Minyak Rambut Yang Tidak Meninggalkan Kesan Berminyak


MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK. Rambut di umpamakan sebagai mahkota wanita jadi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut juga perlu walaupun wanita muslim yang berhijab. Sebab.. Yelah kalau rambut tak sihat akan memberi kesan juga kepada masalah di kulit kepala. Jadi gatal dan sebagainya selain rambut yang tidak sihat mungkin menyebabkan kusut, mudah gugur dan sebagainya. Di pendekan mukadimah.. Kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan rambut ini adalah satu keperluan.
Kenapa tiba tiba je aku nak bagitau kepentingan jaga kesihatan & kecantikan rambut ni? rambut aku cantik sangat ke? Tidaklah tijah OOi.. Kalau mandi tu bersepah juga kena kutip. Bagaikan dedaun kekeringan dahan nan kerapuhan rambut rambut ku gugur cuma masih terkawal sahaja. Tak ada la gugur sampai nampak kulit kepala. Tapi cuma aku nak berkongsi la dengan hangpa satu produk penjagaan rambut juga yang aku guna dan aku rasa bagus juga untuk orang lain tahu. Mungkin ada yang tercari cari produk rambut lain.. Yelah sekarang fasa memboikot produk produk yang menyokong YisRahell ni kan. Mungkin dengan review ni hangpa boleh mencuba produk ni.
Baru baru ni aku mencuba satu produk dari rangkaian Safi Shayla. Yang ni bukan Safi Shayla bayar aku yer untuk review. Faham.. Ramai blogger asal review produk mesti review berbayar lepas tu hangpa malas nak percaya la dengan review tu. Aku walaupun berbayar sekalipun Insya Allah aku tak nak guna konsep manipulasi. Dengan ayat baru baru ni saya beli padahal dia dapat free sampel untuk review. Tapi yang ni aku beli yer kat shopee. Sebab sebelum ni aku guna minyak zaitun dari produk safi. Minyak zaitun biasa tu la.. untuk rambut anak perempuan aku yang panjang mengurai. Memang bagus minyak zaitun tu.. Rambut jadi lembut dan mudah terurus. Memandangkan anak dara pun dah makin besar jadi aku bertukar kepada minyak rambut yang ada advance ingredient sikit. Makin besar keperluan dia pun makin berubah di samping aku pun guna untuk rambut aku sebab aku dah malas nak beli serum rambut.
Jadi aku guna hampir selama 3 minggu juga la.. Untuk pandangan pertama menggunakan Safi Shayla hijab hair care ni.. testur dia kalau kita pegang rasa berminyak macam minyak rambut tapi bila kita sapu kerambut dia macam meresap kedalam rambut dan kesan berminyak tu tak ada pada rambut cuma rambut akan jadi lembut dan licin. Mudah di sikat. Rambut tak jadi kering. Rambut tu akan kelihatan bersinar macam tu. Yang penting bau dia wangi dan bila kita bertudung pun buka rambut tau bau kepam atau masam. Selepas 3 minggu pakai rasa kulit kepala tak gatal mungkin sebab kulit kepala dah dapat kelembapan secukupnya. Tidak berkelemumur tapi yang ni dengan penggunaan syampu juga la. Kau setakat dok sapu minyak rambut tapi rambut tak syampu lepas tu nak harap kulit kepala bersih sila meninggal la. Memang sukar untuk berlaku. Rambut tetap kena syampu macam biasa. Syampu tu suka hati hangpa la nak pakai yang mana ikut kesesuaian dan masalah kepala hangpa la. Untuk masalah rambut gugur pun nampak kurang sikit. Rambut lebih kuat. Insya Allah dengan penggunaan berterusan dapat menjimatkan jumlah rambut gugur setiap hari.
Safi shayla hijab hair care ni pun ada beberapa variasi. yang aku guna label pink dimana kandungan dia adalah minyak zaitun & multivitamin. Ada dua lagi variasi lain dengan haruman yang berbeza iatu label kuning dan biru.Untuk minyak rambut Safi shayla ni memang berfungsi selain menjadikan rambut lembut, licin dan mudah di urus/sikat ia juga mempunyai fungsi anti kelemumur dan kawalan keguguran rambut jadi tak pelik la bila penggunaan secara berteruskan mampu mengawal semua masalah tersebut.
Malas nak walk in boleh dapatkan di sini https://shope.ee/6pcpAhUgwPSejak aku pakai Safi shayla ni aku dah malas nak pakai conditioner sebelum ni pun aku malas juga. Tapi bila rasa rambut macam kejung aku guna juga la. Tapi sekarang bertambah malas bila rambut aku dah tak kejung kejung lagi. Lembut & nampak lembab je sentiasa tapi kalau pegang tak berminyak itu yang paling penting. Sebab minyak rambut yang nampak berminyak sangat ni percayalah rasa tak selesa tau pakai. Lambat cuci mula la rambut bau kepam kepom bagai. Safi shayla ni bagi aku dah ok sangat apa kepam pun tak bau. 
Kalau hangpa rasa nak cuba boleh cuba. Harga tidak la sekayangan mana. Harga biasa biasa sahaja. Untuk 100ml harga RM10-RM11 gitu saja. Boleh cari kat mana mana sahaja. online ke walk in ke suka hati hangpa la. 
Panjang panjang pun hangpa bukan rajin baca sangat kan.. Orang sekarang kalau ada gadget boleh sedut bacaan terus ke otak dia tanpa perlu dia membaca setiap patah perkataan rasanya depa sanggup beli. Semua nak mudah jer. Jadi cukuplah setakat review ringkas macam ni untuk menjadi panduan sekiranya hangpa nak cari produk rambut. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/02/minyak-rambut-yang-tidak-meninggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Urutan Pengalaman Sukan Pasif Dan Interaktif Serta Kesan Terhadap Emosi Pengguna Dan Pertaruhan Sukan The Sport Journal

