Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia


Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia 
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.
Dengan landskapnya yang memukau serta kepelbagaian budaya dan makanan, tidak hairanlah ramai pelancong jatuh cinta dengan negara ini.
Namun, satu perkara yang sentiasa menambat hati sesiapa sahaja ialah keramahan rakyat Malaysia. Sikap inilah yang membuatkan ramai pelancong kembali berulang kali. Bukan sekadar kerana tempat, tetapi kerana orangnya.
Cerita pasal surat tulisan tangan dari kedai makan Malaysia Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian daripada seorang pelancong asing yang datang ke Malaysia bersama keluarga kecilnya.
Difahamkan, mereka sudah dua bulan menetap di sini dan pengalaman yang dilalui sangat menyenangkan.
“Kami sudah berada di Malaysia selama 2 bulan, dan rakyat di sini sangat ramah serta membuat kami rasa dialu-alukan,” katanya.
Dalam perkongsian sama, pelancong ini turut berkongsi satu kejadian yang cukup menyentuh hati. Ia berlaku ketika mereka membuat pesanan takeaway di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.
Namun, apabila makanan sampai, dia perasan ada sedikit perbezaan antara apa yang dipesan dengan apa yang diterima.
Tapi, bukannya marah atau “complain”, pelancong ini malah terharu dengan sekeping nota tulisan tangan yang diselitkan di dalam beg makanan yang diterima.
Kredit: TikTok @robnormal “Mereka bagi kami kerepek bersama makanan yang dibungkus kerana rasa mereka tak beri nasi secukupnya. Saya suka sentuhan ‘old school’ dengan nota tulisan tangan ini,” tambahnya lagi.
@robnormal We’ve been in Malaysia 2 Months so far and the people have been so warm and welcoming. They gave us chips with our takeout because they felt they hadn’t given us enough rice. Love the old school personal vibe with the handwritten note The takeaway is Taiba Shawarma – Ferringhi Walk, and would recommend. #penangmalaysia #malasiatiktok #travelfamily #traveltok #kindness
♬ Vienna –

Perkongsian itu segera mendapat perhatian di media sosial. Ramai rakyat Malaysia berbangga melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut.
Hakikatnya, inilah Malaysia, negara yang bukan sahaja cantik pada mata tetapi juga hangat pada jiwa. Walau sekecil apa pun tindakan, ia tetap membentuk imej negara di mata dunia.
BACA: Polis Temui Mayat Ibu Sendiri Ketika Operasi Menyelamat
BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir
BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh
Sumber: TikTok @robnormal
The post Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/07/mat-saleh-speechless-terima-surat-dari-kedai-makan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Saleh Kongsi Pengalaman Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia

Mat Saleh Kongsi Pengalaman Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 162 hits
Mat Saleh Kongsi Pengalaman Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia Tak dinafikan Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi percutian pilihan utama dunia Dari pulau tropika yang mempesona hinggalah ke kota raya yang penuh warna nega...
Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 172 hits
Banjir Hat Yai PM Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Thailand atas bantuan segera yang di...
Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal Di Jinan Raih Perhatian Ramai

Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal Di Jinan Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 180 hits
XINJIANG Ada kalanya dalam perjalanan kita di negara asing Tuhan menghadirkan momen kecil yang menyentuh jiwa detik yang mengingatkan bahawa kebaikan itu wujud di mana mana walaupun antara dua insan yang langsung tidak berkongsi bahasa Begi...
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 180 hits
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara termasuk Ribut Tropika Senyar baru baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara ...
Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Diiktiraf Buku Rekod Malaysia

Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Diiktiraf Buku Rekod Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 128 hits
Midea Malaysia telah diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia sebagai 8220 Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara 8221 bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara Pelancaran ini merangkumi 15 kedai jen...
Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal

Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 145 hits
Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal KUALA LUMPUR 11 Dis MIXUE Malaysia meraikan pencapaian penting dengan pensijilan halal baharu di lebih 100 rangkaian kedainya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2025 sat...
Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

Pekerja Kedai Makan Cedera Terjatuh Dalam Mendapan Tanah

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 165 hits
NURUL IZZATI ZAINIMendapan tanah di sebuah kedai makan di Apartmen Sri Meranti Ara Damansara Petaling Jaya petang tadi Foto BOMBA SELANGORPETALING JAYA Seorang pekerja sebuah kedai makan berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam lubang...
Air Dari Mana Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

Air Dari Mana Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 196 hits
Air Dari Mana Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum Bahasa Melayu merupakan salah satu identiti utama rakyat Malaysia Sebagai bahasa kebangsaan ia bukan sahaja menjadi alat komunikasi harian malah berpe...
Gelombang K Fashion Tiba Topten10 Akan Buka Kedai Pertama Di Malaysia

Gelombang K Fashion Tiba Topten10 Akan Buka Kedai Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 173 hits
TOPTEN10 jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka Korea bakal membuka kedai pertamanya di Malaysia pada awal 2026 di Sunway Pyramid Ditubuhkan pada 2012 di bawah Shinsung Tongsang Co Ltd salah satu pengeluar tekstil dan pakaian paling diperca...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lirik Lagu Maafkanlah Aku Projector Band

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights

Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025