Aneka Resipi Kerepek Tradisi Snek Popular Di Hari Raya


Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG BAHAN DOH BAWANG: 500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN: 500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK: Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang. Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata. Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan. Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. ahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis. Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas. Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
 
 2. KUIH GUNTING BAHAN-BAHAN: 500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:  Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika. Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika. Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.  
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN: 500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
 CARA MEMASAK:  Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang. Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput. Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
 
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA: Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN: 1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:  Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering. Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian. Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
 
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN: 600gm kacang hijau | dibersihkan
400gm gula | dikisar halus
200ml air  CARA MEMASAK:  Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau. Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya. Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak. Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal. Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya. Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar  di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN: 200gm kacang dhal | direndam semalaman
250gm tepung beras
500ml santan
1 biji telur
100gm ikan bilis | dikisar
1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
1 sudu makan jintan manis | dikisar
1 sudu makan jintan putih | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya CARA MEMASAK:  Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit. Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya. Masukkan kembali acuan  ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan. Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan

Sedap, Rangup Biskut Dam Lagend Ni. 

Resipi Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch Sedap & Mudah

20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 
 
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/03/aneka-resipi-kerepek-tradisi-snek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Set Nasi Yang Sesuai Masak Di Hari Raya

Koleksi Resipi Set Nasi Yang Sesuai Masak Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 246 hits
Sedapnya seleksi set nasi bersama lauk pauk ni Bila tiba hari raya selain lemang dan sajian nasi adalah antara hidangan popular yang wajib ada di rumah Bagi yang belum ada menu apa nak dimasak di pagi Syawal nanti koleksi resipi set nasi ya...
Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 151 hits
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa Namun ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya tetapi sebenarnya tidak wajib pun Kalau nak buat boleh saja tapi kalau t...
Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 217 hits
Di bawah bentangan langit Syawal yang biru nan luas ketika gema takbir mengalun merdu dan harum ketupat menari nari di udara saya bersemayam di beranda rumah teres sederhana di Kelana Jaya memandang dunia dengan sepasang mata yang kini sara...
Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

Selamat Hari Raya Abah Abah Sekalian

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 121 hits
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang Namun tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi Bagi mereka yang berjauhan atau telah kehilangan insan tersayang pastinya perayaan ini men...
Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

Celcomdigi Tawar 5gb Data Percuma Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 127 hits
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 31 Mac 2025 Inisiatif ini selari dengan Rebat Insentif RAHMAH yang diumumkan keraja...
Kedah Declares March 30 State Holiday In Conjunction With Hari Raya

Kedah Declares March 30 State Holiday In Conjunction With Hari Raya

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 173 hits
ALOR SETAR The Kedah government announced that this Sunday is a State Public Holiday in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebrations Kedah Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor said the decision on the holiday had been ag...
Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

Hiburan Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 27/3/2025 - jumlah : 147 hits
Kerajaan akan memberikan rebat Rahmah berupa tambahan kuota data minimum 5GB kepada pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa kos tambahan kuota ter...
Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 182 hits
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh ...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini