Untung Bersih Lebih Rm60 000 Jual Air Balang Bulan Ramadan Syahmi Sazli Kongsi Amalan
UMUM maklum, bulan Ramadan merupakan bulan seribu rahmat buat umat Islam. Ramadan juga dianggap bulan rezeki dan menjadi waktu sesuai untuk segelintir masyarakat bagi menambah sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan.
Begitu juga dengan pengarah muda, Syahmi Sazli yang turut mengambil peluang membuat jualan air balang. Perniagaannya itu menjadi tular di media sosial susulan setiap hari ‘diserbu’ orang ramai dan beratur panjang untuk membeli.
Baru-baru ini Youtuber itu tampil berkongsi jumlah keuntungan bersih bagi perniagaan tersebut.
“Alhamdulillah, selama tiga minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
“Mi tak nak cerita macam mana resipi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu,” ujarnya.
Ujar pengarah Mael Totey The Movie (MTTM), perkongsian tentang keuntungan itu adalah untuk menjawab beberapa isu yang tercetus.
“Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan atau isu yg tercetus,” ujarnya.
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli.”
Mi rasa tak juga. Sebelum ni Mi pernah dua kali jual baju, rugi. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup juga sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi.
3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan. Tak ada beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik. Tapi bolehlah Mi nak bagi tip sikit apa yang Mi tahu.
Justeru, ini tip yang diberikan Syahmi untuk memohon murah rezeki;
1. Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa.
Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar;
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya ALLAH akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” -(Sahih, Riwayat Ahmad)
Cara diampunkan dosa dengan berzikir;
Zikir 1:
Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada ALLAH 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada ALLAH 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada ALLAH 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
Zikir 2:
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekali pun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
2. Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja, setiap sujud mana-mana boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karana itu perbanyaklah kalian berdoa” (H.R Muslim dan Abu Daud).
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: sinarplus.sinarharian.com
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/05/untung-bersih-lebih-rm60000-jual-air.html