Kes 1mdb Najib Dakwa Beliau Secara Palsu Dikaitkan Dengan Perbuatan Salah Laku Jho Low




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, berkaitan hal ehwal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib berhujah bahawa dakwaan terhadapnya hanya berdasarkan kehadiran Jho Low di kediamannya dan hubungan mereka dikatakan rapat yang disensasikan, terutamanya memandangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo dan bekas pengurus perhubungan pelanggan AmBank Joanna Yu, mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Jho Low.
"Jasmine Loo, Joanna Yu dan Shahrol Azral sendiri telah melawat Jho Low di kediamannya dan pengakuan Shahrol Azral di mahkamah bahawa dia membuat nasi goreng untuk Jho Low... dan jangan lupa Joanna Yu membuat sup untuk Jho Low ketika dia tidak sihat.
"Untuk rekod, saya tidak pernah menyediakan sebarang hidangan untuk Jho Low," katanya semasa membaca daripada jilid pertama kenyataan saksinya setebal 525 muka surat.
Hari ini merupakan hari keempat bekas ahli parlimen Pekan itu mengambil pendirian membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Najib berkata walaupun beliau tidak menafikan bahawa pada masa tertentu Jho Low hadir di kediamannya di Langgak Duta, adalah penting untuk memahami konteks interaksinya dengan Jho Low pada masa itu.
"Keyakinan saya terhadap Jho Low timbul daripada imej menarik yang ditonjolkannya sebagai individu yang berkebolehan tinggi dan mempunyai banyak hubungan.
"Imej profesionalisme dan kecekapan strategiknya yang dipupuk, digandingkan pula dengan kebolehan memujuk, menjadikan dia seorang yang layak mendapat kepercayaan dan keyakinan," katanya.
Najib berkata pada masa itu beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan niat atau tindakan Jho Low, kerana urusannya dengan ahli perniagaan itu sentiasa berpandukan hanya kepada perkara yang dipercayainya untuk kepentingan Malaysia.
"Bagaimanapun hanya kerana saya mempercayai Jho Low, itu tidak bermakna saya memberinya arahan untuk bertindak sebagai perantara untuk diri saya sendiri dan pengurusan atau pengarah 1MDB, dan tidak bermakna saya memberi kuasa kepadanya untuk membawa resolusi, seperti Special Rights Redeemable Preference Shareholder Resolution (SRR) 1MDB dan Minit Perwakilan (MR) untuk tandatangan saya di kediaman saya di Langgak Duta," kata Najib semasa menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Loo semasa memberi keterangan dalam perbicaraan ini.
Kenyataan Najib adalah sebagai respons kepada kenyataan Loo bahawa Jho Low berada di kediaman Najib di Langgak Duta, dan Loo akan menyerahkan dokumen SSR dan MR kepada Jho Low untuk mendapatkan tandatangan Najib.
Bekas perdana menteri itu mendakwa keterangan Loo itu bertujuan mewujudkan tanggapan bahawa dia dan Jho Low berkonspirasi bersama.
"Saya sebaliknya menjalankan tugas rasmi rutin tanpa syak wasangka, akan menandatangani resolusi yang dibentangkan pegawai saya.
"Saya juga harus menekankan bahawa saya tidak akan menandatangani sebarang resolusi melainkan lembaga 1MDB telah pun meluluskan melalui Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR), dan DCR dilampirkan pada resolusi yang saya diminta untuk meluluskan," kata Najib.
Pada 30 Okt, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri atas kesemua 25 pertuduhan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya pada akhir kesnya.
Perbicaraan bersambung esok. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/12/kes-1mdb-najib-dakwa-beliau-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Palsu Dokumen Kes Dadah Inspektor Mengaku Tak Salah

Palsu Dokumen Kes Dadah Inspektor Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 71 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kes dadah pada September tahun lalu Tertuduh Crall Mark Bait membuat pengakuan itu di hadapan Majistre...
Many Malaysians Have My Number Najib On Jho Low Having His Contact

Many Malaysians Have My Number Najib On Jho Low Having His Contact

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 120 hits
Former premier Najib Abdul Razak testified he was not completely certain how 1MDB linked fugitive Low Taek Jho got his contact number However the finance minister told the Kuala Lumpur High Court this afternoon that it could be due to the b...
Najib Razak Saya Tidak Pernah Memasak Untuk Jho Low Jho Low Exploitasi Kepercayaan Saya

Najib Razak Saya Tidak Pernah Memasak Untuk Jho Low Jho Low Exploitasi Kepercayaan Saya

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 179 hits
Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho telah mengeksploitasi kepercayaannya sehingga menyebabkan bekas perdana menteri itu digambarkan secara salah sebagai bersubahat dalam skandal 1MDB Me...
1mdb Najib Asks Why No Action Against Zeti Husband

1mdb Najib Asks Why No Action Against Zeti Husband

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 204 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak has questioned why the authorities took no action against former Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz and her husband Tawfiq Ayman The former prime minister told the Kuala Lumpur High Court this aftern...
Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Mohamad Nizar membuat afidavit tambahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya berkaitan hukuman tahanan rumah ke atas bapanya iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berlandaskan fakta dan kebenaran Menu...
Politically Motivated Us Govt Blocked Me From 1mdb Evidence Najib

Politically Motivated Us Govt Blocked Me From 1mdb Evidence Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 156 hits
1MDB TRIAL Former prime minister Najib Abdul Razak lamented that the United States under Joe Biden was politically motivated in blocking him from obtaining 1MDB linked evidence He claimed that Loretta Lynch who was the US attorney general f...
Judge Tells Najib S Lawyer Not To Make Sub Judice Remarks On 1mdb Trial Outside Courtroom

Judge Tells Najib S Lawyer Not To Make Sub Judice Remarks On 1mdb Trial Outside Courtroom

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 197 hits
A file photograph shows lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah at the Kuala Lumpur Court Complex Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Dec 9 The High Court today told Datuk Seri Najib Razak s lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah to not m...
Apa Cerita Menantu Muhyiddin Dan Jho Low Kini

Apa Cerita Menantu Muhyiddin Dan Jho Low Kini

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 116 hits
K PRAGALATHDecember 6 2024Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low dan menantu presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan y...
Kes 1mdb Komplot Doj Jatuhkan Kerajaan Muhammad Shafee

Kes 1mdb Komplot Doj Jatuhkan Kerajaan Muhammad Shafee

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 90 hits
KUALA LUMPUR Peguam Datuk Seri Najib Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa penglibatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam kes 1Malaysia Development Berhad bermotifkan politik Beliau berkata penglibatan dan pengumuman yang di...
Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengandung Di Usia 40 An Bahaya Ke Tak

Hongkong456 Hongkong456 Co 30 2568 Pgslot Casino Online Hongkong456 Top 39 By Georgetta

Mangsa Banjir Johor Melonjak Lagi 5 Daerah Terjejas

Letupan Misteri Di Seri Kembangan Polis Tak Terima Laporan

Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore