Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor MailOnline.

Marc Dugain.

Marc Dugain berkata, tentera AS yang berpangkalan di pulau Diego Garcia, Lautan Hindi menembak pesawat berkenaan kerana menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan bakal digunakan untuk satu serangan pengganas.

Beliau merupakan bekas CEO syarikat Proteus Airlines tetapi syarikat berkenaan sudah tidak lagi wujud.

Dugain memberitahu akhbar Paris Match, teori itu berdasarkan dakwaan beberapa penduduk di kepulauan Maldives yang terletak berhampiran Diego Garcia bahawa mereka melihat pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang rendah.

“Beberapa nelayan di sebuah pulau kecil di Maldives memberitahu saya, mereka melihat sebuah pesawat besar yang mempunyai warna menyerupai pesawat MAS terbang rendah pada 8 Mac lalu,” katanya.

Dia juga mendakwa, ada penduduk di Maldives menemui satu alat pemadam api yang kosong dipercayai milik pesawat MH370 di satu kawasan perairan berhampiran pulau Baarah.

Dalam satu wawancara de­ngan sebuah stesen radio Perancis baru-baru ini, Dugain yang kini menjadi penulis novel mendakwa, sumber perisikan memberi amaran kepadanya supaya tidak menyiasat kehila­ngan pesawat berkenaan.

“Sumber perisikan itu juga memberitahu bahawa saya kini berdepan risiko tinggi dan menasihati saya supaya tidak meneruskan siasatan,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

DIEGO GARCIA

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.

"Pasti ada orang yang tahu," katanya.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/12/bekas-ceo-dakwa-as-tembak-pesawat-mh370.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ceo Dakwa Ada Bukti Hajiji Salah Guna Kuasa Nafi Wujud Pakatan

Bekas Ceo Dakwa Ada Bukti Hajiji Salah Guna Kuasa Nafi Wujud Pakatan

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 387 hits
RK AnandBekas CEO Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon menafikan dakwaan dia berpakat dengan pemberi maklumat di sebalik video dakwaan skandal rasuah Adun Jontih juga mendakwa memiliki bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Ket...
Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 376 hits
Penyiasat nahas udara kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 ya...
Berita Tergempar Pesawat Mh370 Dijumpai

Berita Tergempar Pesawat Mh370 Dijumpai

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 258 hits
Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi ...
Dia Cium Paksa Jilat Anggota Madein Dakwa Ceo Agensi Lakukan Serangan Seksual

Dia Cium Paksa Jilat Anggota Madein Dakwa Ceo Agensi Lakukan Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 237 hits
Agensi MADEIN menafikan tuduhan gangguan seksual oleh CEO mereka berikutan pendedahan rakaman audio daripada seorang ahli kumpulan itu Artikel Berkaitan Pada pagi 23 November agensi MADEIN 143 Entertainment menolak tuduhan tersebut sebagai ...
Hiburan Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin Covid 19 8 Individu Saman Pmx Bekas Pm Rm60 Juta

Hiburan Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin Covid 19 8 Individu Saman Pmx Bekas Pm Rm60 Juta

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 451 hits
Melalui laporan seramai lapan individu termasuk tiga waris telah memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta daripada 25 defendan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua bekas Perdana Menteri dan Pertubuhan ...
Hussain Yee Islamkan Bekas Isteri Keith Foo

Hussain Yee Islamkan Bekas Isteri Keith Foo

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 333 hits
NUR EMIRA SAIZALIFOTO tular yang memaparkan Kim sudah memeluk Islam sekitar Oktober lalu PETALING JAYA Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond menuai perhatian ramai apabila tular foto dia sudah memeluk agama Islam pada Okto...
Ayah Dah Pergi Ke Belum Adik Tak Dapat Ambil Exam Sebab Bapa Masuk Icu Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

Ayah Dah Pergi Ke Belum Adik Tak Dapat Ambil Exam Sebab Bapa Masuk Icu Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 376 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial luahan hati seorang gadis yang telah menarik perhatian susulan sikap guru adiknya yang tidak mempunyai rasa belas kasihan Guru tak ada rasa ihsan dengan pelajar Difahamkan adik gadis terbabit tid...
Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 374 hits
KUANTAN Kontraktor yang terlibat dalam 10 projek Perumahan Generasi Baru Felda di Pahang mengalami kerugian lebih RM30 juta akibat pelaksanaan projek berkenaan terbengkalai hampir dua tahun Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Jasr...
Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia