Mira Filzah Dihimpit Rasa Tidak Selesa






Awal bulan lalu, si cantik manis, Mira Filzah secara santai telah mengadakan perbualan secara langsung bersama peminat menerusi Instagram. Dalam sesi istimewa tersebut Mira terbuka menjawab apa sahaja pertanyaan peminat.

Antara soalan paling mendapat perhatian adalah pilihan panggilan Mira kepada teman istimewa iaitu ‘baby sayang’ sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, ayat gurauan pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman baru-baru ini terkait dengan satu kejadian kejam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Seorang lelaki dilaporkan telah menembak monyet peliharaannya kerana haiwan itu tidak tahu mengucapkan ayat ‘baby sayang’ ketika disuruh berbuat demikian telah mengejutkan ramai pihak, termasuk Mira sendiri.


“Panggilan itu tidak salah kerana menggunakan perkataan yang baik untuk orang yang kita sayang.

“Cuma bagi kes tembak monyet baru-baru ini, saya rasa individu tersebut yang ada masalah sehingga sampai suruh haiwan sebut ‘baby sayang’,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Ruang, Subang Jaya, baru-baru ini.


Cukup

Dalam pada itu, Mira juga memohon agar peminat berhenti menularkan panggilan ‘baby sayang’ memandangkan panggilan tersebut sudah menjadi sesuatu yang menjengkelkan orang.

Mira juga mula didatangi rasa tidak selesa apabila sering ditegur dengan panggilan tersebut oleh sesiapa sahaja yang tidak dikenali sewaktu keluar bersiar-siar atau ke bazar Ramadan.

“Sekarang orang menganggap mereka diberi kebebasan memanggil saya ‘baby sayang’ walaupun mereka tidak pernah kenal saya. Ada juga yang merakam situasi berkenaan untuk dijadikan video gurauan.

“Itu yang membuatkan saya rasa cukup-cukuplah dengan ‘baby sayang’, rasanya kita sudah boleh teruskan kehidupan seperti biasa,” ujarnya tegas.

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk berhenti membuat sesi langsung dengan peminat kerana beranggapan cara sebegitu adalah ruang interaksinya dengan peminat.

“Mungkin saya akan lebih berhati-hati selepas ini tetapi tidaklah untuk berhenti terus daripada membuat sesi langsung. Ini kerana keputusan itu tidak praktikal dengan kerjaya seni saya ketika ini,” jelasnya.

Fleksibel

Menyentuh soal kerjaya seninya, ketika ini khalayak semakin teruja menyaksikan gandingan serasi Mira dengan aktor kacak, Remy Ishak.

Sejak disandingkan dalam beberapa drama, keserasian yang terbina bagaimanapun ingin direhatkan seketika oleh kedua-dua pelakon itu.

“Bukan saya seorang yang berpendapat begitu, Remy pun berfikiran serupa kerana kalau asyik berlakon sama, nanti orang akan bosan.

“Keserasian memang bagus cuma tidak boleh terlalu kerap digandingkan. Biar peminat rindu menjadi rindu, namun sempena raya nanti, saya dan Remy tetap akan tampil menerusi Pujaan Hati Kanda Raya,” katanya lagi.

Wanita berusia 27 tahun sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon senior atau junior selepas ini.

“Saya seorang yang fleksibel berhubung regu lakonan kerana percaya, setiap orang ada kelebihan masing-masing.

“Jika kita saling memberi dalam menjayakan watak, insya-Allah hasilnya akan menjadi yang terbaik,” luahnya menutup perbualan.

Semakin tidak selesa dengan gurauan ‘baby sayang’, Mira Filzah memohon peminat agar berhenti daripada menularkan pangilan tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/mira-filzah-dihimpit-rasa-tidak-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Quot 6 Buah Kereta Datang Rumah Pukul 11 Malam Quot Mira Filzah

Quot 6 Buah Kereta Datang Rumah Pukul 11 Malam Quot Mira Filzah

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 503 hits
Hiburan Syawal menjadi ruang dan peluang peminat untuk beraya di rumah artis kesayangan mereka Selain bertemu mata Syawal juga menjadi pengikat ukhuwah antara artis dan peminat Sama seperti pelakon popular Mira Filzah yang akui terkejut den...
Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 724 hits
Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung di dalam sangkar menggunakan sepucuk pistol sekiranya tidak menyebut baby sayang mendapat kecaman dari Mira Filzah sendiri Mir...
Remy Ishak Mahu Simpan Magic Momen Dengan Mira Filzah

Remy Ishak Mahu Simpan Magic Momen Dengan Mira Filzah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 586 hits
Gandingan antara Remy Ishak dan Mira Filzah menerusi beberapa drama dilihat sangat serasi sehinggakan ada peminat terkadang terbawa bawa dengan drama kesukaan mereka The post appeared first on
Mira Filzah Ketagih Selfie Ambil 30 Gambar Sehari

Mira Filzah Ketagih Selfie Ambil 30 Gambar Sehari

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 456 hits
Selepas membintangi drama Pujaan Hati Kanda nama Mira Filzah semakin melonjak naik Bukan saja cantik dan berbakat malah boleh dikatakan seorang wanita The post appeared first on
Drama Cinta Yang Ku Rasa

Drama Cinta Yang Ku Rasa

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 3030 hits
Drama adaptasi novel Cinta Yang Ku Rasa karya Anis Ayuni disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Khamis pukul 8 30 malam JUDUL CINTA YANG KU RASATARIKH TAYANGAN 13 Mei 2019WAKTU SIARAN Isnin Khamis 8 30 malamSIARAN TV Selekta Prima PENGARAH Py...
Bebaskan Anak Dari Rasa Bosan Selama Perjalanan Mudik Lebaran Dengan Beberapa Kegiatan Menarik Ini

Bebaskan Anak Dari Rasa Bosan Selama Perjalanan Mudik Lebaran Dengan Beberapa Kegiatan Menarik Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 367 hits
Beberapa hari menjelang hari raya Idul Fitri hampir seluruh tiket lebaran 2019 telah menjadi buruan para calon pemudik dan tiket Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Sajat Tak Rasa Bersalah Ke Pakai Macam Tu Pergi Kubur

Sajat Tak Rasa Bersalah Ke Pakai Macam Tu Pergi Kubur

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 488 hits
Umum sedia maklum status jantina usahawan komestik Sajat masih lagi menjadi tanda tanya netizen Sebelum ini Sajat dikatakan bakal di saman kerajaan The post appeared first on
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku