Taksub Dan Kesan Kesannya


Taksub, dalam erti kata lain, adalah 'keterikatan' yang berlebihan terhadap sesuatu sehingga kita menjadi terlalu berat sebelah dan sukar melihat kebenaran dengan objektif. Bila kita terlalu taksub pada sesuatu atau seseorang, mata kita jadi buta terhadap perkara lain. Kita hanya nampak yang positif tentang apa yang kita kagumi dan abaikan segala kekurangan. 
Bayangkan kita taksub pada seorang pemimpin. Bila dia buat salah, kita akan diamkan. Bila dia buat keputusan yang tak baik, kita tetap menyokong tanpa soal. Inilah bahaya taksub, kita hilang keupayaan untuk menilai dengan adil

Sama juga dalam konteks pekerjaan atau kumpulan. Ada yang terlalu taksub dengan syarikat tempat mereka bekerja sehingga sanggup mengetepikan masa dengan keluarga, kesihatan atau prinsip moral. Demi mengejar kejayaan dalam kerjaya, mereka mungkin melupakan keseimbangan hidup, menyebabkan tekanan mental dan fizikal yang akhirnya membawa kerugian jangka panjang


Taksub akan melahirkan bias. Sifat bias ini membuatkan kita condong kepada satu pihak sahaja tanpa melihat gambaran penuh. Sebagai contoh, dalam politik, bila kita taksub pada satu parti, kita mungkin tak dapat menerima sebarang idea baik daripada parti lawan, walaupun ia memberikan manfaat kepada rakyat. Hati kita seolah-olah tertutup kepada kebenaran yang tak selari dengan kepercayaan kita

Taksub juga menjadikan kita cepat melabel orang lain. Contohnya, kita mungkin anggap orang yang tak sependapat sebagai "musuh" atau "jahat," walhal mereka cuma mempunyai pandangan berbeza

Satu perkara yang kita sering lupa bila kita terlalu taksub adalah takde yang sempurna melainkan Allah. Apa yang kita kagumi, pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan mereka yang kita benci, pasti ada sisi baik yang boleh dicontohi. Oleh itu, sikap terbuka amat penting dalam apa jua perkara

Ambillah contoh dalam mana-mana tokoh atau idola yang kita kagumi. Mereka juga manusia biasa yang pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan. Maka, berpada-padalah dalam meminati atau mengagumi seseorang. Hanya ambil yang baik-baik untuk dicontohi dan jangan biarkan kekaguman kita menafikan kebaikan dari orang lain


Dalam skala yang lebih besar, taksub terhadap ideologi atau politik boleh mencetuskan kekacauan sosial. Kita pernah tengok bagaimana masyarakat dipecahkan oleh sentimen taksub terhadap kaum, agama dan politik. Perkara ini menghalang dialog yang sihat dan kerjasama antara pihak yang berbeza pandangan

Di peringkat individu pula, terlalu taksub boleh merosakkan pemikiran kita. Kita jadi cepat marah, enggan menerima kritikan dan sukar untuk berubah. Taksub menjadikan kita tertutup kepada pandangan baru, dan inilah yang paling merbahaya. Sedangkan, kebijaksanaan sering kali lahir daripada keterbukaan minda

Jadi, apa pengajaran yang boleh kita ambil? Sederhanakan diri dalam mengagumi atau meminati sesuatu atau seseorang. Ingat, takde yang sempurna. Jangan menafikan kebaikan dari orang lain, walaupun mereka tak sehaluan dengan kita. Dalam dunia yang penuh dengan perbezaan ini, sikap keterbukaan adalah kunci kepada keharmonian. Jangan biarkan taksub mengaburkan mata, pekakkan telinga dan gelapkan hati kita

Berpada-padalah dan bersederhanalah. Hanya dengan itu, kita mampu melihat dunia ini dengan pandangan yang lebih adil dan seimbang. Wallahualam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/09/taksub-dan-kesan-kesannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Pengambilan Seafood Yang Kerap

Kesan Pengambilan Seafood Yang Kerap

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 128 hits
Jika korang seorang pencinta makanan laut maka korang pasti sering menikmati hidangan seperti udang ketam dan ikan bakar yang enak Seafood memang lazat dan boleh menjadi sumber protein yang sangat baik Tapi apa kesan kalau korang terlalu ke...
Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan

Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 376 hits
Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang optimum Vitamin ini tidak dihasilkan oleh tu...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia