Mindful Muslim Untuk Kehidupan Yang Lebih Tenang


Pernah korang rasa resah dan gelisah? Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Bukan itu sahaja, kadang-kadang korang rasa tak nak buat apa-apa, nak menyendiri dan tak nak jumpa sesiapa. Bila sampai waktu malam, kerap kali susah nak tidur. Pendek kata, hidup korang rasa kosong, tak tentu arah dan perasaan tak tenteram. It's okay to not be okay! Korang tak keseorangan. Memang lumrah manusia, ada perasaan suka dan duka, ada naik dan turun. Cuma, jangan sesekali kita melayan perasaan yang tak sepatutnya terlalu lama dan terperangkap dalam situasi yang mendatangkan kemurungan

Statistik Mental Health di MalaysiaSebelum aku   bercerita panjang, aku tertarik nak kongsikan beberapa fakta penting tentang isu masalah kesihatan mental. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tahun 2021, secara purata 4 kes bunuh diri berlaku setiap hari. Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 117 kes. Berdasarkan statistik, 83.5% (1427 kes wanita) dan 16.5% (281 kes lelaki) dicatatkan mengikut jantina. Untuk perhatian semua, majoriti kes iaitu 56.6% (872 kes) melibatkan mangsa berusia 15-18 tahun manakala 43.4% (668 kes) melibatkan mangsa berusia 19-40 tahun. Ini antara angka-angka yang patut kita beri perhatian. Dalam keadaan yang meruncing sekarang ni, semua pihak perlu bergabung tenaga untuk sama-sama prihatin dengan orang sekeling terutama sekali ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga

Setiap orang ada masalah sendiri dan setiap orang ujiannya berbeza-beza. Jadi, jangan pernah banding-bandingkan. Apa yang perlu kita buat adalah saling support each other. Kalau ada masalah, cuba cari orang yang terdekat untuk kongsikan. Actually, banyak benda-benda yang kita boleh buat untuk cuba melupakan seketika segala masalah yang kita ada atau untuk kurangkan tekanan perasaan yang kita hadapai. Antaranya, cari circles yang positif, amalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman ringkas dan lakukan aktiviti yang kita suka seperti hobi. Kalau suka masak, boleh share resipi-resipi. Kalau suka ambil gambar atau video, boleh share di sosial media. Janji, kita happy

Alang-alang bercerita tentang isu ni, di kesempatan ni aku nak share satu aplikasi yang patut korang install di smart phone masing-masing iaitu Mindful Muslim. Kalau nak tahu, aplikasi Mindful Muslim ni dapat membantu mengisi jiwa dengan kerohanian. Mungkin kita dah terlampau fokus kejar dunia, sampai terlupa tentang sesuatu yang patut kita utamakan iaitu iman dan Islam. Jadi, aplikasi seperti Mindful Muslim ni adalah salah satu tool yang boleh membantu kita semua untuk dekatkan diri kita dengan sang pencipta. Kalau kita lapar, kita cari makanan dan order di aplikasi seperti Food Panda atau Grab Food. Macam tu juga makanan rohani untuk diri kita, aplikasi Mindful Muslim adalah aplikasi yang dapat membantu kita dapatkan juadah untuk santapan rohani

Kalau korang dah try macam-macam cara lain, tapi still tak dapat merasai ketenangan dan tak dapat nak kurangkan keresahan dalam diri, cepat marah, kerisauan melampau dan sukar untuk bertenang. Apa kata korang cuba guna aplikasi Mindful Muslim. Mungkin korang akan jumpa jawapan kepada setiap permasalahan yang korang hadapi


Mindful Muslim Untuk Kehidupan Yang Lebih TenangPersonally, aku pun dah setahun  lebih Work From  Home (WFH). It's not easy to adapt to a new thing. Aku ambil masa yang lama juga untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kalau dulu, kita kerja dari jam 845 pagi sehingga 545 petang. Kadang-kadang, terpaksa stay back sehingga jam 7-8 malam. Tapi, bila kerja di rumah segalanya berbeza. Jadual kerja kita berubah. Sometimes, kena standby di luar waktu kerja. Bila keadaan macam ni berlarutan, kerja yang banyak ditambah pula dengan tak dapat keluar rumah dek kerna COVID19 yang semakin teruk melanda, keadaan jadi makin rumit. Rasa segala benda tak kena dan mula rasa burntout. For the past 1 year, ini antara perkara yang aku cuba buat untuk kurangkan tekanan dan mengatasi kegelisahan
BersenamAmalkan pengambilan makanan yang sihatDapatkan tidur yang berkualitiMula mengamalkan Essential OilsBerada dalam 'circle' yang positifMemasakBelajar sesuatu yang baru iaitu buat video, FB/IG Live dan sebagainyaMula menggunakan Mindful Muslim apps

Alhamdulillah, berkat semua usaha yang telah dibuat, dengan izinNya sedikit-sebanyak hidup aku mula berubah. Kalau dulu rasa cepat nak marah, alhamdulillah sekarang dah cool sikit. Kalau dulu susah nak fokus, sekarang hidup rasa lebih produktif. Kalau dulu segala benda malas nak buat, rasa nak berkurung dalam bilik dan tidur je, sekarang aku cuba untuk keluar dari comfort zone dan cuba sesuatu yang baru seperti buat IG Live dan sebagainya. Hopefully, dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu korang kat luar sana untuk cuba amalkan dan rasai sendiri perubahan dalam hidup

Mindful MuslimDi kesempatan ini juga, aku nak share serba-sedikit tentang Mindful Muslim. Applikasi ini telah dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dalam kalangan keluarga dan teman rapatnya. Beliau berasal dari Singapura dan baru berusia 33 tahun. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology, New Zealand dalam bidang Masters of Communication


Jujurnya, applikasi ini agak baru dan mula diperkenalkan pada Mac 2020.  Apa yang menarik perhatian, Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang jiwa pertama yang berteraskan Islam di dunia. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan penyumbang voice over. Lebih membanggakan, aplikasi ini telah berjaya menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge


Biarpun baru setahun jagung, penerimaan dan penggunaan aplikasi sebenarnya sudahpun meluas. Ketika ini, dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Berdasarkan statistik, pengguna yang memuat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates


Kandungan Mindful Muslim AppsMindful Muslim adalah aplikasi yang merangkumi segala perkongsian berteraskan Islam. First time buka aplikasi Mindful Muslim, aku tertarik dengan interface yang sangat cantik. Memang kena dengan trend zaman sekarang. Selain itu, aplikasi Mindful Muslim ni sangat mesra pengguna. Mudah untuk kita explore dan guna walaupun pertama kali masuk


Antara kandungan menarik yang dimuatkan dalam Mindful Muslim adalah bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas. Pengisian dalam Mindful Muslim ni memang padat dengan ilmu dan boleh dijadikan tools untuk "Food for Thought" ataupun santapan rohani. Selain itu, ia dilengkapi dengan bunyi-bunyi semulajadi dan sebagainya untuk memberi ketenangan kepada kita especially untuk sesiapa yang ada masalah susah nak tidur malam


Kalau korang dah install Mindful Muslim, disarankan untuk korang cuba amalkan buka aplikasi ni setipa hari. Cuba luangkan masa antara 15-30 minit setiap hari untuk belajar sesuatu yang baru ataupun dengar ceramah motivasi dan ayat-ayat suci al-Quran. Seriously, mesti korang akan rasa lebih tenang dan happy. Trust me

Sirah Nabi dan bacaan Al-QuranKalau korang dah lupa tentang sirah Nabi dan kisah-kisah al-Quran, Mindful Muslim adalah sesuai untuk dijadikan refresher untuk kita recall balik. Antaranya, korang boleh dengar 51 kisah para Nabi yang akan dimuatnaik 7 episod baru untuk setiap bulan. Kalau yang susah nak tidur malam tu, boleh buka dan dengar kisah-kisah Nabi sebagai bedtime story

Contohnya kisah Nabi Nuh, Kisah Malik Ibn Dinar, Kisah Rober Davila, Kisah Nabi Yusuf dan macam-macam lagi. Lebih menarik, setiap penceritaan diselit dengan bacaan ayat al-Quran. Buat masa ini, kesemua voice over adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama-sama kita doakan semoga satu hari nanti akan ada voice over dalam Bahasa Malaysia dalam Mindful Muslim. 

Lagi satu features yang best dalam Mindful Muslim, kita boleh susun sendiri playlist. Contohnya, kita nak dengar surah apa, kisah motivasi apa ataupun kisah Nabi, boleh add to playlist. Selain itu, kita boleh buat tetapan bunyi apa yang kita nak dengar sebagai background music. Bila kita dah buat tetapan dalam playlist, kita just klik play dan segalanya akan diputarkan. Jadi, memang sesuai kalau nak pasang buat halwa telinga time kerja ataupun sebelum tidur. Sibuk dengan kerja atau tugas harian, tiada alasan lagi untuk kita dengar ayat-ayat al-Quran dan dengar kisah-kisah motivasi sebagai santapan rohani


Untuk korang yang perlukan sesuatu yang menenangkan dan ilmu tanpa sempadan, aku syorkan untuk korang cuba install aplikasi Mindful Muslim. Aplikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Kalau dah bosan buka radio dan lagu-lagu, apa kata kita tukar selera untuk dengar alunan zikir, surah-surah yang terdapat dalam Rukyah, Doa, motivasi dan pelbagai lagi yang terdapat dalam Mindful Muslim. At least, sedikit-sebanyak kita siram hati kita yang kering sebelum ia menjadi gersang, kita baja hati kita supaya jadi lebih subur untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Bila jiwa kita tenang, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan


Cara Nak Download Mindful MuslimUntuk pengguna Android, korang boleh download aplikasi Mindful Muslim di Google Play manakala untuk pengguna iPhone, korang boleh download aplikasi Mindful Musli di iOS

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga RM7.90 sebulan ataupun RM64.90 setahun. Buat masa sekarang, kandungan Mindful Muslim dalam versi Bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab

Akhir kata, apapun yang kita hadapi, kita kena ingat "Emotions are temporary". So, handle with care! Jom sama-sama kita support each other, be positive and optimise dalam usaha menjaga kesihatan mental dan fizikal. Kalau korang rasa aplikasi Mindful Muslim ni bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan juga kepada orang sekeliling untuk sama-sama kita mendapat manfaat bersama

Take cara and stay safe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaberkala.com/2021/08/mindful-muslim-untuk-kehidupan-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Tenang Dengan Mindful Muslim Apps

Kekal Tenang Dengan Mindful Muslim Apps

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 237 hits
Hi Korang Di antara cabaran yang perlu kita hadapi di musim PKP ni adalah how to deal with our emotion Betulkanpics dr Semua orang di uji dengan pelbagai bentuk sampai ada yang membunuh diri kerana tidak tahan cuba kalau korang selak surat ...
Apps Mindful Muslim Betul Betul Membantu Mententeramkan Emosi Uzu

Apps Mindful Muslim Betul Betul Membantu Mententeramkan Emosi Uzu

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 253 hits
Apps Mindful Muslim Betul Betul Membantu Mententeramkan Emosi Uzu Salam Well makin banyak apps yang canggih sekarang kan Macam tak caya je teknologi sekarang dah upgrade sangat sangat sehinggakan emosi uzu yang terganggu ni boleh reda denga...
Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa Dan Rohani

Aplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa Dan Rohani

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAplikasi Mindful Muslim Terapi Untuk Minda Jiwa dan Rohani Sejak awal tahun 2020 sehinggalah Mei 2021 sebanyak 1 099 kes bunuh diri telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia dan antara faktor pendorong d...
Mindful Muslim Santapan Rohani Buat Insani

Mindful Muslim Santapan Rohani Buat Insani

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 200 hits
Mindful Muslim Santapan Rohani Buat Insani Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan...
Lega Applikasi Mindful Muslim Sangat Membantu Kurangkan Insomnia Saya

Lega Applikasi Mindful Muslim Sangat Membantu Kurangkan Insomnia Saya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum semua Hmm korang semua sihat harap sihat sejahtera Maklumlah sekarang kes positive Covid 19 makin menjadi jadi Tahun lepas bila dengar orang positive Covid 19 bukan dalam kalangan kita kenal Cuma lately ramai kawan kawan rap...
Gvgur Mei Lalu Aurel Hermansyah H4mil Lagi Selepas Lebih 3 Bulan Mer4hsiakan

Gvgur Mei Lalu Aurel Hermansyah H4mil Lagi Selepas Lebih 3 Bulan Mer4hsiakan

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 238 hits
Selepas mengalami kegvguran pada bulan Mei lalu penyanyi Indonesia Aurel Hermansyah memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua Khabar gembira itu dikongsikan Atta Halilintar menerusi video rakaman imbasan ultrabunyi b4yi dalam kandungan i...
Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 225 hits
Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu akan mendorong pembangkang bekerja lebih gigih untuk memenangi PRU15 KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana mente...
Lebih Baik Saya Takut Askar Israel Caprice Nafi Di Cari Interpol Video

Lebih Baik Saya Takut Askar Israel Caprice Nafi Di Cari Interpol Video

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 307 hits
Lebih Baik Saya Takut Askar Israel Caprice Nafi Di Cari Interpol VIDEO Aktivis kemanusiaan Caprice telah memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin...
Masa Si Kembar Baru Lahir Mereka Menyusu Lebih 1 2 Liter Sehari Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Banyakkan Susu

Masa Si Kembar Baru Lahir Mereka Menyusu Lebih 1 2 Liter Sehari Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Banyakkan Susu

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 536 hits
Naluri setiap ibu pastinya ingin menyusukan anak secara eksklusif walaupun tahu pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi demi menjayakanya Pakar Bedah Telinga Hidung Tekak Dr Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad yang mesra dipanggil Dr Ezulia ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life