaw, beberapa siri acara termasuk pertemuan bersama selebriti, hadiah eksklusif, dan kisah tentang budaya dirangka untuk mempromosi filem tersebut dan mendekati para peminat. Ganjaran e-Duit Raya sehingga RM260,000 daripada Mirinda untuk seluruh warga Malaysia.

UNCLE MIKE KEMBALI DENGAN KEJUTAN ISTIMEWA RAYA
Etika berbangga untuk berkolaborasi dengan Astro Shaw bagi filem,‘Abah Saya Uncle Mike’ yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos. Berdasarkan kepada kisah benar, filem tersebut berkisar tentang seorang Ayah berbangsa Cina dengan tiga orang anak angkatnya yang berbangsa Melayu, menggambarkan betapa indahnya kepelbagaian budaya di Malaysia.

Atas kejayaan pelancaran treler ini semasa Tahun Baru Cina, yang menumpukan kepada bagaimana keluarga tersebut belajar dan cuba memahami tentang budaya masing-masing, treler untuk Raya kali ini pula meraikan pertemuan semula yang amat bermakna. Tiada yang menyatukan perbezaan seindah kasih sayang.

Filem ini benar-benar menggambarkan kasih sayang antara keluarga dan ikatan silaturahim, di mana momen seperti ini, lebih seronok jika ditemani dengan Mirinda, kesegaran rasa yang Malaysia gemar nikmati semasa sambutan Raya sejak bertahun lamanya


“Hari Raya disambut bersama-sama, tiada perbezaan antara kita, dan kasih sayang menyatukan kita semua. Bertemakan ‘Balik Rayaaahhh’, kami ingin merakam saat-saat gembira semasa berkumpul semula, kerana walau di mana saja kita berada, di kampung halamanlah, kita mengenali erti kasih sayang. Di Mirinda, kami percaya dengan mencipta momen yang merapatkan hubungan sesama insan dengan kesegaran rasa minuman kami digabungkan dengan tradisi yang diraikan bersama gelak-tawa dan gurauan mesra, tentunya meyatukan hati kita semua.”

“Sepanjang kerjasama bersama Astro Shaw, kami menjadikan perayaan ini sebuah pengalaman; sesuatu yang bukan sekadar tayangan di skrin dan malah menusuk ke dalam jiwa pelanggan-pelanggan kami. Bermula daripada acara yang dihadiri oleh bintang-bintang selebriti hinggalah aktiviti berinteraktif, kami ingin menjemput semua untuk sertai kami, menjadikan sambutan Raya kali ini Riang Raya Bersama-Sama!” kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.

KOLABRASI PERAYAAN DENGAN ASTRO SHAW
Menyuntik semangat sempena sambutan Ramadan dan Syawal, Etika bekerjasama sekali lagi dengan Astro Shaw untuk melancarkan beberapa sesi interaktif, serta acara yang melibatkan masyarakat. Aktiviti sebegini bukan sahaja membantu promosi filem baharu tersebut malah turut menjadi tumpuan untuk peminat filem lain termasuklah, Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, dan Astro Originals seperti One Cent Thief dan First Wives. Kolaborasi ini mengajak para penonton mendalami lagi keunikan budaya yang meraikan warisan dan filem Malaysia.

Sejak sekian lama, Etika Sdn Bhd amat sinonim dengan kisah-kisah penceritaan yang inovatif dan bercirikan kebudayaan. Treler rasmi filem Raya Abah Saya Uncle Mike, iaitu ‘Balik Rayaaahhh’ menyerlahkan intipati kekeluargaan, masyarakat, serta keriangan menyambut Hari Raya. Kerjasamanya dengan Astro Shaw meneruskan lagi usaha mereka dalam pemasaran berinteraktif, mencipta kisah-kisah yang tidak dapat dilupakan dan dekat di hati penonton. Sertai Etika Sdn Bhd di Hari Raya ini untuk meraikan warisan tradisi turun-temurun, komuniti, dan indahnya berkumpul bersama keluarga yang bakal dikenang sepanjang hayat. Jom jadikan Raya kali ini terlakar dalam lipatan sejarah balik rayaaahhh!
SERTAI SESI MEET AND GREET
Pastikan anda hadir ke pelbagai acara menarik yang bakal memeriahkan suasana.

Tarikh Acara: 15 Mac, 16 Mac, 22 Mac, dan 23 Mac, dari 3pm hingga 4pm
Lokasi: Peminat boleh ke AEON Big Wangsa Maju, MYDIN USJ, Econsave Bangi, Giant Bandar Kinrara untuk peluang turut serta dalam sesi menanda tangani autograf, menonton klip tayangan di sebalik tabir, dan sesi bergambar bersama bintang pujaan mereka.

25 peminat pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian termasuklah Mirinda, 7up, Goodday Charge, dan Wonda berpeluang berjumpa secara peribadi dengan para selebriti.

ANTARA GANJARAN HEBAT DAN PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN BAGI PESERTA: Barangan berjenama eksklusifKoleksi edisi terhadTiket tayangan premier untuk filem akan datangAcara Berbuka Puasa bersama ikon mereka
Setiap belian sebanyak RM20 atau lebih adalah tiket untuk menyambut Hari Raya yang penuh dengan kejutan istimewa dan pemberian barangan eksklusif.

