Gerakan Kalori Kurang Raya Lebih Riang Dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb


GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB | Assalamualaikum semua! Scott Calorie Absorb direka khusus untuk penyerapan minyak yang unggul, menjaga kesihatan keluarga kita. Tisu dapur baru yang baharu dari Scott dipertingkatkan dengan lebih kukuh dan corak timbul yang kuat walaupun basah. Inisiatif Scott adalah ingin menekankan langkah praktikal masyarakat Malaysia ke arah pemakanan seimbang sepanjang bulan Ramadan yang mulia. 

Scott telah menjadi peneraju dalam menyediakan keperluan harian berkualiti tinggi selama lebih satu abad. Dikenali dengan produk kertas inovatif dan boleh dipercayai, Scott® menawarkan pelbagai penyelesaian yang direka khas untuk keperluan rumah dan perniagaan. Dengan komitmen teguh terhadap kelestarian alam sekitar, produk Scott diperakui oleh Forest Stewardship Council® (FSC®), memastikan sumber bahan diambil secara bertanggungjawab dari hutan yang diurus dengan baik. Scott terus memberikan nilai, prestasi, dan kemudahan terbaik, sambil mengutamakan kelestarian alam.

Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut bulan Ramadan, amalan-amalan kerohanian pada bulan ini turut disertai dengan tradisi menu masakan yang digemari. Namun, dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat yang dinikmati semasa iftar dan sahur, terdapat keperluan untuk menerapkan tabiat pemakanan yang lebih sihat demi kesejahteraan tubuh badan.


Gerakan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan berkesan untuk mengekalkan diet seimbang sambil tetap menikmati juadah perayaan mereka. Dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di peringkat global dan dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi di Asia Tenggara bagi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan dan obes, inisiatif ini hadir tepat pada masanya untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan praktikal bagi membuatkan pemakanan yang lebih sihat itu adalah mudah sekali. Misi ini juga merupakan misi jangka panjang yang akan diperkukuhkan oleh Scott bermula pada bulan puasa ini. 
Fokus utama gerakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan kecil tetapi berimpak besar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu—seperti mengurangkan lebihan minyak dalam makanan—bagi memastikan manfaat kesihatan jangka panjang tanpa menjejaskan rasa atau tradisi.

Nor Syafiqah Zainal, iaitu Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak atau berminyak boleh menjurus kepada masalah pencernaan. “Walaupun kita kurang makan pada bulan Ramadan, kenaikan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai pilihan makanan lazat yang menggiurkan di bazar Ramadan atau di majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih, dan bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah 700 kalori. Semasa berpuasa, badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan lebihan kalori sebagai lemak. 
Namun, ini tidak bermaksud seseorang perlu meninggalkan masakan-masakan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil—seperti mengurangkan penggunaan minyak—rakyat Malaysia boleh mengekalkan tradisi masakan mereka sambil tetap memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sama seperti perubahan gaya hidup lain, kuncinya adalah keseimbangan, bukan pengorbanan sepenuhnya. Penyesuaian mudah, seperti penggunaan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak daripada hidangan lengkap yang mengandungi beberapa jenis lauk.”
Bagi menyampaikan mesej ini terus kepada masyarakat, inisiatif ini telah turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga-peniaga tempatan untuk menunjukkan cara yang mudah bagi menjadikan hidangan tradisional lebih sihat. Pada 6 Mac 2025 Ruby berkesempatan hadir ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam untuk melihat sendiri bagaimana penggunaan Scott Calorie Absorb ke atas makanan kegemaran rakyat Malaysia. 
Kedai Ayam Singgit Mak Tiri ini membuat demo menggoreng dan mengangkat ayam. Anda boleh lihat minyak yang terdapat pada ayam goreng jika tidak menggunakan Scott Calorie Absorb. 127 kalori boleh diserap dengan Scott Calori Absorb


"Dengan bekerjasama dengan peniaga-peniaga bazar, kami menunjukkan bagaimana langkah mudah seperti menekap tisu Scott Calorie Absorb pada makanan boleh menghilangkan lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan. Sudah tentu, segalanya perlu diambil secara sederhana, tetapi yang pentingnya di sini adalah bagaimana Scott menawarkan penyelesaian praktikal yang sesuai dengan gaya hidup dan tabiat pemakanan sedia ada," kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott.

Gerakan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan berlangsung di bazar-bazar Ramadan utama di seluruh Lembah Klang. Di bazar-bazar ini, demonstrasi memasak secara langsung akan menampilkan langkah-langkah mudah seperti menggunakan tisu dapur Scott yang menyerap 127 kalori ke atas makanan-makanan kegemaran ramai seperti keropok lekor, ayam goreng, dan pisang goreng dapat mengurangkan pengambilan minyak berlebihan tanpa menjejaskan rasa atau tekstur.

