Teroka Deria Rasa Dengan 4 Pek Perisa Baharu Siri Flame Miaow Miaow
Teroka Deria Rasa Dengan 4 Pek Perisa Baharu Siri Flame Miaow Miaow | Assalamualaikum semua... Pernah dengar keropok Miaow Miaow?? Ha, ni salah satu keropok favourite sis tau. Dulu ingat lagi time balik je dari sekolah mesti singgah kat kedai beli keropok udang Miaow Miaow. Sampai sekarang pun kalau pi shopping mesti akan beli stok keropok Miaow Miaow untuk kudapan sambil layan movie kat rumah
Bagi yang biasa makan keropok Miaow Miaow mesti tahu yang keropok mereka ni sedap dan sesuai dimakan pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak sebab tak pedas. Tapi bagi memenuhi permintaan ramai, Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea
“Perisa baharu ini diperkenalkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk makanan ringan yang berperisa pedas di pasaran. Setelah beroperasi di Malaysia selama beberapa dekad dan berjaya melebarkan sayap hampir ke 40 buah negara, kami berazam untuk terus memperkayakan kehidupan pengguna dengan memberikan kegembiraan dan rasa yang biasa dengan makanan ringan kami.”~ Adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh Lim, Pengasas Miaow Miaow ~
Untuk pengetahuan korang, permintaan untuk makanan ringan yang berperisa pedas di pasaran tinggi tau. Menurut analisis pasaran yang dijalankan di Asia Tenggara, perisa pedas adalah perisa kedua tertinggi dalam permintaan untuk makanan ringan yang baharu dikeluarkan dari Januari 2016 hingga Disember 2020 (Mintel GNPD). Ha, nampak tak ramai rupanya peminat rasa pedas. Kalau kat Malaysia ni memang ramai la yang suka makan pedas termasuk la sis.. hehe.
Ha, apa lagi... bagi yang suka makan pedas inilah masanya untuk teroka deria rasa dengan 4 pek perisa baharu Siri Flame Miaow Miaow. Nah sis kongsikan setiap rasa bagi siri flame ni :
🔥Curry BBQ Flavoured Prawn CrackersKeropok udang ni sesuai bagi mereka yang mendambakan rasa kari. Gabungan rempah ratus dan manis, bersedia untuk memberi pengalaman pertama kepada sesiapa yang menikmatinya. Rasa kari ni memag dah sebati dengan menu harian kita kan. Sama seperti masak kari ataupun gulai. Sis pasti korang akan menyukainya
🔥 Sambal Balado Flavoured Prawn CrackersSebut je sambal balado, mesti korang dah terbayang negara Indonesia kan. Yes, perisa ni memang popular dalam pasaran hari ini yang akan memberi peluang kepada korang untuk menikmati rasa unik masakan Indonesia. Bumbu pedas yang terkenal dalam masakan Minang akan menarik minat penggemar makanan ringan yang mencari rasa nostalgia. Memang sedap tau seolah-olah sedang menikmati sambal cili sehebat Nasi Lemak untuk sarapan
🔥Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers Annyeonghaseyo... ha, rindu dengan makanan Korea?? Yeah, rasa pedas Korea diperkenalkan bagi memikat citarasa peringkat global dan menyemarakkan rasa serta membangkitkan kenangan mengembara ke luar negara. Keropok yang lazat dan menyelerakan ini sangat unik tau sehingga membuatkan korang terasa nak menempah tiket kapal terbang ke negara yang cukup terkenal dengan K-drama itu
🔥Korean Spicy Flavoured Cuttlefish CrackersSama seperti Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers tapi yang ni versi keropok sotong. So, boleh la korang pilih yang mana satu untuk dinikmati sambil layan K-drama.. hehe
Menarik kan keempat-empat perisa baharu di bawah siri Flame ni. Memang kreatif dan pilihan bijak dari Miaow Miaow dengan menawarkan pilihan snek kepada pengguna yang bukan sahaja memuaskan tetapi juga mengikut trend semasa. Siri Flame ini pastinya menarik minat semua jiwa yang mencabar dan tidak takut untuk mencuba perkara baharu, terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan rasa tertentu
Oh ya, dari 1 April hingga 30 Jun 2022, Miaow Miaow akan menganjurkan peraduan di seluruh negara untuk penggemar-penggemar makanan ringan dan memberi peluang kepada semua untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik seperti vakum Mop Pro Mi Robot, Steamboat Gril BBQ Cornell 2 dalam 1 dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM6,500.
Wow, bestkan hadiah dia. Apa yang perlu korang lakukan hanya beli mana-mana produk Miaow Miaow bernilai RM10 dan ke atas, termasuk satu produk dari siri Flame dalam satu resit. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Miaow Miaow, sila layari
>> https://www.facebook.com/miaowmiaowfood/posts/4529802753792200 <<
Jadi apa tunggu lagi? Jom teroka deria rasa dengan 4 pek perisa baharu Siri Flame dan dapatkan Miaow Miaow di pasar raya besar atau pasar raya yang terdekat dengan korang sekarang!.. adios
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2022/05/teroka-deria-rasa-dengan-4-pek-perisa.html