REBUT PELUANG BERSINAR DALAM “BAD COP”
Aktor-aktor yang berbakat besar, inilah masanya untuk bersinar! Acara uji bakat besar-besaran diadakan untuk memegang satu peranan di dalam filem akan datang, Bad Cop. 50 individu pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian, iaitu Mirinda, 7up, Wonda, Goodday Charge, akan layak berada di laluan ekspres untuk sesi uji bakat.

BONUS PERAYAAN DARIPADA MIRINDA
Menyelami amalan berkongsi dan memberi, Mirinda tekad menjadikan Raya tahun ini lebih gemilang dengan pemberian e-Duit Raya sebanyak RM260,000 untuk setiap RM15 pembelian dalam satu resit. Pemberian ini berjalan sepanjang tempoh kempen dari 1 Mac sehingga akhir April, bagi memastikan perayaan ini diraikan dengan penuh keberkatan dan keceriaan.

PENUTUP KEMPEN: MAJLIS BERBUKA PUASA
Acara kemuncak untuk kempen ini adalah penganjuran majlis berbuka puasa pada 23 Mac, bermula dari pukul 5.30pm dan berakhir pada pukul 8.30pm bertempat di Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur. Setelah selesai solat maghrib berjemaah, barisan pemenang, para pelakon, dan peminat terpilih akan berkumpul di rumah anak yatim tersebut untuk sama-sama Berbuka Puasa, mengukir kenangan manis dengan berkumpul bersama dan menyemarakkan semangat hidup bermasyarakat.


#AbahSayaUncleMike #MirindaBalikRayaaahhh #MirindaRiangRayaBersamaSama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/mirinda-menghidupkan-kembali-tradisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Kalori Kurang Raya Lebih Riang Dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

Gerakan Kalori Kurang Raya Lebih Riang Dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 233 hits
GERAKAN KALORI KURANG RAYA LEBIH RIANG DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB Assalamualaikum semua Scott Calorie Absorb direka khusus untuk penyerapan minyak yang unggul menjaga kesihatan keluarga kita Tisu dapur baru yang baharu dari S...
Aneka Resipi Kerepek Tradisi Snek Popular Di Hari Raya

Aneka Resipi Kerepek Tradisi Snek Popular Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 163 hits
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi Kerepek Bawang Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda Nak cuba buat sendiri Jom lihat resipinya 1 KER...
Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 2260 hits
C m C m C m G Malam raya semua berkumpul F m C m Belum sempat anyam ketupat F m C m Kelam kabut baju tak gosok G C Siap awal tak kalut F m C m Kelam kabut baju tak gosok G C m Siap awal tak kalut G Raikanlah syawal indah A Bersama semua kaw...
Darwish Feat Heidi Aduhai Raya Chord

Darwish Feat Heidi Aduhai Raya Chord

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 167 hits
Bm Bm Em Aduhai raya tiba lagi A D Tiap raya memilih lagi G Balik kampung C Kena pilih lagi F Kampung mama papa F Mama papa mama Bm Em Aduhai raya tiba lagi A D Tiap raya memilih lagi G Balik kampung C Kena pilih lagi F Kampung mama papa F ...
Rtd To Enforce Driving Ban On Goods Vehicles During Raya

Rtd To Enforce Driving Ban On Goods Vehicles During Raya

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 165 hits
The Road Transport Department will impose a temporary driving ban on goods vehicles during the Hari Raya Aidilfitri festive period on March 28 and 29 as well as April 5 and 6 to facilitate smoother traffic flow and enhance road safety Trans...
Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 171 hits
Hi Korang Bersiap sedia untuk bersinar merayakan dan menyerlahkan Raya anda Pada musim perayaan ini guardian Malaysia meningkatkan lagi keceriaan dengan visi jenamanya yang mantap Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu Semasa rakya...
Ndyoso Zulhadi Syafiq Reez Khai Sani Hafizull Rahim Hakem Kelip Kelip Raya Chord

Ndyoso Zulhadi Syafiq Reez Khai Sani Hafizull Rahim Hakem Kelip Kelip Raya Chord

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 146 hits
Am G Dm Am E Am Terbangun dari tidur G Am Terdengar suara takbir Dm F E Bergema gema di telingaku Am Ku lihat kanak kanak G Am Dan juga saudaraku Dm F E Datang berkunjung ke rumahku F Menyambut syawal G C Hari yang mulia Dm F Bersama sama m...
Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 236 hits
Beli Minyak Tanah Minyak tanah merupakan bahan bakar tradisional yang masih digunakan dalam pelbagai keperluan termasuk untuk menyalakan pelita raya Walaupun penggunaannya semakin berkurangan berbanding zaman dahulu ramai masih mencari miny...
Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 378 hits
Semestinya ramai yang mengenali nama Alieff Irfan yang mempunyai lebih daripada 5 juta Subscriber di Channel Youtube beliau sendiri dan merupakan Content Creator yang cukup hebat di Malaysia Kini Muhammad Aliff Irfan Aziki atau lebih dikena...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Acha Septriasa Tolak Tawaran Filem Sheriff Kerana Komitmen Qodrat 2

Tak Sangka Ini Yang Terjadi