Mh370 Penduduk Dakwa Mendengar Letupan Kuat


Selepas terdapat beberapa laporan polis berkenaan cahaya aneh yang dilihat dan pesawat terbang rendah, lapan orang pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas di Marang, Terengganu pada hari kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Mereka mengatakan terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang kira-kira pukul 1.20 pagi Sabtu lepas.

Menurut laporan akhbar Harian Metro menerusi laman webnya, Alias Salleh, 36 tahun, berkata sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakan bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

“Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

“Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

“Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek,” katanya.

Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang.

Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.

ATM Kesan MH370 Terbang Melalui Selat Melaka?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikesan melalui radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terbang di atas kawasan Selat Melaka jauh daripada ia terputus hubungan dengan radar menara kawalan di Subang.

Menurut laporan The Malaysian Insider, sumber tentera memaklumkan mengesahkan dengan agensi berita Reuters bahawa pesawat Boeing 777-200ER itu telah menukar laluannya dan berjaya terbang melalui selat berkenaan.

“Ia mengubah laluan selepas melalui Kota Bharu dan terbang pada ketinggian rendah, ia berjaya sampai ke Selat Melaka,” menurut sumber rasmi berkenaan yang telah diberi taklimat.

Selat Melaka merupakan antara selat yang paling sibuk di dunia.

Sebuah akhbar tempatan memetik kata-kata Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud yang mengatakan pesawat itu dikesan di sekitar kawasan Pulau Perak di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Kali terakhir pesawat itu berjaya dikesan ialah berdekatan Pulau Perak yang terletak di atas Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu.

"Selepas itu, isyarat dari pesawat berkenaan terputus," katanya.

Turut difahamkan, unit kawalan trafik udara di Singapura turut menerima isyarat yang MH370 telah berpusing balik dan mendaki ke ketinggian 1,000 meter daripada paras ketinggian asal iaitu 10,000 meter.

Terdapat juga laporan polis dibuat oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat pesawat berkenaan terbang rendah kira-kira 1,000 meter dari paras laut di sekitar Kota Bharu.

Petunjuk bahawa pesawat yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah itu telah berpusing balik menjadi asas untuk memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat ke sekitar Selat Melaka dan Laut Andaman.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/03/mh370-penduduk-dakwa-mendengar-letupan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 202 hits
Penyiasat nahas udara kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 ya...
Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 361 hits
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan Perancis Marc Dugain mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat lapor MailOnline Marc Dugain...
Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Kontraktor yang terlibat dalam 10 projek Perumahan Generasi Baru Felda di Pahang mengalami kerugian lebih RM30 juta akibat pelaksanaan projek berkenaan terbengkalai hampir dua tahun Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Jasr...
Dia Cium Paksa Jilat Anggota Madein Dakwa Ceo Agensi Lakukan Serangan Seksual

Dia Cium Paksa Jilat Anggota Madein Dakwa Ceo Agensi Lakukan Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 147 hits
Agensi MADEIN menafikan tuduhan gangguan seksual oleh CEO mereka berikutan pendedahan rakaman audio daripada seorang ahli kumpulan itu Artikel Berkaitan Pada pagi 23 November agensi MADEIN 143 Entertainment menolak tuduhan tersebut sebagai ...
Bapa Dakwa Pelatih Palapes Uitm Meninggal Dunia Lepas Ditunggang

Bapa Dakwa Pelatih Palapes Uitm Meninggal Dunia Lepas Ditunggang

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 191 hits
Shahrin Aizat NoorshahrizamSeorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UiTM Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi meninggal dunia pada 13 Nov lalu selepas didakwa menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual Bapa pelatih terbabit M...
Ayah Dah Pergi Ke Belum Adik Tak Dapat Ambil Exam Sebab Bapa Masuk Icu Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

Ayah Dah Pergi Ke Belum Adik Tak Dapat Ambil Exam Sebab Bapa Masuk Icu Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial luahan hati seorang gadis yang telah menarik perhatian susulan sikap guru adiknya yang tidak mempunyai rasa belas kasihan Guru tak ada rasa ihsan dengan pelajar Difahamkan adik gadis terbabit tid...
Hiburan Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin Covid 19 8 Individu Saman Pmx Bekas Pm Rm60 Juta

Hiburan Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin Covid 19 8 Individu Saman Pmx Bekas Pm Rm60 Juta

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 212 hits
Melalui laporan seramai lapan individu termasuk tiga waris telah memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta daripada 25 defendan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua bekas Perdana Menteri dan Pertubuhan ...
Kes 1mdb Najib Dakwa Beliau Secara Palsu Dikaitkan Dengan Perbuatan Salah Laku Jho Low

Kes 1mdb Najib Dakwa Beliau Secara Palsu Dikaitkan Dengan Perbuatan Salah Laku Jho Low

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho juga dikenali sebagai Jho Low berkaitan ha...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan