Merungkai Kekeliruan Kadar Kemiskinan




LAPORAN oleh Pelapor Khas PBB Philip Alston mengenai kadar kemiskinan di Malaysia telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat dan pihak kerajaan.
Terdapat dua dakwaan yang diutarakan oleh Philip Alston yang memerlukan kepada hanya satu penyelesaian. Kedua-dua dakwaan ini mengambarkan realiti sebenar kemerosotan taraf hidup rakyat.
Pertama, kadar pendapatan garis kemiskinan (PLI) bulanan sebanyak RM980 untuk setiap isi rumah adalah tidak lagi relevan. Dakwaan ini adalah benar kerana PLI sebanyak RM980 sebulan masih jauh menggambarkan realiti sebenar bebanan hidup orang miskin. Ia hanya relevan pada 15 tahun dahulu tetapi tidak lagi buat masa kini.
Realiti ekonomi beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Harga barangan meningkat lebih tinggi berbanding dengan tingkat pendapatan.
Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pengagihan yang tidak seimbang serta kesan dasar-dasar ‘peningkatan’ harga seperti GST dan rasionalisasi subsidi menyumbang kepada keadaan ini.
Pihak kerajaan terdahulu menggunakan indikator yang tidak tepat untuk memantau kos sara hidup. Mereka banyak bersandarkan kepada Indeks Harga Pengguna (CPI) yang hanya mengukur pergerakkan harga purata di Malaysia. Indikator yang baik perlu mengambil kira harga, pendapatan, saiz keluarga dan geografi penduduk. Bank Negara Malaysia dikhabarkan sedang mengetuai kajian mengenai indeks sara hidup Malaysia.
Kedua, kadar kemiskinan rasmi Malaysia tidak tepat menggambarkan realiti sebenar. Philip Alston membandingkan kosong peratus kadar kemiskinan rasmi Kuala Lumpur dengan tujuh peratus kadar kemiskinan yang dicerap oleh kajian UNICEF pada 2018. Penulis bersama Dr. Muhammed Abdul Khalid terlibat secara langsung dalam kajian UNICEF tersebut.
Perlu difahami bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia dikira berdasarkan cerapan data Tinjauan Pendapatan Isi rumah (HIS). Ia dilakukan mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara oleh Bahagian Statistik PBB (UNSD).
Perangkaan kemiskinan yang dikira daripada HIS masih relevan diguna dan boleh dipercayai pada peringkat penilaian makro.
Pada peringkat yang lebih mikro seperti negeri atau daerah, perangkaan HIS perlu diguna secara berhati-hati kerana ralat persampelan tidak boleh dielakkan.
Adalah kurang tepat membuat perbandingan langsung di antara perangkaan HIS dan kajian UNICEF 2018. Kajian UNICEF 2018 lebih berpusat dan terperinci untuk Kuala Lumpur berbanding dengan HIS yang meliputi keseluruhan Malaysia.
Kedua-dua dakwaan ini menuntut kepada satu penyelesaian iaitu menambahbaik sistem perangkaan dan pemantauan kemiskinan. Penyelesaian kepada kedua-dua dakwaan ini ialah pembangunan pangkalan data berpusat.
Pada masa kini, negara bergantung kepada pelbagai jenis data yang dikutip dengan menggunakan pelbagai kaedah dan hanya bersandarkan kepada sampel. Ini menyumbang kepada ralat penganggaran bila digunakan untuk analisis dasar.
Data-data penting seperti pendapatan, jenis pekerjaan, jenis industri, bilangan tanggungan, umur, pendidikan, jenis rumah, lokasi dan lain-lain perlu dikutip untuk setiap individu di Malaysia.
Sebuah agensi perlu diberi mandat untuk mengumpul data-data tersebut. Ini bagi memastikan semua kementerian dan agensi menggunakan data yang sama. Di Belanda, maklumat data sosio-ekonomi individu dikutip oleh pihak berkuasa tempatan.
Kerajaan perlu pertimbangkan untuk mewajibkan setiap individu memberi dan mengemas kini maklumat tersebut. Selagi mana inisiatif pembangunan pangkalan data sebegini tidak dilakukan, selagi itu lah perangkaan dan keberkesanan dasar-dasar kerajaan menjadi persoalan.
Prof. Madya. Dr. Mohd. Yusof Saari,
Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Ketua Laboratori Kaedah Kuantitatif Analisis Dasar, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/04/merungkai-kekeliruan-kadar-kemiskinan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Sindrom Penafian Kaji Kadar Kemiskinan Gesa Veteran Tentera

Hentikan Sindrom Penafian Kaji Kadar Kemiskinan Gesa Veteran Tentera

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 312 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan berkata secara logiknya 4 sekeluarga sukar hidup dengan pendapatan rendah RM980 sebulan di Lembah Klang PETALING JAYA Kumpulan veteran tentera kecewa dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menolak kenyataan ...
Terlalu Awal Untuk Tubuh Rci Kadar Kemiskinan Anwar

Terlalu Awal Untuk Tubuh Rci Kadar Kemiskinan Anwar

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 344 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendapat bahawa adalah terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kadar kemiskinan di negara Menurutnya Unit Perancangan Ekonomi dan pakar pakar bidang ekonomi perlu diberikan ruang unt...
Memalsukan Kadar Kemiskinan Negara Ph Perlu Tegas Heret Semua Pegawai Kerajaan Terlibat

Memalsukan Kadar Kemiskinan Negara Ph Perlu Tegas Heret Semua Pegawai Kerajaan Terlibat

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 410 hits
Persoalannya benarkah ia dipalsukan demi menunjukkan kecekapan pentadbiran kerajaan terdahulu Jika ia benar dipalsukan PH tidak perlu takut memberitahu kebenaran dan mengheret semua pegawai kerajaan dan bekas pegawai kerajaan yang terlibat ...
Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 409 hits
PETALING JAYA 23 Ogos Kerajaan akan mengkaji semula dakwaan pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemiskinan di Malaysia melebihi kadar dikeluarkan data rasmi kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moham...
Suhakam Gesa Putrajaya Guna Kaedah Pelbagai Dimensi Ukur Kemiskinan

Suhakam Gesa Putrajaya Guna Kaedah Pelbagai Dimensi Ukur Kemiskinan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 253 hits
Suhakam berkata rancangan pembangunan akan datang perlu mengguna pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi PETALING JAYA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menggesa Putrajaya menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi untuk mengukur ...
Dampak Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan Antara Defisit Dan Kemiskinan

Dampak Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan Antara Defisit Dan Kemiskinan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 179 hits
Rencana kenaikan iuran BPJS Kesehatan untuk kelas I dan II akan naik secara efektif pada 1 Januari 2020 Kenaikan tersebut tinggal menunggu persetujuan Presiden Jokowi melalui penerbitan Peraturan Presiden yang ditargetkan rampung dalam wakt...
Anwar Gesa Terima Hakikat Kemiskinan

Anwar Gesa Terima Hakikat Kemiskinan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim menggesa para pegawai kerajaan menerima hakikat kemiskinan di Malaysia seperti yang dikatakan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu mengatakan mereka yang terkejut dengan kenyataan pegawai itu terpisah da...
Kemiskinan Diukur Dengan Jumlah Penerbangan

Kemiskinan Diukur Dengan Jumlah Penerbangan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 144 hits
Kemiskinan diukur dengan jumlah penerbangan Oleh August 30 2019Saya sebagai anak Kelantan ingin membuat ulasan ringkas sepintas lalu mengenai Kenyataan YB Nik Amar TMB Kelantan dan Kenyataan YB Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Me...
Garis Kemiskinan Tidak Tepat Aku Setuju Pandangan Pbb

Garis Kemiskinan Tidak Tepat Aku Setuju Pandangan Pbb

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 264 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akui bahawa garis kemiskinan yang sedia ada iaitu pada tahap pendapatan bulanan RM950 bagi seisi rumah perlu diubah Bagaimanapun Dr Mahathir menegaskan bahawa kadar kemiskinan negara tidak seburuk sep...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang