Milk Peel Cream Mask Dari Althea Korea Buat Wajah Tampil Berseri Dengan Satu Langkah Mudah Dan Berkesan
Lama sungguh tak pakai mask jenis krim. Kadang kala kalau teringat baru pakai face mask. Tapi face mask dengan milk peel cream mask adalah dua kategori dan fungsi setiapnya sangat berlainan tau. Nama je mask di hujung tetapi tetaplah tidak serupa.
Macam biasa, julia memang fanatik dengan produk dari bumi Korea, sudah tentu rangkaian produk dari Althea salah satu darinya pasti julia suka nak mencuba.
Milk Peel Cream Mask x AltheaMasker Krim Susu Althea! Mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA, pengelupasan yang lembut tetapi efektif ini membuang sel-sel kulit mati. Ia juga dirumus dengan protein khas dari susu untuk merangsang semulajadi dan melembapkan kulit. Hasilnya memberi efek kulit yang sihat dan sentuhan yang sangat lembut
KelebihannyaTeksturnya seperti tanah liat ke cairan krim yang berubah menjadi buih tanpa menggunakan langsung air. Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula kulit.Diformulakan dengan MILK, AHA & BHA yang sangat berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati.Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit kombinasi sensitif, kering, berminyak dan lain-lain.
Kesannya...
Tidak mengeringkan langsung malah melembabkan kulit. Bayangkan julia seharian bekerja dari pagi sampai lewat malam. Mana ada masa nak rawat wajah, tetapi jangan sangka anda tak boleh lakukannya tau. Julia sendiri guna di pejabat waktu malam, senang betul cara gunanya.
Cara guna:Picit dan ambil sedikit clay cream mask.Sapu di keseluruhan wajah tanpa perlu basahkan kulit.Biarkan dalam 1 minit, clay tersebut akan berubah serta merta menjadi foam (buih).Magic! Terus lap muka dengan air suam dan rasai perbezaanya setelah kulit mati diwajah di tanggalkan.
Keesokkan harinya anda akan rasai perbezaan serta hari seterusnya tau, tiada pengelupasan kulit tau. Just nice dan efektif betul. Sekarang julia dan anda sendiri boleh buat dimana sahaja, jangan abaikan kesihatan kulit wajah, ya memang betul makanan seimbang beri efek kulit baik tetapi kalau kita biarkan kulit tanpa penjagaan seperti memakai krim mask kita akan rasa wajah nampak kusam dan tidak berseri.
Lihatlah bukti kulit wajah julia diatas, sangat lembab, nampak shining dan tadaaaaa, malam tu julia balik kerja tengah malam pun muka tampak masih segar dan berseri. Anda bila lagi?
Untuk info lanjut sila layari:Website - www.althea.kr Instagram - https://www.instagram.com/altheakorea/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2018/12/milk-peel-cream-mask-dari-althea-korea.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29