Urutan Pengalaman Sukan Pasif Dan Interaktif Serta Kesan Terhadap Emosi Pengguna Dan Pertaruhan Sukan The Sport Journal

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 161 hits
Penulis Anthony Palomba1 Angela Zhang2 dan David Hedlund3 1Jabatan Komunikasi Darden School of Business Universiti Virginia Charlottesville VA USA2Jabatan Perhubungan Awam Gaylord College of Journalism and Mass Communication Universiti Okla...
10 Hair Tonic Terbaik Untuk Melebatkan Rambut

10 Hair Tonic Terbaik Untuk Melebatkan Rambut

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 165 hits
Apakah hair tonic terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 hair tonic terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Grafen Root Booster Hair Tonic Pros Membantu Menguatk...
Tukar Stylist Lagi Ke Perubahan Gaya Rambut Song Jihyo Dikritik

Tukar Stylist Lagi Ke Perubahan Gaya Rambut Song Jihyo Dikritik

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 165 hits
Gaya rambut Song Ji hyo sekali lagi menjadi perhatian ramai Artikel Berkaitan Dalam teaser episod terbaru Running Man ramai yang tertarik dengan perubahan drastik penampilan pelakon wanita itu Ini kerana dia tampil dengan gaya visual ala Mi...
Kanak Kanak 19 Bulan Derita Kanser Ovari Tangisan Berpanjangan Petanda Awal Kesan Kanser

Kanak Kanak 19 Bulan Derita Kanser Ovari Tangisan Berpanjangan Petanda Awal Kesan Kanser

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 81 hits
Seorang kanak kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu Kanak kanak itu Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah dan bakal menjalani rawatan ...
Taksub Dan Kesan Kesannya

Taksub Dan Kesan Kesannya

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 154 hits
Taksub dalam erti kata lain adalah keterikatan yang berlebihan terhadap sesuatu sehingga kita menjadi terlalu berat sebelah dan sukar melihat kebenaran dengan objektif Bila kita terlalu taksub pada sesuatu atau seseorang mata kita jadi buta...
Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan

Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 154 hits
Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang optimum Vitamin ini tidak dihasilkan oleh tu...
10 Shampoo Untuk Rambut Kering Paling Berkesan

10 Shampoo Untuk Rambut Kering Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 277 hits
Apakah shampoo untuk rambut kering terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 shampoo untuk rambut kering terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Greenology Natural ...
Polis Pekerja Pam Minyak Pengsan Bukan Kena Tembak

Polis Pekerja Pam Minyak Pengsan Bukan Kena Tembak

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 90 hits
BernamaPenularan gambar memaparkan seorang pekerja pam minyak di Taiping terbaring dalam keadaan berlumuran darah adalah disebabkan masalah kesihatan bukannya ditembak seperti dakwaan yang tular di media sosial Ketua Polis Daerah Taiping AC...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Lirik Lagu Setia Walau Tak Di Sampingmu Zivilia

Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

Selamat Hari Lahir Adik Makbudak

Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police