Uncle Bob Lancar Menu Harvest Gourmet Baharu


Menu Baharu Bakal Menawarkan Nuget dan Schnitzel Harvest Gourmet Nestlé. Meneruskan momentum Nestlé Malaysia menceburi segmen makanan berasaskan tumbuhan dalam sektor Di Luar Rumah, NESTLÉ PROFESSIONAL telah melancarkan kerjasama terbaharu dengan Uncle Bob, sebuah rangkaian restoran ayam goreng popular di seluruh negara. 
Kerjasama ini bakal menyaksikan pelancaran menu tanpa daging pertama Uncle Bob menggunakan rangkaian produk berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet daripada Nestlé. Sedia untuk dihidangkan di 89 restoran Uncle Bob di Sabah, kerjasama ini bermatlamat untuk memberi pilihan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencuba sajian pengganti daging sambil terus menikmati rasa kelazatan ayam goreng rangup daripada Uncle Bob



UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU 
Menu berasaskan tumbuhan ini akan menggunakan Schnitzel Berasaskan Tumbuhan Harvest Gourmet dan juga Nuget Berasaskan Tumbuhan yang baru dilancarkan. Semua produk Harvest Gourmet dibuat di Malaysia dengan bahan semula jadi yang berkualiti seperti soya bukan GMO dengan kandungan serat tinggi selain daripada menjadi sumber protein yang baik tanpa menjejaskan rasa dan teksturnya.


Cik Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan, NESTLÉ PROFESSIONAL berkata, “Rangkaian berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet membolehkan kami memenuhi keperluan pengguna yang semakin menitikberatkan soal kesihatan dan mahu merangkumkan makanan alternatif berasaskan tumbuhan dalam diet masing-masing. Sambil kesedaran tentang makanan berasaskan tumbuhan dan pengambilannya terus meningkat di Malaysia, kami berharap untuk menggiatkan kerjasama dengan rakan-rakan makanan dan minuman (F&B) kami.

“Sejajar dengan itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan Uncle Bob, sebuah rangkaian yang sedang berkembang pantas di seluruh negara yang bertekad meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan. Uncle Bob bakal menjadi pengendali F&B pertama yang menghidangkan menu berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet di Sabah dan kami ingin memanfaatkan kerjasama ini untuk bersama-sama meluaskan segmen berasaskan tumbuhan di Malaysia.”


Kelvin Ng, Pengarah Uncle Bob, berkata “Kami berbesar hati dan sukacita kerana telah dipilih oleh Nestlé, salah satu syarikat pengeluar F&B terbesar di dunia untuk menjadi sebahagian daripada usaha melancarkan produk berasaskan tumbuhan 100% di Sabah.”


“Penyelesaian tanpa daging telah mendapat sambutan yang menggalakkan di banyak tempat di dunia. Kini, kita tidak perlu lagi mengembara ke negara-negara lain untuk mencuba makanan berasaskan tumbuhan kerana kita ada pilihan tersebut di Sabah, iaitu dengan mengunjungi Uncle Bob. Makanan berasaskan tumbuhan tanpa daging adalah satu kemajuan besar dalam industri F&B di Borneo, dan Uncle Bob berbangga untuk menjadi jenama perintis yang memperkenalkannya di sini.”


Boleh didapati di Sabah mulai Ogos 2022, menu berasaskan tumbuhan pertama Uncle Bob akan menawarkan hidangan seperti ‘Bukan Ayam’ Goreng Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Fried Unchicken), Burger Segi Empat Panjang Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Oblong Burger), Nuget Keemasan Rangup Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Crispy Golden Nuggets) dan Nuget Keemasan KBOB Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based KBOB Golden Nuggets) yang disediakan secara ala-carte dan juga sebagai set sajian yang disertakan dengan minuman MILO atau Sjora, pada harga antara RM9.90 hingga RM11.90.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. 
Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.
Mengenai Uncle Bob
Uncle Bob ialah jenama pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ayam goreng jalanan atau lebih dikenali sebagai ayam gunting ke pasaran negara sejak tahun 2002. Uncle Bob menggunakan resipi rahsia untuk menyediakan ayam goreng yang lebih lazat dan sesuai dengan cita rasa tempatan. Syarikat pertama kali memulakan perniagaan sebagai gerai penjaja di pasar malam berasaskan konsep bawa pulang. Pada 2006, Uncle Bob menceburi pasaran Sabah, mengubah jenama dan menambah baik struktur dan model perniagaan dengan memasuki konsep pasaran berbeza – iaitu dengan membuka kios dan kedai di pusat-pusat beli belah, pasar raya besar & pasar raya biasa, kompleks komersial dan stesen minyak di seluruh negeri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/uncle-bob-lancar-menu-harvest-gourmet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minuman Tenaga M 150 Berwajah Baharu

Minuman Tenaga M 150 Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 140 hits
Assalammualaikum semua Minuman tenaga M 150 kini berwajah baharu Minuman tenaga ini sangat diminati ramai Tinggi dengan vitamin B3 B5 dan B6 M 150 membantu tubuh menyerap tenaga dengan berkesan daripada makanan serta memupuk fungsi otak M 1...
Jadual Bayaran Elaun Mara 2022 Kadar Kenaikan Baharu

Jadual Bayaran Elaun Mara 2022 Kadar Kenaikan Baharu

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 348 hits
KERAJAAN LULUS KENAIKAN KADAR ELAUN SARA HIDUP PELAJAR TAJAAN MARA MULAI BULAN INI Rintihan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan kenaikan kadar elaun sara hidup mereka mulai bulan ini Berita gembira...
Laluan Baharu Hubungkan Malaysia Indonesia Akan Dibangunkan

Laluan Baharu Hubungkan Malaysia Indonesia Akan Dibangunkan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 124 hits
The ReporterLaluan baharu menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera Indonesia melalui Masjid Tanah Dumai melibatkan jarak kira kira 120 kilometer bakal dibangunkan dengan kerjasama syarikat swasta Exco Kanan Pelaburan Perindustrian Pe...
Rapat Mega Keadilan Bermula Bariskan Pimpinan Baharu Gempur Gombak Ampang

Rapat Mega Keadilan Bermula Bariskan Pimpinan Baharu Gempur Gombak Ampang

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 134 hits
KEADILAN akan menganjurkan Rapat Mega KEADILAN mulai Ahad 11 September ini sehingga ke tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Pusat Fahmi Fadzil himpunan tersebut akan diadakan di tapak bazar Ramadan Taman Melawati...
Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

Pemakaian Pelitup Muka Atas Pilihan Atau Optional Ketetapan Baharu Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 159 hits
Sejak dari 1 Mei 2022 yang lepas pemakaian pelitup muka atau mask hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan kawasan tertutup dan ketika berada dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e hailing Pada 7 September 2022 Menteri Kes...
Lokman Yakin Zahid Sebagai Pm Baharu Takkan Biar Duduk Dalam Penjara

Lokman Yakin Zahid Sebagai Pm Baharu Takkan Biar Duduk Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 150 hits
agendaily com13 09 2022Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam Selepas berdepan pertuduhan di mahkamah kerana mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan terbaharu dikenakan tindakan saman Datuk Lokman Noor Adam menghar...
Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 130 hits
Harga emas meningkat hari ini dan kini ia didagangkan pada 1 730 Kecenderungan harga adalah menaik apabila USD menyusut nilai Dari segi teknikal XAU USD telah keluar daripada corak pembalikan kenaikkan harga oleh itu lantunan yang lebih bes...
Sedapnya Kita Pula Teringin Dayana Roza Kongsi Resipi Menu Anaknya Untuk Inspirasi Ibu Lain Memasak

Sedapnya Kita Pula Teringin Dayana Roza Kongsi Resipi Menu Anaknya Untuk Inspirasi Ibu Lain Memasak

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 118 hits
Bila ada anak semua ibu automatik jadi pandai masak menu untuk si kecil Seawal usia enam bulan bila anak sudah mula makan makanan pejal semua ibu berusaha gigih untuk mencari info pemakanan terbaik untuk si manja Tak kiralah ibu bekerja sur...
Rakyat Masih Dihidangkan Menu Sama Dan Lama Oleh Ph

Rakyat Masih Dihidangkan Menu Sama Dan Lama Oleh Ph

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 177 hits
aNWAR CAlon PM Ph dengan ubaHSuai logo Ph peluang masih 50 50 kerana umno selepas ini kembali kuat di bawah kepimpinan Ismail Sabri yang lebih bersih Masing masing ada senjata akhir yang masih sedang dicaturkan sebelum tarikh pengundian BN ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3