Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu Lebih Berapi Dan Pastinya Sedap
hai assalammualaikum
Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu ' Lebih Berapi ' dan Pastinya Sedap - Yeah!!, snack kegemaran nad, Miaow Miaow keluarkan perisa baharu, kini ' Lebih Berapi ' dan pastinya sedap. Macam tau-tau je nad suka makanan pedas ni, mestila kena cuba perisa baharu dari Miaow Miaow ni. Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame, yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea
Miaow Miaow makanan ringan yang boleh dinikmati oleh semua orang daripada pelbagai peringkat usia. Miaow Miaow merupakan jenama keluarga dan pengasasnya adalah adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh Lim.
Chink berkata, “Perisa baharu ini diperkenalkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk makanan ringan yang berperisa pedas di pasaran. Setelah beroperasi di Malaysia selama beberapa dekad dan berjaya melebarkan sayap hampir ke 40 buah negara, kami berazam untuk terus memperkayakan kehidupan pengguna dengan memberikan kegembiraan dan rasa yang biasa dengan makanan ringan kami.”
Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu ' Lebih Berapi ' dan Pastinya Sedap
Gembira betul bila dapat cuba perisa baru Miaow Miaow ni, bukan setakat pedas, tapi rangup, sedap, layan kalau makan waktu santai-santai. Mesti korang nak tau 4 perisa baru tu kan?
Untuk perisa terbaru Miaow Miaow terdapat 4 perisa yang diperkenalkan iaitu Sambal Balado Flavoured Prawn Crackers, Curry BBQ Flavoured Prawn Crackers, Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers dan Korean Spicy Flavoured Cuttlefish Crackers
Siapa suka makan sambal cili? Hah! Korang boleh cuba perisa Sambal Berlado Flavoured Prawn Crackers. Sambal Balado, salah satu perisa popular dalam pasaran hari ini yang akan memberi peluang kepada para pengguna untuk menikmati rasa unik masakan Indonesia. Bumbu pedas yang terkenal dalam masakan Minang akan menarik minat penggemar makanan ringan yang mencari rasa nostalgia dan kebiasaan untuk rasa sambal cili sehebat Nasi Lemak.
Peminat K Drama sila hadir!!..hehehe. Dah minat K Drama mestila minat makanan pedas Korea kan. Miaow Miaow pastinya tidak melepaskan peluang memasukkan rasa Pedas Korea dalam siri Flame mereka untuk kedua-dua keropok udang dan sotong, iaitu Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers dan Korean Spicy Flavoured Cuttlefish Crackers. Rasanya yang pedas berapi tu, bila dah rasa, mesti teringin nak tempah tiket kapal terbang ke Korea..hahaha. Rindu kan nak ke Korea
Ada lagi, rasa kari yang cukup lazat iaitu Curry BBQ Flavoured Prawn Crackers. Perisa Kari BBQ, rasa pedas ini adalah gabungan rempah ratus dan manis, bersedia untuk memberi pengalaman pertama kepada pengguna
“Kami mengambil keputusan untuk meningkatkan kreativiti masakan kami dan menawarkan pilihan snek kepada pengguna yang bukan sahaja memuaskan tetapi juga mengikut trend semasa. Siri Flame ini pastinya menarik minat semua jiwa yang mencabar dan tidak takut untuk mencuba perkara baharu, terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan rasa tertentu,” tambah Chink
Menurut analisis pasaran yang dijalankan di Asia Tenggara, perisa pedas adalah perisa kedua tertinggi dalam permintaan untuk makanan ringan yang baharu dikeluarkan dari Januari 2016 hingga Disember 2020 (Mintel GNPD). Pelancaran siri Flame Miaow Miaow tidak mungkin dilakukan pada masa yang lebih baik, seterusnya mengulangi komitmen mereka untuk mengekalkan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia sebagai keutamaan mereka
Peraduan Miaow Miaow
Miaow Miaow menganjurkan peraduan di seluruh negara untuk penggemar-penggemar makanan ringan dan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik seperti vakum Mop Pro Mi Robot, Steamboat Gril BBQ Cornell 2 dalam 1 dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM6,500.
Peraduan ini bermula 1 April hingga 30 Jun 2022
Cara penyertaan sangatla mudahLangkah 1: Beli mana-mana produk Miaow Miaow bernilai RM10 dan ke atas (termasuk 1 unit produk Miaow Miaow Flame) dalam satu resit
Langkah 2: WhatsApp gambar resit & taip MIAOWMIAOW_FLAME dengan Nama Penuh & Kad Pengenalan ke 016-2933907
Jom korang sertai peraduan Miaow Miaow ni. Mana tau korang bertuah dapat hadiah. Cepat dapatkan produk Miaow Miaow di pasar raya besar atau pasar raya yang terdekat dengan anda sekarang
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Miaow Miaow, korang boleh layari https://www.facebook.com/miaowmiaowfood/posts/4529802753792200
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial kami
Facebook: https://www.facebook.com/miaowmiaowfood/ Instagram: https://www.instagram.com/miaowmiaowfood/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/05/miaow-miaow-keluarkan-perisa-baharu.html