Rapat Mega Keadilan Bermula Bariskan Pimpinan Baharu Gempur Gombak Ampang






 
 

KEADILAN akan menganjurkan Rapat Mega KEADILAN mulai Ahad, 11 September ini sehingga ke tarikh Pilihan Raya Umum ke 15.





Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Fahmi Fadzil, himpunan tersebut akan diadakan di tapak bazar Ramadan Taman Melawati, Selangor dan bertujuan untuk mengundang rakyat dari beberapa kawasan parlimen berhampiran untuk mendengar kupasan isu semasa daripada anggota pimpinan KEADILAN yang baharu.





"Program rapat mega ini akan menonjolkan saf kepimpinan baharu dan saf kepimpinan utama, termasuk Datuk Seri Anwar presiden parti, Rafizi Ramli timbalan presiden parti, naib presiden, setiausaha agung dan kita meneruskan amalan seperti di program konvesyen pilihanraya yang baru lalu, mengangkat suara rakyat yang kita kenal pasti dalam beberapa sektor atau bidang yang perlu kita tonjolkan dalam isu yang dihadapi rakyat





"Rapat ini adalah siri usaha KEADILAN selepas saf kepimpinan baharu dipilih dan dilantik untuk mengukuhkan jentera dan anggota sama ada di peringkat pusat, Ranting, Cabang atau di peringkat akar umbi. Kita akan saksikan siri rapat mega yang akan diadakan di negeri lain selepas ini.





"Kita mulakan di Selangor dan kita anggap ini satu usaha untuk menggempur parlimen Gombak serta Ampang terutamanya dan beberapa parlimen berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.





Dianggarkan, kata Fahmi, 3,000 hadirin akan datang untuk mendengar ceramah berkenaan dan KEADILAN menyasarkan penglibatan lebih ramai penyokong atau golongan Atas Pagar untuk hadir.





"Dia tidak hanya mensasarkan anggota parti tetapi juga orang ramai.





"Saya percaya dalam minggu dan bulan akan datang, beberapa program utama akan kita saksikan," katanya.

 

Dalam pada itu, Pengarah Mobilisasi KEADILAN Pusat, Yahya Sahri pula berkata program berkenaan akan disekalikan dengan jualan ehsan barang keperluan harian yang disubsidikan harganya oleh kerajaan Selangor, sebagaimana pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada malam hari Merdeka lalu.





"Bukan sekadar ceramah, kita jemput orang ramai hadir di Taman Melawati untuk jualan ehsan negeri Selangor sebagaimana dilancarkan oleh MB Selangor.





"Kita mula jualan pukul 6.00 sampai malam. Kita jemput orang ramai dari Setiawangsa, Wangsa Maju, Ampang, Pandan dan Gombak bersama kita.





"Inilah parti yang bukan sekadar bercakap tetapi berikan tempat untuk menyelesaikan masalah (inflasi)," katanya.





Yahya dalam pada itu mengajak rakyat turun beramai ramai untuk kembali memenuhkan program ceramah yang telah lama tidak dianjurkan sejak pendemik Covid 19 lalu.





"Kalau dulunya tiap tiap minggu kita ada ceramah, sekarang dah ada media sosial ceramah kurang. Jadi kita jadikan rapat mega ini sebagai pencetus untuk mengadakan ceramah di peringkat negeri dan akan mengerakkan ceramah di peringkat Cabang serta Ranting," katanya lagi.





Rapat Mega KEADILAN akan diadakan di tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, parlimen Gombak pada 11 September ini. Program bermula pada pukul 6.00 petang hingga 12 malam.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ketua Penernagan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, Timbalan Ketua Penerangan Chua Wei Kiat dan Timbalan Biro Mobilisasi David Cheong.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/rapat-mega-keadilan-bermula-bariskan_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rapat Mega Pkr Bermula Ahad Ini Di Kerusi Pengkhianat Di Gombak

Rapat Mega Pkr Bermula Ahad Ini Di Kerusi Pengkhianat Di Gombak

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 7 2022 2 03 PMMenjelang pilihan raya umum ke 15 yang dijangkakan diadakan tidak lama lagi PKR akan memulakan beberapa siri rapat mega di seluruh negara bermula Ahad ini Perhimpunan pertama rapat mega PKR akan...
Rapat Mega Keadilan Warm Up Untuk Berpilihan Raya Ms

Rapat Mega Keadilan Warm Up Untuk Berpilihan Raya Ms

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 163 hits
CATATAN Anwar Ibrahim yang tidak pernah giveup LAMA saya tidak menghadiri mana mana himpunan atau rapat parti politik Sejak negara diancam Covid akhir 2019 menyebabkan aktiviti politik terhad malahan sunyi sejak kira kira dua tahun kita sem...
Keadilan Sedia Rampas Kembali Kerusi Gombak Fahmi Fadzil

Keadilan Sedia Rampas Kembali Kerusi Gombak Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 146 hits
Rapat Mega KEADILAN 2022 yang bermula malam tadi adalah program yang dirangka khusus untuk mengembalikan kerusi kerusi yang dikhianati dan menggerakkan momentum menuju Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil p...
Keadilan Parti Punya Pimpinan Dari Dua Generasi Faham Semangat Zaman Denyut Nadi Rakyat

Keadilan Parti Punya Pimpinan Dari Dua Generasi Faham Semangat Zaman Denyut Nadi Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 237 hits
Tidak banyak parti di Malaysia memilikki pimpinan tertinggi daripada dua generasi dan faham arus perubahan zaman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pimpinan KEADILAN satu satunya barisan pemimpin yang mampu mencerna semangat...
Rapat Umum Keadilan

Rapat Umum Keadilan

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum wbt RAPAT UMUM KEADILAN Tarikh 11hb Sep 2022Lokasi Tapak Bazar Ramadan Taman MelawatiMasa 7mlm 1130mlmObjektif UNTUK MENONJOLKAN KEADILAN SEBAGAI PENARAJU UTAMA DALAM PH PADA PRU15 NANTI Program ini anjuran Penerangan PKR Pu...
Haslindalina Hashim Di Lantik Sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang Yang Baharu

Haslindalina Hashim Di Lantik Sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 368 hits
KUANTAN Bekas Ketua Wanita Cabang Paya Besar Haslindalina Hashim telah dilantik sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang yang baharu berkuatkuasa pada 1 September 2022 Difahamkan perlantikan tersebut telah mendapat restu daripada Majlis ...
Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 183 hits
Harga emas meningkat hari ini dan kini ia didagangkan pada 1 730 Kecenderungan harga adalah menaik apabila USD menyusut nilai Dari segi teknikal XAU USD telah keluar daripada corak pembalikan kenaikkan harga oleh itu lantunan yang lebih bes...
Nasa Umum Tarikh Baharu Bagi Pelancaran Roket Artemis 1

Nasa Umum Tarikh Baharu Bagi Pelancaran Roket Artemis 1

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 177 hits
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan kini menjadualkan tarikh baharu bagi pelancaran roket Artemis 1 iaitu pada 27 September nanti suggest Bagaimanapun NASA turut mengumumkan 2 Oktober sebagai tarikh sandaran jika pelancaran terseb...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya