Minuman Tenaga M 150 Berwajah Baharu
Assalammualaikum semua! Minuman tenaga M-150 kini berwajah baharu! Minuman tenaga ini sangat diminati ramai. Tinggi dengan vitamin B3, B5, dan B6, M-150 membantu tubuh menyerap tenaga dengan berkesan daripada makanan, serta memupuk fungsi otak.
M-150 ialah penyelesaian tenaga muktamad untuk pengguna, membolehkan mereka melangkah setiap hari tanpa had, dengan penuh keyakinan. #Lifehasnolimit dan “Lebih Tenaga, Lebih Berjaya” sebagai tema pemasaran M-150
MINUMAN TENAGA M-150 BERWAJAH BAHARU
Hari ini syarikat pengedaran minuman tenaga M-150 iaitu Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) melancarkan wajah baru minuman itu menggantikan botol bersegi yang digunakan sejak 20 tahun lalu
Dari kiri, Datuk Chan Kin Meng (Pengarah Infra Bunga), Encik Saw Lip Jin (Pengarah Urusan Infra Bunga), Hasif Upin (Duta Minuman Tenaga M-150) dan Encik Alex Ooi (Pengarah Infra Bunga)
Melalui fasa baru selepas pandemik Covid-19, Infra Bunga yakin ia dapat menarik lebih ramai peminat M-150 dan mampu bersaing dalam pasaran minuman tenaga di Malaysia. Minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh dan menyegarkan minda
Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan berfungsi untuk melegakan keletihan
Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa
“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.
“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya
Lip Jin menambah, kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh, jadikan M-150 sebagai teman anda. Dengan hanya 155 kalori dalam setiap botol 150ml, M-150 adalah minuman gaya hidup sesuai untuk kumpulan sasaran pengguna yang berusia antara 18 hingga 40 tahun
Produk berkualiti dari Thailand yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga ini boleh didapati di lebih 14,000 lokasi yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh negara
PERBEZAAN M-150 LAMA DAN BAHARU
Peningkatan populariti minuman tenaga M-150 dan faedah fungsinya. Konsep 250ml dalam tin kecil dan rekaan tradisional botol kaca 150ml diberi nafas baru. Lebih tinggi, lebih bulat, mempunyai label yang lebih menarik dan cerah
150ML (Lama)
150ML (Baru)
250ML (Baru di dalam Tin)
KENALI DUTA M-150 HASIF UPIN
Duta M-150 mahu meletakkan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai, Infra Bunga melantik Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta
Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin merupakan ‘Top 3’ tiktoker Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut termasuk pengikut dari Indonesia. Semoga dengan pelantikan itu,
Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan lagi penjualan M-150 dan menarik pelanggan baru di kalangan pengikutnya. Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150
Jika sebelum ini, nama Hasif Upin, 29, lebih dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, kini anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini melangkah lebih jauh dalam industri seni sebagai penyanyi
Muncul dengan single sulung yang berjudul Janji Sampai Mati ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan, Hasif tidak pernah menyangka tuahnya adalah dalam bidang muzik
"Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima 'superstar pass' daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi
Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya
"Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan l selepas sahur Ramadan pada tahunblalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral," katanya.
Hampir semua video dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan dia sehingga kini memiliki 2.6 juta pengikut di akaun TikTok
Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat
MENGENAI INFRA BUNGA SDN BHD
Ditubuhkan pada 2011, Infra Bunga Sdn Bhd dengan pantas menjadi sebuah syarikat penuh Fast Moving Consumer Goods (FMCG), yang diamanahkan oleh beberapa jenama terkemuka dalam industri untuk membangunkan pasaran mereka di rantau ini.
Kekuatan teras syarikat, terletak pada 6 pasukan kepimpinan, dengan pengalaman profesional gabungan lebih daripada 20 tahun dalam bidang Peruncitan, Logistik, Pembuatan, F&B serta Minyak & Gas. Dengan rangkaian pengedar yang semakin berkembang; dan lebih banyak sokongan daripada pengeluar tempatan dan luar negara
Kehadiran syarikat dalam industri FMCG adalah diutamakan untuk pertumbuhan yang berterusan.Salah satu detik paling membanggakan berlaku pada 2016, apabila Infra Bunga dilantik sebagai ejen import tunggal dan pengedar Minuman Tenaga Nombor 1 Thailand M-150 (M -One-Fifty) oleh jenama utama milik Thai iaitu Osotspa Public Syarikat Terhad (pemilik jenama dan pengeluar minuman tenaga M-150)
INFRA BUNGA SDN BHD | FACEBOOK | TIKTOK | TWITTER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/09/minuman-tenaga-m-150-berwajah-baharu.html