Gabungan Politik Baharu Dr Mahathir Guna Simbol Obor Bawa Cahaya Kepada Rakyat


agendaily.com06/09/2022
Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebuah gabungan politik baharu yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan simbol obor bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya berkata simbol tersebut dipilih sebagai simbolik perjuangan gabungan itu yang akan membawa cahaya kepada rakyat untuk memilih mereka pada pilihan raya nanti.

“Ini bukan imej keris tetapi bentuk obor dengan ada api di atasnya menyala marak sebagai simbol GTA membawa cahaya kepada seluruh rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hari ini, GTA menyerahkan permohonan penubuhan gabungan itu secara rasmi yang ditubuhkan 4 Ogos lalu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Antara yang hadir ialah Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali

Turut serta ialah Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim dan Parti Iman, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Marzuki yang juga Timbalan Presiden Pejuang berkata, logo itu belum pun pernah digunakan mana-mana parti termasuk calon bebas dalam pilihan raya di negara ini.

“Alhamdulillah, respons dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah RoS, Mohd. Nawardi Saad juga amat baik dan beri jaminan proses kelulusan dijangka dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau turut membaca perutusan khas Pengerusi Penaja GTA, Dr Mahathir yang tidak dapat hadir kerana masih dikuarantin susulan jangkitan Covid-19 pada minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu mendakwa bahawa tindakan mereka mendaftarkan GTA sebagai gabungan politik adalah bagi melayakkan blok tersebut dapat bertanding sah pada PRU-15.

Langkah itu perlu dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang meskipun GTA ujarnya, merupakan gerakan rakyat dengan gabungan empat parti siasah berteraskan Melayu Islam.

Justeru, tokoh veteran berusia 97 tahun itu berhasrat untuk memastikan GTA dapat menang pada PRU-15 agar dapat membetulkan agenda politik semasa yang didakwa penuh korupsi.

Pada masa sama, GTA akan berusaha sebaik mungkin mengangkat suara orang Melayu dan meletakkan pemimpin terbaik untuk mentadbir negara ini bebas amalan yang tidak berintegriti.

“Bagaimanpun, setakat ini kami belum ada bincang untuk kerjasama dengan mana-mana blok sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk PRU-15,” kata Marzuki.

Sebaliknya, beliau yang juga antara empat Timbalan Pengerusi Penaja GTA itu amat optimis permohonan blok tersebut sepatutnya tiada pun masalah besar untuk dapat diluluskan segera.

Menyentuh mengenai isu pembahagian kerusi pula, beliau berkata, perkara itu berjalan lancar dan mereka turut mengadakan beberapa kali mesyuarat penyelarasan untuk tujuan tersebut.

Ia ujarnya, sekali gus akan memastikan empat parti komponen GTA tidak bertembung sesama sendiri pada PRU-15 walaupun akan berdepan calon dari PH, PN dan Barisan Nasional (BN)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/gabungan-politik-baharu-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

Sejauhmana Rakyat Bijak Guna Kebebasan Bersuara Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 178 hits
Di harap tahap maki Dan FITNAH era 10 tahun dahulu sudah pupus kecuali yang memang itu sudah jadi makanan ruji mereka Kita test kebijaksanaan mereka TUMPANG IKLANKambing utk DIJUAL lumsum10 ekorJantan 4 ekor Betina 6 ekorDetails Jantan 1 ek...
Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 211 hits
The ReporterSemalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti UMNO masih dicemari budaya rasuah meskipun bekas presiden UMNO Najib Razak dipenjarakan Ahli Parlimen Langkawi itu berkata budaya rasuah yang berleluasa dalam p...
Pm Puji Pencapaian Sanusi Bawa Pelaburan Baharu Rm14 4 Billion Ke Kedah

Pm Puji Pencapaian Sanusi Bawa Pelaburan Baharu Rm14 4 Billion Ke Kedah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 173 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 7 20 PMIsmail Sabri Yaakob berkata pelancaran dua projek pelaburan mega itu yang keseluruhannya bernilai kira kira RM24 4 bilion menunjukkan Kedah tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan pusat PETALING...
Gerakan Tanah Air Akan Guna Lambang Obor Dengan Api Menyala Untuk Pru 15 Ini

Gerakan Tanah Air Akan Guna Lambang Obor Dengan Api Menyala Untuk Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA Gerakan Tanah Air memperkenalkan logo obor dengan api menyala sebagai lambang gabungan empat parti itu untuk Pilihan Raya Umum akan datang Menurut Ketua Setiausahanya Datuk Marzuki Yahya logo berkenaan sudah dipersetujui jawatanku...
Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 221 hits
Dr Mahathir Mohamad diangkat Gabungan Tanah Air sebagai pencetus perubahan politik sehingga membawa bekas perdana menteri Najib Razak ke muka pengadilan PETALING JAYA Keputusan Mahkamah Persekutuan melibatkan kes SRC International terhadap ...
Politik Mahathir Telah Meletakan Maszlee Orang Ketiga Penting Bersatu Selepas Muhyiddin Dan Mukhriz

Politik Mahathir Telah Meletakan Maszlee Orang Ketiga Penting Bersatu Selepas Muhyiddin Dan Mukhriz

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 138 hits
Tiada ramai nampak kebaikannya sebelum letak jawatan tetapi terserlah selepas berundur Mahathir Muhyiddin Mukhriz Maszlee Malaysia POLITIK MAHATHIR TELAH MELETAKAN MASZLEE ORANG KETIGA PENTING BERSATU SELEPAS MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ sekaligus...
Mahathir Juara Di Mahkamah Sendiri Najib Juara Di Mahkamah Rakyat

Mahathir Juara Di Mahkamah Sendiri Najib Juara Di Mahkamah Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 256 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPemantaun kami mengintai facebook Bossku dan entri terakhirnya menampak kan betapa rakyat bersamanya Pada entri terakhir Bossku di facebook sebelum dipenjarakan ikut skrip Pakatan Harapan dan Mahathir terlihat peningkat...
Pru 15 Ph Tak Guna Logo Pkr Seperti 2018 Reka Bentuk Baharu

Pru 15 Ph Tak Guna Logo Pkr Seperti 2018 Reka Bentuk Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 166 hits
agendaily com25 08 2022PH akan memperkenal satu reka bentuk baharu logo yang akan digunakan pada PRU 15 Pakatan Harapan hari ini mengumumkan gabungan itu akan menggunakan hanya satu logo untuk Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang Tetapi majl...
Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang dua tahun lepas Tertuduh Datuk Redzuan Zainudd...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid