Ziarah Jenazah Sepupu Di Senawang Makan Di Restoran Megat Kitchen Melewar Kitchen


 Assalamualaikum WBT



JUMAAT pagi yang lepas, Sk dah siap-siap nak pergi kerja, buka whatsapp dan baca Angah dan Cik Ani akan menziarah jenazah sepupu kami yang meninggal dunia pada tengah malam tersebut di Senawang, Negeri Sembilan. Cik Ani tanya, Uda nak join tak? Sk minta izin dengan PI untuk mengikut Angah dan Cik Ani, Sk tahu PI mesti tak dapat pergi sebab kerja dia kadang ada yang mustahak tak boleh tinggal. Lepas PI bagi green light, Sk terus masukkan bekal yang dah siap dan sepatutnya nak bawa ke office ke dalam esbox. Panaskan enjin kereta dan memandu menuju ke Senai (rumah Angah). Dari Senai, kami naik kereta Cik Ani, mujurlah Che Li pun ikut sekali



Kemudian, janji dengan Along yang datang dari Melaka untuk berjumpa di RNR Jejantas Ayer Keroh. Disebabkan Along macam lambat lagi nak sampai, Sk ajak mereka makan dulu di Restoran Megat Kitchen ni. Yang pergi tu tetap pergi, kita yang tinggal ni kena jugak nak isi perut. 


Sk makan Nasi Lemak Telur Mata dan Angah makan Nasi Lemak Sambal Paru. 


Cik Ani makan Mihun Goreng Sambal Paru, sedap mihun goreng. Sambal paru pun sodap



Che Li makan Nasi Goreng Ayam Goreng



Jeika makan ayam goreng jer.. lepas tu dia makan nasi goreng ayah



Jajan Jeika, tak sangka ini marshmallow



Ngam habis makan, Along pun sampai. Along kata tak nak makan jadi kami terus bertolak. Sk dan Angah naik kereta Along pulak



Sampai Senawang, Cikwa pun dah ada. Kami kemudian ke masjid di mana jenazah ditempatkan dan kemudian kami semua naik satu kereta dengan Along pergi ke rumah arwah Ad dan sekaligus ke Tanah Perkuburan Senawang. Aaaa... jarang-jarang ni dapat kumpul 5 beradik, maklumlah masing-masing ada komitmen



Bila ada kenduri-kendara atau kematian, masa ni la dapat bertemu mata dan marilah kita merakamkan kenangan.


Jenazah Ad dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang selepas solat Jumaat. Untung Ad, ramai yang solatkan jenazah Ad



Yang pakai kopiah putih dan topi hijau tu abang saudara kami (sepupu)




Yang baju biru tu pun sepupu jugak. Masa ni masing-masing dah mula meninggalkan tanah perkuburan



Sebelum masing-masing balik ke KL, ke Melaka dan ke Johor, marilah kita cari makan di Senawang. Kami sesat barat sebelumnya cari satu restoran lemak salai tapi tak jumpa, akhirnya kami ke Melewar Kitchen



Melewar Kitchen terletak di Lavender Heights


Ia dibuka setiap hari kecuali rabu, 11.30 pagi hingga 10 malam.


Menunya nasi berlauk seperti masak lemak cili api, asam pedas dan goreng berlado. Ada set dengan nasi dan ada ala carte lauk sahaja. Selain tu ada menu masakan barat juga. Pesanan boleh dicatat dalam order chit dan akan dihantar ke meja oleh staf




Masing-masing dah kepenatan dan kelaparan



Makan dulu kongsi-kongsi kek batik indulgence yang sedap ni



Kailan Ikan Masin ni kami pesan dua pinggan, boleh pulak dia satukan sekali, hurmmm



Sama jugak Sotong Goreng Tepung ni kita pesan dua jugak, dia satukan sekali dalam satu pinggan. 


Dalam menu Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, tapi bila Sk makan rasanya ni ikan keli. Ke.. orang Johor panggil keli, Nismilan panggil sembilang



Asam Pedas Tetel untuk Cikwa



Lauk sembilang tadi ambil set dengan nasi sekali



Along pun ambil lauk sama dengan Sk



Che Li ambil lauk Daging Salai MLCA



Angah makan Chicken Chop. Sk trauma eh tengok Chicken Chop



Ikan Talapia berlado ni Cik Ani. Satu lauk satu nasi ya



Jeika makan Grilled Chicken Chop. 

Maaf eh, kami semua memang dari kecik suka bergambau, hehehe



Burppp... Alhamdulillah.. syukur selalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/ziarah-jenazah-sepupu-di-senawang-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Soto Tak Ada Sambal Kicap

Makan Soto Tak Ada Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum WBTDUA tiga hari ni di kawasan rumah Sk hujan malam sekejap sekejap Tak boleh nak cakap satu JB hujan la sebab Angah duduk JB Cik Ani duduk JB Sk pun duduk JB tapi kadang rumah Cik Ani hujan rumah Sk tak hujan rumah Angah hu...
Makan Malam Kat Rumah Acu

Makan Malam Kat Rumah Acu

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum wrt Semalam bawak PZ pi rumah adik bongsu semata mata nak hantar tu dalam perjalanan ikjt highway jalan jammed plak pukul 7 45pm kami sampai rumah dia nasib baik sempat solat Maghrib Pertama sekali yang diterpa haruslah si k...
Lunch Kat Restoran Kanteen 31

Lunch Kat Restoran Kanteen 31

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 145 hits
Lunch kat Restoran Kanteen 31 Harini lunch kat Kanteen 31 dengan my mom and sisters Adik aku yang kerja kat KL tu nak balik dah besok pagi So akaknya ni busy kerja Kena selit selit timing nak belanja sesekali Hehe Waktu lunch yang ada ler a...
Mee Kering Cina Rahsia Restoran

Mee Kering Cina Rahsia Restoran

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 136 hits
Mee Kering Cina Rahsia Restoran Mee Kering Cina Rahsia Restoran Kalau anda pernah makan mee kering Cina di restoran pasti terfikir kenapa sedapnya tak sama bila buat sendiri Rahsianya bukan pada bahan mahal tapi teknik sos dan minyak bawang...
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 275 hits
Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik Seperti yang kita semua tahu Malaysia adalah negara beriklim panas Kita tidak pernah mengalami musim sejuk kecuali mungkin ketika ribut hujan atau angin kencan...
Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum wrt Terdapat pelbagai buah buahan tropika yang kaya dengan manfaat antaranya adalah buah nanas Korang suka makan nanas Nanas bukan sahaja sedap dan menyegarkan tapi juga penuh dengan kebaikan untuk kesihatan Berikut beberapa...
Mitos Telur Bongkar Fakta Mengejutkan Yang Akan Ubah Cara Anda Makan Telur

Mitos Telur Bongkar Fakta Mengejutkan Yang Akan Ubah Cara Anda Makan Telur

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 187 hits
Mitos telur sering kali buat ramai keliru Telur adalah antara makanan paling murah paling berkhasiat dan paling mudah dimasak Tapi dalam masa yang sama telur juga adalah makanan yang paling banyak diselubungi mitos Ada yang kata makan telur...
Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 164 hits
NURUL IZZATI ZAINIMendapan tanah di sebuah kedai makan di Apartmen Sri Meranti Ara Damansara Petaling Jaya petang tadi Foto BOMBA SELANGORPETALING JAYA Seorang pekerja sebuah kedai makan berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam lubang...
Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bijak Membeli Jika Rm100 Dapat 3 Kasut Baru

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

30 Juzuk Terakhir

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan