Kementerian Pengangkutan Mavcom Digesa Lebih Proaktif Selesai Isu Kelewatan Airasia


 
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, isu kelewatan penerbangan AirAsia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlarutan sejak hujung bulan lepas.PETALING JAYA: Alexander Nanta Linggi menggesa Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) agar lebih proaktif berhubung isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan AirAsia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, pihak Kementerian Pengangkutan dan Mavcom perlu tampil mencari penyelesaian terbaik.
“Meskipun perihal mengenai industri penerbangan banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya akan campur tangan sekiranya hak pengguna terkait sama.
“Saya juga dimaklumkan bahawa AirAsia akan memberikan maklum balas lengkap terhadap isu yang diketengahkan pengguna menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh 24 jam ini,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.
Alexander Nanta Linggi.Semalam, Nanta berkata, KPDNHEP akan menjalankan siasatan dari sisi kepentingan pengguna dalam hal terbabit.
Mengambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna, Nanta berkata, isu kelewatan penerbangan AirAsia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlarutan sejak hujung bulan lepas.
Dalam pada itu, Nanta berkata, pihaknya serius dalam menjalankan siasatan.
“Tiada ‘sembang kari’, cakap tak serupa bikin, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu ini. Kepentingan pengguna adalah amanah saya sebagai menteri KPDNHEP.
“Pihak saya membuat penelitian awal (dari segi kepentingan pengguna mengikut bidang kuasa KPDNHEP) dan terus menghubungi pengurusan AirAsia bagi mendapatkan maklum balas lanjut,” katanya.
Nanta semalam memaklumkan pengguna perkhidmatan penerbangan berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan namun tertakluk kepada beberapa faktor dan punca penundaan atau pembatalan, berdasarkan maklumat daripada laman Mavcom.
Pampasan itu merangkumi makanan, bil panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih, penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih, dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan dibatalkan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/kementerian-pengangkutan-mavcom-digesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kelewatan Airasia Kpdnhep Siasat Sisi Kepentingan Pengguna

Isu Kelewatan Airasia Kpdnhep Siasat Sisi Kepentingan Pengguna

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 230 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjalankan siasatan nbsp dari nbsp sisi kepentingan pengguna berhubung nbsp isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan AirAsia ...
Pengguna Mengeluh Kpdnhep Siasat Kelewatan Penerbangan Airasia

Pengguna Mengeluh Kpdnhep Siasat Kelewatan Penerbangan Airasia

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 221 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata isu kelewatan penerbangan AirAsia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lalu dan masih berlanjutan PUTRAJAYA Kementerian ...
Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 333 hits
Kuala Lumpur Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melakukan siasatan segera Ia membabitka...
Airasia Says Sorry For Flight Disruptions

Airasia Says Sorry For Flight Disruptions

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 720 hits
AirAsia Malaysia says it is now operating with only 40 planes compared to almost 100 before the pandemic KUALA LUMPUR AirAsia says it has taken note of the recent flight disruptions and apologised to customers for the inconvenience caused d...
Isu Mn Hentikan Salah Umno Atau Presidennya

Isu Mn Hentikan Salah Umno Atau Presidennya

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 203 hits
Isu MN Hentikan Salah UMNO Atau Presidennya YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO menolak agenda ini Pertama ini kenyataan tidak bena...
Selesai Sudah Zakat Fitrah

Selesai Sudah Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 553 hits
Assalamualaikum Hi korang Sabtu lepas SA berekesempatan bayar Zakat Fitrah senang settle awal awal SA memang bayar kat KL la sebab SA bekerja cari rezeki kat KL kan dulu SA x tau so SA bayar kat Seremban So bila dah tau 6 tahun kebelakangan...
Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah Bekas perdana ...
Hahh Tabung Haji Belum Selesai

Hahh Tabung Haji Belum Selesai

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 208 hits
Saya hanya tampal dan unjurkan Pengenalan Saya adalah antara jutaan majoriti yang diam Kebiasaannya berdasarkan berita yang saya baca saya hanya geleng kepala mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingka...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat

Lelaki Wanted Sosma Maut Ditembak Di Stesen Minyak