Suhakam Gesa Putrajaya Guna Kaedah Pelbagai Dimensi Ukur Kemiskinan


FMT ReportersSuhakam berkata, rancangan pembangunan akan datang perlu mengguna pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI). PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa Putrajaya menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk mengukur kemiskinan dalam rancangan pembangunan 5 tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suhakam berkata, kaedah sedia ada yang mengukur kemiskinan mutlak tidak mencerminkan realiti kos sara hidup di bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Garis kemiskinan kebangsaan kini ditetapkan pada paras RM980 bagi satu isi rumah sebulan. Ini bermakna satu keluarga 4 orang hidup atas RM8 setiap orang sehari.

Suruhanjaya itu menambah, laporan oleh pelapor khas mengenai kemiskinan dan hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Philip Alston bahawa “kadar kemiskinan sebenar” di Malaysia antara 15-20% adalah realistik.

“Dasar kerajaan untuk kumpulan B40 (B40) jelas menunukkan peralihan ke arah pelaksanaan MPI untuk Rancangan Malaysia ke-12 yang akan diselaraskan dengan inisiatif kemakmuran bersama merangkumi 3 dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan pembinaan semula sosial.”

Ia berkata, penggunaan MPI dalam pelan pembangunan 5 tahun yang akan datang dapat mengukur intensiti kemiskinan dengan lebih tepat berdasarkan kekurangan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan taraf hidup melalui skop bukan berasaskan pendapatan dan penggunaan.

“Pengukuran kemiskinan yang lebih tepat akan membolehkan pembuat dasar mengenal pasti dan menyasarkan program pembasmian kemiskinan kepada isi rumah, kumpulan dan individu yang memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya.

Suhakam juga menyeru Putrajaya supaya melaksanakan pembasmian kemiskinan berasaskan program hak asasi manusia, termasuk standard hak asasi manusia dalam perancangan dasar.

Program sedemikian katanya, berupaya memberikan tumpuan kepada penjagaan kesihatan yang berpatutan, pekerjaan, pendidikan berkualiti dan pertumbuhan inklusif serta merapatkan jurang ketaksamaan.

“Terdapat banyak faktor yang memberi kesan ke atas individu atau kumpulan yang mengalami kemiskinan, dan dengan mengambil pendekatan yang pelbagai dimensi, program sedemikian akan menjadi lebih mampan dan berkesan.”

Minggu lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji laporan Alston dan menyemak semula kaedah pengukuran kemiskinan jika perlu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/suhakam-gesa-putrajaya-guna-kaedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 596 hits
PETALING JAYA 23 Ogos Kerajaan akan mengkaji semula dakwaan pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemiskinan di Malaysia melebihi kadar dikeluarkan data rasmi kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moham...
Hentikan Sindrom Penafian Kaji Kadar Kemiskinan Gesa Veteran Tentera

Hentikan Sindrom Penafian Kaji Kadar Kemiskinan Gesa Veteran Tentera

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 462 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan berkata secara logiknya 4 sekeluarga sukar hidup dengan pendapatan rendah RM980 sebulan di Lembah Klang PETALING JAYA Kumpulan veteran tentera kecewa dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menolak kenyataan ...
Putrajaya Salah Guna Undang Undang Kenakan Keluarga Saya Kata Anak Najib

Putrajaya Salah Guna Undang Undang Kenakan Keluarga Saya Kata Anak Najib

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 375 hits
Putrajaya salah guna undang undang kenakan keluarga saya kata anak Najib Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Au
Anwar Gesa Terima Hakikat Kemiskinan

Anwar Gesa Terima Hakikat Kemiskinan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim menggesa para pegawai kerajaan menerima hakikat kemiskinan di Malaysia seperti yang dikatakan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu mengatakan mereka yang terkejut dengan kenyataan pegawai itu terpisah da...
Larangan Guna Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim

Larangan Guna Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 518 hits
DEWAN Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata tulisan Jawi yang disalah gu...
Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 748 hits
Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata tulisan Jawi yang disalah gu...
Cara Mudah Buat Kentang Putar Guna Emping Kentang Knorr

Cara Mudah Buat Kentang Putar Guna Emping Kentang Knorr

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 1103 hits
Assalamualaikum TENTU ramai yang suka makan Kentang Putar atau Mashed Potato kat Kefci tu kan Sk pun suka juga tapi yang tak sangka Pak Inche pun suka sangat makan mashed potato tu sebab biasanya baby baby jer suka Ni baby tua pun suka ahak...
Anak Demam Boleh Guna Ubat Tanpa Rujukan Doktor

Anak Demam Boleh Guna Ubat Tanpa Rujukan Doktor

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 399 hits
Bersama Pakar Pediatrik dan juga panel doktorbudak com Dr Maryamjameelah Razali di AWANI Pagi untuk kenali simptom punca dan cara merawat demam dalam kalangan kanak kanak JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtub...
Cipta Replika Jentera Guna Kotak Kasut

Cipta Replika Jentera Guna Kotak Kasut

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 378 hits
Siapa sangka pereka cilik dari Pendang Kedah Muhammad Adam Syakirin mampu mencipta replika jentera motosikal dan bengkel daripada kotak kasut dan sisa terbuang JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com chann...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak