Hentikan Sindrom Penafian Kaji Kadar Kemiskinan Gesa Veteran Tentera


FMT ReportersPersatuan Patriot Kebangsaan berkata, secara logiknya, 4 sekeluarga sukar hidup dengan pendapatan rendah RM980 sebulan di Lembah Klang.
PETALING JAYA: Kumpulan veteran tentera kecewa dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menolak kenyataan seorang pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mempersoalkan tindakan Putrajaya menggunakan garis kemiskinan rendah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Mohamed Arshad Raji menyifatkan tindakan Azmin tidak berasas dan beliau patut meminta pegawainya menilai semula statistik serta asas pengiraan garis kemiskinan.

“Sindrom penafian dalam kalangan pegawai kerajaan kita apabila melakukan kesilapan perlu dihentikan.

“Secara logiknya, 4 sekeluarga sukar hidup dengan pendapatan rendah RM980 sebulan di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Pelapor Khas PBB Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston dilaporkan berkata, dakwaan Malaysia yang kemiskinan sudah dibasmi atau dalam jumlah kecil di kawasan luar bandar tidak menggambarkan keadaan sebenar dan mengecualikan penduduk mudah terjejas daripada statistik rasmi.

Katanya, garis kemiskinan kebangsaan ditetapkan pada RM980 setiap isi rumah sebulan untuk 4 sekeluarga hidup dengan RM8 seorang setiap hari terlalu rendah kerana kadar kemiskinan sebenar di Malaysia lebih tinggi daripada angka rasmi kerajaan.

Alston pernah bertemu keluarga yang tidak mampu membayar sewa, menghantar anak ke sekolah atau mendapatkan rawatan kesihatan kerana tidak dapat menanggung kos pengangkutan.

Semalam, Azmin yang kecewa dengan kenyataan Alston, berkata kadar kemiskinan sebenar kira-kira 15% dan Malaysia tetap dengan pendirian berhubung kadar kemiskinan tegar 0.4% pada masa ini daripada keseluruhan isi rumah pada 2016 atau 24,700 isi rumah.

Katanya, Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) bagi merumuskan tahap kemiskinan RM980 di peringkat nasional ketika ini dikira berdasarkan keperluan asas isi rumah untuk hidup dengan sihat dan aktif, iaitu lebih besar daripada PLI yang disasarkan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 1 pada AS$1.25 sehari.

“Kadar kemiskinan ini dikira mengikut standard yang diterima antarabangsa berdasarkan edisi kedua Canberra Group Handbook on Household Income Statistics (2011) yang diterbitkan PBB,” kata Azmin.

Naikkan gaji minimum

Dalam kenyataan berasingan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, kerajaan perlu mengkaji kesan gaji rendah yang secara langsung terikat dengan kadar kemiskinan.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata gaji minimum RM1,000 sebulan yang dilaksanakan sekarang perlu dinaikkan kerana ia tidak sejajar keadaan hidup semasa.

Beliau bagaimanapun menyambut baik jaminan Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula kadar kemiskinan dan kerajaan tidak patut berpura-pura semuanya dalam keadaan biasa apabila berjuta orang bergelut untuk menjalani kehidupan baik.

Katanya, penemuan Alston sejajar pendirian MTUC yang kerajaan tidak menggunakan faktor sebenar untuk menilai kemiskinan sebenar.

“Ia jauh tersasar. Jika perbezaan 1% atau 2% daripada garis kemiskinan 0.4%, maka pendirian kerajaan boleh diterima, tetapi penemuan PBB ialah 15% hingga 20%.

“Ini bermakna sekurang-kurangnya pendapatan sekitar 5 juta pekerja berada di bawah garis kemiskinan.”

Beliau mendapati buku panduan itu menunjukkan kadar kemiskinan 0.4% berdasarkan statistik kerajaan dikeluarkan pada 2011 dan tidak boleh dipercayai.

“Tujuh tahun lalu berlaku kenaikan mendadak dalam kos sara hidup dan kebanyakan gaji tidak berubah.

“Penafian Azmin mencerminkan beliau tidak tahu keadaan sebenar di peringkat akar umbi. Beliau tidak boleh jahil yang ramai rakyat Malaysia hidup dengan pendapatan pinjam untuk memenuhi keperluan asas mereka.

“Penafian hanya akan menyebabkan Malaysia terus menangguhkan matlamat menjadi negara maju pada tahun sasaran.”

Kemiskinan di daerah makmur Petaling Jaya

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata masalah kemiskinan turut membelenggu bandar makmur di kawasannya.

Katanya, kadar kemiskinan negara perlu mengambil kira keupayaan rakyat untuk hidup dengan sihat dan bermasyarakat serta berpeluang membina potensi peribadi dan keluarga.

“Malangnya, dalam pengalaman singkat saya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya, saya mendapati hal ini tidak dicapai ramai penduduk, meskipun mereka hidup bersebelahan jiran mereka yang lebih berada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberi contoh kaji selidik kecil dijalankan sukarelawan pakar pediatrik ke atas 46 kanak-kanak di Program Perumahan Rakyat Lembah Subang mendapati 11% daripada mereka mengalami pertumbuhan terbantut.

“Guru sekolah yang mempunyai ramai pelajar miskin bandar berusaha mengumpul dana untuk menyediakan makanan bagi pelajar mereka.

“Beberapa organisasi lain, termasuklah pejabat saya sedang menjalankan inisiatif untuk memberi bantuan makanan kepada golongan terpinggir.

“Di bandar yang makmur seperti Petaling Jaya, masalah ini sewajarnya diambil sebagai petanda kecil bagi masalah peringkat kebangsaan yang lebih memudaratkan.”

Katanya, walaupun kerajaan PH berusaha menangani masalah ini melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pangkalan data e-kasih, ia tidak mencukupi atau sukar untuk diakses.

“Saya merayu kerajaan mengkaji beberapa laporan, contohnya Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 hanya mempunyai baki RM76 selepas perbelanjaan.

“Manakala laporan Bank Dunia mendapati 1 daripada 5 kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut.

“Pelbagai kajian menunjukkan pengalaman sebenar rakyat di abad ke-21 tidak dicerminkan garis kemiskinan kebangsaan yang dirangka pada 1970-an.

“Meskipun kos sara hidup meningkat secara mendadak, garis kemiskinan kekal di paras sama.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/hentikan-sindrom-penafian-kaji-kadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Gesa Penganjur Hentikan Demo Anti Zakir Naik

Anwar Gesa Penganjur Hentikan Demo Anti Zakir Naik

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 263 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa penganjur tunjuk perasaan Say No To Zakir Naik serta beberapa himpunan lain menghentikan penganjurannya kerana keadaan sudah reda susulan tindakan kerajaan Anwar b...
Tentera Dilatih Untuk Membunuh Bukan Buruh Murahan Veteran Beritahu Taikun

Tentera Dilatih Untuk Membunuh Bukan Buruh Murahan Veteran Beritahu Taikun

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 142 hits
Mohamed Arshad Raji berkata taikun Perak Koon Yew Yin jahil dengan peranan anggota tentera Malaysia PETALING JAYA Persatuan Patriot Nasional membidas cadangan agar tenaga angkatan tentera Malaysia dialihkan untuk membantu kerja perladangan ...
Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

Ahli Parlimen Dap Gesa Ph Kaji Proses Buat Keputusan Selepas Isu Zakir Naik Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 427 hits
Charles Santiago berkata isu kontroversi membabitkan kaum dan agama perlu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengkaji proses membuat keputusan su...
Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

Pbb Dakwa Kemiskinan Di Malaysia Lebih Tinggi Dari Data Rasmi Kerajaan Kaji Semula Kaedah Ukur

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 355 hits
PETALING JAYA 23 Ogos Kerajaan akan mengkaji semula dakwaan pelapor khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemiskinan di Malaysia melebihi kadar dikeluarkan data rasmi kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moham...
Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan melanjutkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan yang sepatutnya tamat September ini kepada enam bulan Menurut Anwar perbincang...
Tentera Pintas Dron Militan Di Yaman

Tentera Pintas Dron Militan Di Yaman

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 189 hits
Tentera pintas dron militan di Yaman Dikemas kini 2 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Aug 2019 1 00PM
Fil Marsyal Angkatan Tentera Malaysia

Fil Marsyal Angkatan Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 881 hits
Angkatan Tentera Malaysia atau disebut Angkatan Tentera Persekutuan adalah organisasi yang berada terus di bawah pemerintahan Yang di Pertuan Agong Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan Pemerintah tertinggi angkatan tentera Yang di Pertuan Ag...
25 Anggota Tentera Maut Dalam Serangan Hendap Houthi Di Utara Yaman

25 Anggota Tentera Maut Dalam Serangan Hendap Houthi Di Utara Yaman

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 248 hits
Aden Kira kira 25 anggota tentera kerajaan Yaman terbunuh pada Selasa dalam serangan besar besaran yang dilancarkan pemberontak Houthi di utara wilayah Saada lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera Kumpula...
Wow Tabik Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang Di Tepi Jalan Undang Sebak Terima Kasih Pahlawan

Wow Tabik Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang Di Tepi Jalan Undang Sebak Terima Kasih Pahlawan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 736 hits
Tabik Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak Terima kasih pahlawan Foto yang menjadi tular di laman sosial Kredit Facebook Mohd Fitri JALUR Gemilang bukan sahaja bendera rasmi negara malah ia juga diibaratkan sepert...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia