Fungsi Vitamin C Kesan Pengambilan Berlebihan


Fungsi Vitamin C & Kesan Pengambilan Berlebihan
Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Vitamin ini tidak dihasilkan oleh tubuh manusia secara semula jadi, jadi kita perlu mendapatkannya melalui makanan atau suplemen. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya termasuklah fungsi vitamin C, dos yang diperlukan dan sebagainya. 
BACA JUGA: 7 Vitamin E Terbaik Dengan Status Halal (2024)
Apa Itu Vitamin C? Vitamin C adalah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membentuk saluran darah, tulang rawan, otot, dan kolagen dalam tulang. Vitamin C juga penting untuk proses penyembuhan tubuh.
Ia tergolong dalam vitamin larut air, yang bermakna ia tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari melalui makanan atau suplemen. 
Keperluan vitamin ini harus dipenuhi melalui diet. Sumber terbaik vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti jambu, oren, kiwi, berri, tomato, bayam, brokoli dan pelbagai lagi. 
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti skurvi, penyembuhan luka yang lambat, keletihan dan sebagaianya. 
Individu yang mengamalkan diet seimbang dengan memakan banyak buah-buahan dan sayuran segar setiap hari, tidak memerlukan pun suplemen tambahan vitamin C. 
BACA JUGA: Sistem Pencernaan Manusia : Maksud, Proses, Fungsi Organ
Sumber Terbaik Vitamin C Makanan yang kaya dengan vitamin C biasanya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Berikut adalah beberapa contoh makanan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi:
Jambu Batu: Mengandungi sekitar 228 mg vitamin C per 100g, ia merupakan salah satu sumber terbaik vitamin C . Lada Benggala: Lada benggala merah mengandungi lebih daripada 190 mg vitamin C setiap 100g. Kiwi: Kiwi mengandungi kira-kira 93 mg vitamin C per 100g. Strawberi: Mengandungi kira-kira 59 mg vitamin C per 100g. Brokoli: Brokoli yang dimasak menyediakan kira-kira 89 mg vitamin C setiap cawan. Oren: Mengandungi kira-kira 53 mg vitamin C per 100g. Mengambil vitamin C daripada makanan semula jadi bukan sahaja lebih selamat, tetapi ia juga memberikan manfaat nutrien lain yang tidak terdapat dalam suplemen.
Fungsi Vitamin C Terdapat banyak fungsi vitamin C untuk kesihatan tubuh badan manusia, antaranya ialah:
1. Meningkatkan Sistem Imuniti Salah satu fungsi utama vitamin C  adalah kemampuannya untuk menyokong dan menguatkan sistem imun dengan membantu merangsang aktiviti sel-sel darah putih seperti limfosit dan fagosit, yang berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada jangkitan. 
Selain itu, ia juga membantu sel-sel darah putih berfungsi dengan lebih efektif sambil melindunginya daripada kerosakan oleh molekul berbahaya seperti radikal bebas.
Walaupun banyak orang percaya bahawa vitamin C boleh menyembuhkan selsema, kajian mendapati bahawa vitamin C sebenarnya tidak menyembuhkan jangkitan selsema sepenuhnya. 
Sebaliknya, ia boleh membantu mengurangkan tempoh dan ‘keterukan’ simptom selsema, terutamanya dalam kalangan individu yang aktif secara fizikal. 
2. Melindungi Sel – Antioksidan Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. 
Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel badan dan dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan penuaan pramatang. 
Dengan peranan antioksidan ini, vitamin C dapat melindungi DNA, protein, dan lipid dalam badan daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Antioksidan juga penting dalam memperlahankan proses penuaan kulit, kerana vitamin C terlibat dalam penghasilan kolagen. Ini menjadikan vitamin C sebagai komponen penting dalam kebanyakan produk penjagaan kulit untuk anti-penuaan.
3. Membantu Penyembuhan Luka Penghasilan kolagen dalam badan bergantung kepada vitamin C. Kolagen adalah protein yang membentuk struktur utama tisu penghubung dalam kulit, otot, tulang, dan tisu lain. 
Vitamin C membantu dalam sintesis kolagen, yang diperlukan untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan tisu baru.
Oleh itu, mereka yang mengalami kecederaan atau sedang pulih daripada pembedahan disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin C bagi membantu proses penyembuhan yang lebih cepat.
4. Meningkatkan Penyerapan Zat Besi Salah satu peranan lain vitamin C adalah ia boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi bukan heme daripada sumber tumbuhan. 
Zat besi bukan heme biasanya sukar diserap oleh tubuh berbanding zat besi daripada sumber haiwan, tetapi dengan adanya vitamin C, penyerapan zat besi ini menjadi lebih berkesan. 
Ini amat penting bagi individu yang mengikuti diet vegetarian atau vegan, yang mungkin sukar mendapatkan zat besi daripada diet mereka.
