Mexico Tempat Perlindungan Karya Perubatan Islam


Selepas Raja Ferdinand II dari Aragon dan Ratu Isabella berjaya menewaskan kerajaan Islam terakhir di Andalusia iaitu Granada pada tahun 1492, ia menandakan berakhirnya penguasaan umat Islam di Sepanyol. Semasa era baginda juga menyaksikan bermulanya era penjelajahan di mana negara-negara Eropah berlumba-lumba mencari laluan perdagangan ke Timur termasuk Dunia Baru. Tetapi Dunia Baru atau lebih tepat Mexico juga merupakan tempat di mana ilmu-ilmu yang dikarang ilmuan Islam terselamat dan menjadi asas kepada pengajian bagi para pelajar di sana semasa penjajahan Sepanyol.
Semua sedia maklum disiplin-disiplin ilmu membabitkan negara-negara Eropah ketika itu tidaklah sehebat disiplin ilmu yang diajar semasa Era Keemasan Islam. Ini kerana disiplin-disiplin ilmu mereka banyak dicampuri dengan pelbagai unsur karut dan ini diakui sendiri oleh ramai penjelajah ketika itu dari Christopher Columbus hinggalah Hernan Cortes. Selepas berjaya menewaskan kerajaan Aztec dan perlahan-lahan membina asas penjajahan Sepanyol di Mexico, beliau mula mempelajari ilmu perubatan. Cortes sedar sekiranya Madrid mahu bertahan di Dunia Baru, mereka perlu mempunyai perkhidmatan kesihatan yang bagus. Ini kerana jika dibandingkan tahap perkhidmatan kesihatan di Eropah Utara, tahap perkhidmatan kesihatan mereka amat mengecewakan.
Dan tidaklah mengejutkan bagi mana-mana doktor yang ditugaskan ke Dunia Baru, salah satu bahan bacaan wajib mereka ialah buku karya Ibnu Sina atau Avicenna. Dan sesetengah buku pakar perubatan Islam ini menjadi asas kepada buku mereka. Contohnya Francisco Bravo, seorang doktor yang pernah menuntut di Universiti Alcala de Henares dan Osuna menulis buku pertamanya bertajuk Opera medicinalia.
Selain Ibnu Sina, Bravo turut menyatakan pengaruh ilmuan lain seperti Galen, Al-Razi (Rhazes), Hippocrates dan Valles. Kebanyakan karya Galen, Ibnu Sina dan Al-Razi merupakan bahan bacaan wajib para doktor dan ia sentiasa diterbitkan dari semasa ke semasa. Walaupun Bravo tidak menyatakan mana karya Ibnu Sina yang digunakan sebagai inspirasi, kebanyakan teori dan cara rawatan diambil dari buku Kanun Perubatan (al-Qanun fi al-Tibb). Dan pada abad ke-16, ia merupakan bahan rujukan penting di sekolah-sekolah perubatan Sepanyol seiring dengan karya Galen dan Hippocrates.
Selain Opera medicinalia, ada sebuah buku yang diterbitkan di Venice pada tahun 1523. Buku bertajuk Praesens maximus codex est totius scientiae medicine principis Alboali Abinsene sebenarnya karya terjemahan Kanun Perubatan dalam Bahasa Latin di mana setiap komentar dan interpretasi diselia oleh pakar-pakar perubatan terkemuka dari Itali ketika itu. Buku ini merupakan bahan rujukan penting di semua pusat perubatan Sepanyol dan turut dijadikan sebagai panduan menanda kertas peperiksaan perubatan di Alcala de Henares.
Selepas Sepanyol menubuhkan Royal and Pontifical University di Mexico pada tahun 1553, ada dua buku yang menjadi bahan rujukan para pelajar perubatan terutama selepas fakulti perubatan universiti itu dibuka pada tahun 1582. Dua buku berkenaan ialah Epitome of Avicenna (Miguel Capella) dan Prima primi canonis Avicena section (Miguel Jeronimo de Ledesma).

Buku pertama Capella itu berkisar tentang terjemahan dan komentar karya Ibnu Sina itu merupakan antara karya yang mendapat sambutan ramai. Selain kedua-dua buku berkenaan, para doktor di Mexico turut menggunakan Liber canonis de medicines cordialibus et cantica, sebuah karya terjemahan Kanun Perubatan Ibnu Sina. Karya tersebut diterjemah dan diterbitkan oleh Joan Hervagios pada tahun 1560 dan menjadi rujukan pengamal perubatan pada abad ke-16.
Sedikit mengecewakan di mana sesetengah penulis enggan mendedahkan karya-karya Ibnu Sina sebagai sumber utama atau inspirasi kepada karya mereka. Tetapi bila kita melihat sentimen pada abad berkenaan, kita memahami mengapa mereka berbuat demikian. Ini kerana pada ketika itu, kerajaan Sepanyol melancarkan kempen membersihkan semua elemen Islam dan Arab dari Sepanyol termasuk dari segi disiplin ilmu dan teknologi. Justeru, tidaklah mengejutkan mengapa mereka tidak menyatakan atau disebut sekadar sepintas lalu. Juan de Cardenas misalnya yang menulis buku Primera parte de los problemas y secretos maravillosos de las Indias tidak menyatakan sumber utamanya tetapi mendedahkan sumber inspirasinya ialah Ibnu Sina.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan Sepanyol di tanah besar Sepanyol dianggap sesuatu yang menyedihkan tetapi di Dunia Baru terutama Mexico, ia sebenarnya satu perkara yang amat membantu mereka. Bagi para pelajar yang mahu mempelajari anatomi tubuh manusia, mereka merujuk karya Agustin Farfan Tractado Brebe de Medicina yang diterbitkan pada tahun 1592. Kajian anatomi menggunakan karya Ibnu Sina, teori berdasarkan teori-teori Galen dan nota-nota tambahan berdasarkan komentar Al-Razi. Selain itu, mereka turut menggunakan batu bezoar bagi merawat pelbagai jenis keracunan di Mexico. Malah, sesetengah cara rawatan seperti pelecuhan, bekam dan plaster banyak dijumpai dalam buku Summa perfectionis yang dihasilkan oleh Geber (Jabir ibnu Hayyan). Karya Jabir bukan saja dikenali oleh Ibnu Sina tetapi juga menjadi bahan rujukan di Mexico.
Selain kempen oleh Ferdinand Aragon, karya-karya para ilmuan Islam juga terdedah kepada ancaman kempen Holy Inquisition yang digerakkan oleh gereja-gereja Roman Katolik di Eropah. Mereka melihat sebarang bentuk karya yang bertentangan dengan ajaran gereja harus dihapuskan dan ini termasuk semua karya ilmuan Islam yang menjadi bahan rujukan para cendekiawan Eropah. Misalnya pada tahun 1576, seorang penjual buku Sepanyol bernama Alonso Losa berjaya membawa keluar buku terjemahan karya Yuhanna ibnu Masawaiyh yang bertajuk Exposición sobre las preparaciones de Mesue hasil terjemahan Antonio de Aguilera yang diterbitkan pada tahun 1569.
Nama Yuhanna turut diselitkan bersama dalam buku Juan de Barrios, erdadera medicina, cirugía y astrología yang diterbitkan pada tahun 1607. Sementara pada tahun 1648, seorang pakar anatomi dari Royal and Pontifical University bernama Juan de Correa menulis sebuah buku bertajuk Tratado de la qualidad manifiesta, que el mercurio tiene. Menerusi buku ini, de Correa menulis tentang kehidupan para pelombong yang melombong dan bagaimana mereka mengalami keracunan sulfur. Buku yang dihasilkan de Correa ini menggunakan karya Ibnu Sina dan Jabir ibnu Hayyan.
Pengaruh perubatan Islam pada buku Verdadera Medicina, Astrología y Cirugía (1606) oleh Juan de Barrios:
Menerusi buku tersebut, de Barrios menyifatkan sakit kepala dan hemikranium menurut pandangan Ibnu Sina merupakan satu penyakit yang menakutkan di mana sendi-sendi kepala kelihatan terdilat dan boleh membuka kepala sesiapa yang menghidapinya. Dan sekiranya ia pada tahap yang membimbangkan, ia boleh membawa maut kepada penghidapnya.Bagi memulihkan pesakit yang mengalami masalah katarak (keadaan apabila kanta mata tidak dapat ditembusi cahaya, yang mengakibatkan pandangan menjadi kabur), doktor yang merawat perlu menggunakan udara panas dan kering. Bagi si pesakit pula, mereka tidak boleh minum wain dan hanya boleh mengambil air madu atau air kulit kayu manis dan ayam betina. Tetapi mereka juga perlu mengelak dari mengambil susu atau makan ikan.SUMBER
Neri-Vela, Rolando. Muslim Heritage. Avicenna’s Medical Thinking in Colonial Mexico. http://www.muslimheritage.com/article/avicenna’s-medical-thinking-colonial-mexico

