Minum Matcha Setiap Hari Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda
Minum Matcha Setiap Hari? Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda
Di media sosial hari ini, matcha merupakan antara minuman kegemaran ramai yang paling kerap dikongsikan.
Kini, minuman ini menjadi pilihan ramai. Ada yang membelinya di kafe, ada yang membancuh sendiri di rumah dan ada juga yang hanya mengikut trend kerana tidak mahu ketinggalan.
Namun, ramai yang sebenarnya tidak begitu memahami apa yang terkandung di dalamnya dan tidak tahu bahawa minuman ini mempunyai kesan terhadap kesihatan.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan lima kesan minum ‘matcha’ setiap hari terhadap tubuh badan yang ramai tak tahu.
1. Mengurangkan keradangan
Menurut portal Parade, pengambilan matcha secara konsisten dapat meningkatkan jumlah antioksidan dalam tubuh, sekali gus berpotensi mengurangkan keradangan.
“Matcha memang terkenal sebagai makanan paling kaya dengan antioksidan,” kata penasihat kecergasan dan nutrisi di Garage Gym Reviews, Dr. Chris Mohr.
Difahamkan, ini kerana matcha mengandungi catechin yang membantu melindungi sel daripada kerosakan dan keradangan.
2. Memberi lebih tenaga
Jika anda mula berasa lemah pada jam 3 petang, teh matcha boleh menjadi alternatif yang lebih baik daripada kopi.
“Kebanyakan orang mahu mengelakkan pengambilan kafein yang tinggi pada waktu petang
“Secawan kopi pun sudah cukup untuk mengganggu tidur. Matcha mengandungi kira-kira separuh jumlah kafein berbanding kopi dan ini boleh menjadi pilihan tepat untuk mereka yang perlukan sedikit tenaga tanpa kafein berlebihan,” ujar pakar diet berdaftar di Live it Up, Courtney Pelitera.
3. Meningkatkan daya tumpuan
Menurut portal Parade, kafein dalam matcha bukan sahaja membantu menghilangkan rasa mengantuk petang, tetapi juga boleh meningkatkan tumpuan.
Selain kafein, matcha mengandungi asid amino L-theanine. Gabungan ini sangat terkenal dalam meningkatkan ketajaman mental.
“Kajian menunjukkan bahawa apabila kafein dan L-theanine digabungkan, ia membantu seseorang lebih fokus dan kekal memberi perhatian tanpa rasa gelisah,” jelas pakar diet kesihatan metabolik wanita dan pemilik The Metabolic Dietitian, Jenny Finke.
Beliau juga mengesyorkan matcha kepada klien yang mengalami ‘brain fog’ pada waktu pagi.
4. Memperbaiki paras kolesterol
Kajian menunjukkan bahawa antioksidan seperti catechin memberi kesan kecil tetapi positif dalam menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menurut Finke.
“Walaupun perubahan ini kecil, kesannya boleh bertambah dari semasa ke semasa, terutamanya apabila digabungkan dengan cara makan dan gaya hidup yang menyokong kesihatan jantung,” jelasnya.
5. Memberi manfaat kepada tekanan darah
Portal Parade turut menjelaskan bahawa jantung anda mungkin ‘suka’ matcha kerana ia membantu menurunkan tekanan darah.
“Dalam sebuah kajian, kompaun semula jadi dalam teh hijau, terutama catechin dapat membantu merendahkan tekanan darah secara sederhana. Ia juga menyokong fungsi salur darah untuk menjadi lebih sihat,” jelas Finke.
Walaupun perubahannya kecil, setiap peningkatan tetap memberi kesan. Terutamanya apabila anda minum matcha dengan perubahan gaya hidup lain seperti bersenam, mengurus stres dan memperbaiki pemakanan.
BACA: Kajian Dedah 5 Jenis Minuman Yang Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat
Sumber: Parade
The post Minum Matcha Setiap Hari? Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/17/minum-matcha-setiap-hari-ini-5-kesan-mengejutkan-pada-tubuh-anda/