5. Membantu Dalam Fungsi Otak Vitamin C juga penting untuk kesihatan otak. Ia memainkan peranan dalam pengeluaran neurotransmitter seperti serotonin, yang bertanggungjawab untuk mengawal mood, tidur, dan tindak balas terhadap tekanan. 
Kekurangan vitamin C boleh menjejaskan fungsi mental, menyebabkan kemurungan dan kekeliruan.
BACA JUGA: 10 Vitamin C Terbaik Dengan Status Halal (2024)
Kesan Kekurangan Vitamin C Kekurangan vitamin C jarang berlaku dalam kalangan individu yang mengamalkan diet seimbang, namun ia boleh berlaku pada sesetengah golongan yang tidak mendapat cukup nutrien ini. 
Mereka yang berisiko termasuk perokok, individu yang tidak makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mencukupi, serta golongan tua.a
Berikut adalah kesan kesan kekurangan vitamin C; 
1. Scurvy (Skurvi) Skurvi adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C yang serius. Ia menyebabkan gejala seperti keletihan, kelemahan, sakit sendi, dan pendarahan gusi.
Ini berlaku kerana kekurangan vitamin C menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan kolagen yang mencukupi, yang seterusnya mengakibatkan kerosakan pada tisu penghubung dalam badan.
2. Kelemahan Sistem Imun Kekurangan vitamin C juga boleh melemahkan sistem imun badan, menjadikan seseorang lebih mudah terdedah kepada jangkitan seperti selsema dan flu. 
Luka juga akan sembuh dengan lebih perlahan jika kekurangan vitamin C dalam badan.
3. Masalah Kulit dan Rambut Vitamin C juga penting untuk kesihatan kulit dan rambut. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering serta rambut yang rapuh. 
Dalam kes yang teruk, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan luka di kulit tidak sembuh dengan baik dan proses penyembuhan pun lambat. 
Dos Vitamin C yang Disarankan Keperluan harian vitamin C berbeza mengikut usia, jantina, dan tahap kesihatan seseorang. Secara umum, dos harian yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal MYHEALTH adalah seperti berikut:
>> Adakah Suplemen Diperlukan? Walaupun kebanyakan orang boleh mendapatkan vitamin C yang mencukupi melalui diet seimbang, suplemen vitamin C boleh digunakan bagi mereka yang sukar mendapatkannya melalui makanan. Namun, pengambilan suplemen perlu dilakukan dengan berhati-hati, kerana pengambilan yang berlebihan boleh membawa kesan negatif.
Dos Maksima Vitamin C Mengikut Kategori Berikut ialah dos maksuma yang boleh diambil mengikut kategori umur:
Risiko Pengambilan Vitamin C Berlebihan Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.
Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangka masa panjang adalah tidak disarankan.
Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).
Pengguna yang mendapatkan suntikan vitamin C yang tidak berdaftar terdedah kepada risiko kemudaratan pada wajah dan tubuh badan seperti jangkitan pada kulit dan salur darah, selain kerosakan buah pinggang.
NOTA:
Bagi pesakit dengan penyakit darah seperti:
Kekurangan Glukosa 6-fosfat dehidrogenase (G6PDH); Dos vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan hemolisis (kemusnahan sel darah merah). Hemochromatosis (keadaan yang menyebabkan badan menyimpan terlalu banyak zat besi); Dos vitamin C yang tinggi boleh memburukkan lagi pengumpulan zat besi (rujuk interaksi). Interaksi Vitamin C  Berikut adalah ringkasan interaksi antara vitamin C dan pelbagai ubat:
1. Ubat yang mengandungi aluminium (contohnya, pengikat fosfat).
Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan aluminium, yang boleh membahayakan individu yang mempunyai masalah buah pinggang.
2. Ubat kemoterapi
Vitamin C, sebagai antioksidan, boleh mengurangkan keberkesanan rawatan kemoterapi.
3. Estrogen (daripada pil perancang atau terapi penggantian hormon)
Vitamin C juga boleh meningkatkan tahap estrogen apabila diambil bersama.
4. Perencat protease (ubat antivirus)
Vitamin C boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang mengandungi protease. 
5. Statin dan niasin (ubat penurun kolesterol)
Vitamin C mungkin mengurangkan kesan positif ubat-ubatan ini bagi mereka yang mengawal tahap kolesterol tinggi.
6. Warfarin (Jantoven)
Dos tinggi vitamin C berpotensi mengurangkan keberkesanan ubat pencair darah ini.
NOTA: Pastikan anda sentiasa berunding dengan pakar perubatan/berkaitan sebelum mengambil suplemen vitamin C bersama ubat-ubatan ini.
BACA JUGA: Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 – Tarikh & Senarai Aktiviti
Penutup Vitamin C memainkan peranan penting dalam kesihatan dan mempunyai pelbagai manfaat. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Rujukan:
Kepentingan dan ketoksikan vitamin C – MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  Vitamin C – National Institutes Of Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/fungsi-vitamin-c/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=fungsi-vitamin-c

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Pengambilan Seafood Yang Kerap

Kesan Pengambilan Seafood Yang Kerap

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 70 hits
Jika korang seorang pencinta makanan laut maka korang pasti sering menikmati hidangan seperti udang ketam dan ikan bakar yang enak Seafood memang lazat dan boleh menjadi sumber protein yang sangat baik Tapi apa kesan kalau korang terlalu ke...
Pengambilan Jawatan Pembantu Guru Jaips Oktober 2024

Pengambilan Jawatan Pembantu Guru Jaips Oktober 2024

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 146 hits
Makluman terbaru mengenai jawatan Pembantu Guru JAIPS Oktober 2024 Jawatan kosong ini adalah satu tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini Makluman Jawatan...
Pengambilan Vaksin Covid 19 Lebih Tinggi Dalam Kalangan Pesakit Mental Tapi Turun Untuk Yang Tak Ambil Ubat

Pengambilan Vaksin Covid 19 Lebih Tinggi Dalam Kalangan Pesakit Mental Tapi Turun Untuk Yang Tak Ambil Ubat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 113 hits
Walaupun kadar vaksinasi tinggi secara keseluruhan individu tanpa ubat dengan masalah mental menunjukkan kadar pengambilan vaksin COVID 19 yang jauh lebih rendah menunjukkan perlunya intervensi kesihatan yang lebih fokus Kajian Penyakit men...
Mata Ada Daging Berlebihan

Mata Ada Daging Berlebihan

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 87 hits
Assalamualaikum Saya sudah berusia 48 tahun Saya mengalami masalah di mana terdapat daging berlebihan pada mata kanan Sudah lama kira kira 3 tahun Ia semakin teruk tetapi tidak menjejaskan pemandangan saya Bolehkah ia dirawat Terima kasih W...
Taksub Dan Kesan Kesannya

Taksub Dan Kesan Kesannya

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 133 hits
Taksub dalam erti kata lain adalah keterikatan yang berlebihan terhadap sesuatu sehingga kita menjadi terlalu berat sebelah dan sukar melihat kebenaran dengan objektif Bila kita terlalu taksub pada sesuatu atau seseorang mata kita jadi buta...
7 Vitamin E Terbaik Dengan Status Halal

7 Vitamin E Terbaik Dengan Status Halal

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 106 hits
Apakah vitamin E terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 Dalam artikel ini kami akan kongsikan 7 vitamin E terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Vitahealth Vitamin E 400IU Maklumat Produk Buatan Australia ...
Kotak Pewangi Kereta Custom Mencipta Pembungkusan Yang Mencerminkan Gaya Dan Fungsi

Kotak Pewangi Kereta Custom Mencipta Pembungkusan Yang Mencerminkan Gaya Dan Fungsi

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 123 hits
Dalam pasaran yang semakin kompetitif pembungkusan produk menjadi elemen penting yang dapat meningkatkan daya tarikan sesuatu produk Kotak pewangi kereta custom adalah salah satu aspek yang dapat memberikan impak besar kepada persepsi pelan...
Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 132 hits
Sistem pencernaan manusia merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam tubuh Makanan yang telah dimakan perlulah melalui organ pencernaan khusus untuk penghadaman penyerapan nutrien dan sisanya pula akan menjadi najis Tahukah and...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899