Hasilnya? Semua keenakan dan kerangupan yang disukai rakyat Malaysia masih dirasai, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah. Selain demonstrasi secara langsung, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai, termasuk cabaran ‘Spin the Wheel’ di mana mereka berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan Raya daripada Scott seperti beg tote, balang kuih, dan sampul duit raya. Menambahkan lagi kemeriahan, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa untuk menceriakan suasana di bazar


Dari kiri Mawardi Yunus, Ruby dan Amir Nanawi dengan maskot Scott Kitchen Towel dan goodie bag yang penuh dengan barang dagangan eksklusif

Selain membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat di bazar, Scott juga adalah teman yang terbaik semasa persiapan sahur dan berbuka puasa di rumah. Dengan lebih ramai keluarga memasak sendiri sepanjang Ramadan, tisu dapur Scott menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk membersihkan tumpahan, menyerap lebihan minyak, serta memastikan dapur sentiasa bersih dan kemas sepanjang bulan puasa

Peniaga Ayam Bakar Madu Tempayan
Peniaga Moon Star Beef Roti Viral
Gerai Aneka Goreng
Gerai Nasi Briyani Ghafur
Gerai Karipap Bikin Panas
SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB AKAN BERADA DI BAZAR RAMADAN USJ 4 
Pastikan anda mengunjungi Bazar Ramadan USJ 4 dari 13 hingga 15 Mac 2025 untuk turut serta dalam keseronokan ini! Kempen ini juga diperluaskan ke platform digital, dengan lebih 10 pencipta kandungan bekerjasama untuk mencipta serta berkongsi resipi-resipi yang sihat dan mudah sepanjang Ramadan. Sebagai bulan yang menekankan kebersamaan, kesyukuran, dan keakraban, inisiatif ini mengingatkan bahawa perubahan kecil mampu memberi impak yang besar, membolehkan semua orang dapat meraikannya dengan lebih riang, seimbang, dan sihat.

Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Raya, satu kempen turut dijalankan di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada Promosi Raya Kimberly-Clark, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 untuk produk yang terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000.
"Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/gerakan-kalori-kurang-raya-lebih-riang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau Ramadan

Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 154 hits
Duit raya lebih besar pahala beri pada Syawal atau Ramadan Duit raya adalah adat yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu di Malaysia sebagai tanda pemberian ikhlas dan amalan sedekah Duit Raya Lebih Besar Pahala Beri Pada Syawal Atau R...
Bunga Sebulan Raya Chord

Bunga Sebulan Raya Chord

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 152 hits
F D dim Sudah tiba Gm A m Sebulan puasa F F dim Gm Kita raikan hari mulia A m F Hari Raya F Selamat berhari raya A F Untuk semua kumbang dan bunga A F Sebulan berpuasa C F Ayuh kita sebulan raya C F Ayuh kita sebulan raya F Baju raya sudah ...
Floor 88 Feat Baby Shima Lagi Lagi Tak Dapat Raya Chord

Floor 88 Feat Baby Shima Lagi Lagi Tak Dapat Raya Chord

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 225 hits
Am Am Am G Dm Am Dm Am E Am Am Tak sabarnya rasa G Nak untung nak jadi kaya Am Kali ini balik raya G Semua naik kereta mewah Dm Molek benar apa Dm yang engkau kata Am tetamu kita mesti Am kan bercerita E F Rendang wagyu laksa caviar F Duit ...
Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee

Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 196 hits
Andi Bernadee Inikan Hari RayaVerse 1Hari ini untuk bergembiraTolak ke tepi segala sengketaAyuh pulang berjumpa keluargaLakarkanlah memori bersamaDuduk bersila dekat berandaMenjamah kuih pembuka seleraAdik jangan tercekikSikit sikitTuan rum...
Keka Nizam Ayoyo Raya Chord

Keka Nizam Ayoyo Raya Chord

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 186 hits
Cm F A A Oh riangnya hati A Menyambut raya Cm F Tak sabarnya A Rasa suasana D Akhirnya dapat A Balik beraya F Bersama kita bertiga D m A m Oh tidak bas sudah jalan F A m Macamana nak ke kampung D m Tiket dah habis A m Tak guna beratur Cdim ...
Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

Checklist Balik Kampung Jangan Tinggal Luggage Baju Raya Kuih Raya Tak Lupa Luggage

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 121 hits
Balik Kampung Checklist Pastikan Luggage Anda Terbaik Baju Raya Kuih Raya Tapi luggage ada cukup besar tak ni Kalau tak memang akan timbul masalah beli sekarang Ayo pilih luggage terbaik untuk Balik Raya ini dengan RamadhanSamaUT Trip Pende...
Cat Hotels Fully Booked Ahead Of Raya Holidays

Cat Hotels Fully Booked Ahead Of Raya Holidays

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 125 hits
KUALA LUMPUR It has become common practice for cat owners to send their furry companions to pet hotels during festive seasons to ensure their pets receive proper care while they return to their hometowns With Hari Raya Aidilfitri approachin...
Nak Raya Sambil Healing Level Kayangan Vochelle Ada Berita Baik Untuk Anda

Nak Raya Sambil Healing Level Kayangan Vochelle Ada Berita Baik Untuk Anda

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 139 hits
Dunia semakin mencabar dan kadang kadang kita rasa macam masa untuk diri sendiri dah jadi sesuatu yang susah nak dicari Walaupun rehat itu sangat penting macam macam perkara yang menghalang kita dari dapatkan waktu untuk diri sendiri Kalau ...
Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 212 hits
Nak kurus sebelum raya tapi malas nak keluar rumah Stepper ni penyelesaiannya Boleh buat dekat rumah sambil tengok movie senang dan efektif Siap dapat percuma tali dan earbuds lagi Korang boleh tekan link dekat bawah ni jom kurus dan sihat ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri