Peeling Scrub Dengan Milk Peel Cream Althea
semenjak - menjak ni suka pula aku asyik dapat guna produk korea. hehehe. jadi harini kembali lagi dengan prodok baru iaitu milk peel cream. aku ada ke tak eh masker/ peeling scrub? jap selongkar entri lama.
oh jumpa. ni ha produk mewangi dari noraniza idris tahun 2016. hahaha. best juga pakai sebab ada garam. cuma tak boleh pakai selalu. mak pun suka. yang milk peel cream ni aku belum bagi mak aku cuba. sekadar tunjuk je dulu. ahahaha. nanti aku bagi dia pakai.
Milk Peel Cream Althea
apa yang menariknya tentang milk peel cream ni ialah teksturnya yang sangat 'lembah lembut'. dari sapuan krim berubah menjadi buih macam foam clenser. best ke best? cuma, bila pakai tak perlu kau letak air. sekadar lembabkan muka dah cukup.
jimat memang jimat. kenapa? sebab dengan satu + satu pam sahaja untuk penggunaannya. satu pam kalau kau suka pakai nipis. atau dua pam untuk kepuasan dekat muka. aku dah pakai. syok. sebab tekstur dan baunya.
Review Milk Peel Cream Althea
setelah menggunakan produk milk peel cream selama beberapa minggu, aku boleh kata yang aku suka pakai. kenapa? aku ulang semula kerana teksturnya yang sangat 'lemah lembut'. baunya juga harum.
produk ini didatangkan dalam bentuk 'clay' dan kemudian apabila disapu kepada wajah ia membentuk gelembung gelembung kecil dan menghasilkan buih. diisi didalam botol yang bersaiz kecil (50ml). yang suka travel tempat yang agak panas tu bolehlah bawa milk peel cream dalam beg agar wajah sentiasa kelihatan lembab dan tidak kering. senang dibawa ke mana - mana dan sangat jimat
harganya cuma rm36 sahaja. mahal ke? tak la. sebab seminggu cuma pakai sekali/ dua kali sahaja. jimat kan?
korang boleh beli di laman web althea di pautan ini milk peel cream mask. gunakan kod PBSHIP untuk mendapatkan penghantaran percuma. apa tunggu lagi? buka website althea sekarang!
Cara Penggunaan Milk Peel Cream Althea
adalah sangat senang dan mudah untuk kau pakai milk peel cream ni. bagaimana? rujuk cara cara dibawah.
1. lembabkan wajah
2. satu pam/ sekali picit di telapak tangan (kalau tak puas, boleh guna dua pam)
3. sapu pada seluruh wajah
4. biarkan selama 30 - 60saat dan bilas
sesuai untuk semua jenis kulit ya. tak payah risau. produk korea yang diyakini.
Kelebihan Milk Peel Cream Altheamembuang sel kulit matidapat berjimat (penggunaan sekali seminggu atau dua kali seminggu)bau yang wangikulit menjadi lebih licin dan lembutwajah sentiasa kelihatan lembab dan kuatmembuang kotoran dari liang pori
Info Althea Korea
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2018/12/peeling-scrub-dengan-althea-milk-peel-cream.html