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/mexico-tempat-perlindungan-karya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Menarik Di Negara Islam Yang Mungkin Tidak Pernah Anda Dengar

5 Tempat Menarik Di Negara Islam Yang Mungkin Tidak Pernah Anda Dengar

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 554 hits
1 Bandar Constantine Algeria Bandar Constantine atau dalam bahasa Arabnya Blad el Hawa merupakan bandar ketiga terbesar di Algeria Bandar ini dibina di sekitar bukit dan lembah dikelilingi Sungai Rhumel serta dihubungkan dengan jambatan yan...
Angkat Dap Melayu Tolak Islam Robahlah Kesilapan Ini

Angkat Dap Melayu Tolak Islam Robahlah Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 357 hits
AKHBAR The Star hari ini memberikan liputan satu muka buat Adun baru DAP Selangor Beliau Adun DAP Melayu Edry Faizal yang telah menjadi pilihan pengundi di Dun Dusun Tua di mana peratus pengundi Melayunya seramai 62 peratus dengan 18 kampun...
Sidang Ulama Islam Sedunia Presiden Pas Tolak Pencalonan

Sidang Ulama Islam Sedunia Presiden Pas Tolak Pencalonan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 561 hits
ISTANBUL Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur dan gembira dapat menghadiri Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia Kali Ke 5 di Istanbul sejak kelmarin dalam semangat ukhuwwah dan kesatuan ummah Turut bersa...
Do Not Disturb The Royal Institution Islam Malay Language Zahid

Do Not Disturb The Royal Institution Islam Malay Language Zahid

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 342 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi today reminded all parties not to disturb the Federal Constitution including the position of Islam and that of Bahasa Melayu as the national language Ahmad Zahid also stressed that Umno strongly opposed Mal...
Jangan Usik Institusi Diraja Islam Bahasa Melayu Zahid

Jangan Usik Institusi Diraja Islam Bahasa Melayu Zahid

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 433 hits
Jangan Usik Institusi DiRaja Islam Bahasa Melayu Zahid Jangan Usik Institusi DiRaja Islam Bahasa Melayu Zahid SEREMBAN 6 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar tidak ada pihak yang akan mengganggu Perlembag...
Rashida Tlaib Dan Ilhan Omar Wanita Islam Pertama Menang Kerusi Kongres As

Rashida Tlaib Dan Ilhan Omar Wanita Islam Pertama Menang Kerusi Kongres As

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 288 hits
Rashida Tlaib dan Ilhan Omar akan menjadi dua wanita Islam pertama yang dilantik sebagai wakil rakyat di Amerika Syarikat Sebelum ini hanya dua Muslim sahaja yang pernah diundi ke Kongres iaitu ahli Demokrat Keith Allison dan Andr Carson Ra...
3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah

3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 307 hits
3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah
Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 378 hits
Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019 Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kepada RM 1 2 bilion ...
Sebelum Nikahi Pemuda Kuningan Mahasiswi Amerika Ini Masuk Islam

Sebelum Nikahi Pemuda Kuningan Mahasiswi Amerika Ini Masuk Islam

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 280 hits
Pasagan unik lintas negara terjadi di Kabupaten Kuningan Jawa Barat Ashley Marie Powell asal Amerika Serikat dan Ra i warga Kuningan saling jatuh cinta Ashley sudah bulat akan menikah Desember nanti dengan pemuda yang dicintainya Selasa sia...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach