Merentas Sempadan Thailand Melalui Betong


10.09.2018 | Isnin...sambungan catatan sebelum ini...
Setelah melepasi pintu gerbang masuk ke Thailand, kita kena terus cari parking. Sebab semua orang kena keluar untuk cop pasport. Masa kami tiba sini dah pukul 10 pagi (waktu Malaysia), orang dah mula ramai

Kita masuk bangunan ni - Betong Boundary Post. Bawa PASPORT dan GERAN KENDERAAN (jika salinan geran, perlu sahkan terlebih dahulu di Balai Polis/JPJ). Masa kami sampai pukul 10 pagi, tak seramai ini. Ni gambar pukul 11pagi, kami dah siap cop pasport

Ikut prosedur, kita cuma perlu ambil dan isi BORANG TM6 kemudian terus beratur di pintu tertulis 'Passport Control' untuk urusan cop pasport. Juga ambil dan isi BORANG TM2 & TM3 bagi yang membawa kenderaan, untuk urusan kastam selepas ini. Mudah je kan! Jadi apa yang dibuat ramai-ramai kat sebelah luar tu pulak? Hmm..


Setiap Masalah Adalah BisnesBisnes sedang berjalan di sebelah luar. Masalah? Tiada sebarang borang disediakan! Kosong je kat tempat borang. Masalah yang sengaja diwujudkan mungkin? Saya bertanya kepada seorang pengunjung yang sedang beratur untuk cop pasport, dia menunjuk ke arah luar. 
Ada dua barisan, satu untuk borang TM6 dan satu lagi untuk borang TM2 & TM3. Borang akan siap di isi dengan bayaran tertentu. Disebabkan kami nak isi sendiri, suami terus ke depan minta borang. Tapi tak dapat, staf tersebut suruh berbaris jugak! 😠
Borang TM6 saya yang siap diisikan (secara paksa), bayaran RM2/borang dikenakan. 
Masa beratur ni nampaklah yang staf tu suka hati je nak bagi atau tidak borang. Yang bernasib baik, dia bagi je borang. Yang lain-lain, macam kami jugaklah kena paksa beratur dan bayar. Oh ya, keratan bahagian 'Departure Card' nanti akan dikembalikan kepada kita. Sila simpan dan serah semula masa keluar Thai

Mujur untuk borang TM2 & TM3 (dua set) ni kami dapat untuk diisi sendiri. Tak pasti berapa bayaran dikenakan jika mereka yang isikan. Jimat kat situ. Tapi ada yang menyakitkan hati pasal borang ni, terutamanya bagi yang terpaksa membayar. Nanti saya cerita..


Rasuah atau Sedekah?Dah ada borang TM6 yang lengkap diisi, barulah kita beratur kat bahagian dalam untuk urusan cop pasport. 
Selepas pasport saya di cop (tapi belum diserah kepada saya), pegawai terbabit menunjukkan jari ✌ dan sebut RM2. Saya hulur RM2, dia letak pasport atas kaunter. Tiada resit, ini bermakna ia bukan transaksi sah. Atas kekangan masa (masuk Thai cuma sampai petang), tak rajin saya nak bersoal jawab dengan pegawai tu. Sebelum ni baca pengalaman orang lain, harini saya alaminya sendiri

Nak kata rasuah pun bukan, sebab dia dah buat kerja (cop pasport). Dah kira macam kita bagi sedekah pulak, dia mintak dan kita bagi. Sedekah tak ikhlas, terpaksa bagi sebab risau dia 'susahkan' kita. 😥
Selesai urusan pasport, naik kereta dan bergerak ke bangunan Betong Customs House untuk urusan Custom Declaration. Boleh parking kat sini (sebelum lalu Customs House tu), atau parking depan lagi (ruangan terhad). Pemilik kenderaan perlu turun dan bawa dokumen (BORANG TM2 & TM3, GERAN KENDERAAN & PASPORT) ke kaunter kastam.  
Masa kat sinilah akan terasa rugi bagi yang dah bayar upah isi borang TM2 & TM3 tadi. Sebab pegawai kastam tu langsung tak ambil borang tersebut, malah tak tengok pun 😐. Penat je kita isi dua set tadi tau, buang masa! Dia cuma ambil geran kenderaan untuk isi dalam sistem

Kemudian kita akan diberi borang yang siap print begini - CUSTOM DECLARATION FORM. Simpan elok-elok dan mesti diserahkan kembali masa balik bagi mengelakkan denda. (Dah kenapa pulak tarikh tu dia letak 10/09/2561?)
Sekali lagi mintak duit...kali ni RM3. Tanpa resit. Nak kata harga borang, tak tertulis pun kat borang. Ada jugak seorang yang bertanya, tapi pegawai kastam tu tak jawab pun. huh.

Total amaun kami kena bayar : RM11
--------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah selesai semua urusan dalam tempoh sekitar 1jam 15minit. Tak susah sebenarnya, cuma sedikit leceh. Inilah pengalaman saya di pintu masuk Betong, Thai. Berbeza masa masuk ke Brunei dari Sungai Tujuh, Miri yang lancar dan rasa mudah. Begitulah..lain negara, lain cara

Sebenarnya semasa berurusan di imigresen Thai, ada yang mengajak kami untuk 'mempercepatkan urusan'. Tapi ada bayaran lainlah. Tak payah beratur, semuanya akan siap! Yang mengajak ni orang Malaysia yang dah biasa masuk Thai. Dia kenal orang yang boleh berurusan. Dia sendiri menggunakan 'khidmat' tersebut sebab bawa ahli keluarga yang agak ramai. Kami menolak dengan baik. 
...okey, kita teruskan perjalanan!...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2018/09/merentas-sempadan-thailand-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betong Thailand Trip Singkat

Betong Thailand Trip Singkat

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 777 hits
BETONG merupakan sebuah bandar di selatan Thailand berhampiran sempadan Perak Malaysia Betong terletak di dalam wilayah Yala Jalan menuju ke bandar Betong lengang je Baguslah sesuai untuk kami yang pertama kali memandu di Thailand HeheSekit...
Betong Thailand Menjengah Winter Flower Garden

Betong Thailand Menjengah Winter Flower Garden

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 771 hits
Winter Flower Garden BetongDari kami ke Winter Flower Garden tak terlalu jauh Kita boleh berpatah balik ikut jalan mula mula datang tadi atau terus jalan ke hadapan untuk ke Winter Flower Garden Laluan seperti satu bulatan Jalan nak ke Wint...
Jom Ke Betong Thailand

Jom Ke Betong Thailand

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1333 hits
10 09 2018 IsninDulu saya pernah ke kini saya nak ke BETONG THAILAND pulak Inilah tujuan kedatangan saya ke Pengkalan Hulu Sebelum memulakan perjalanan ke Betong kita sarapan dulu ya Cuma berjalan kaki ke seberang jalan dari hotel Keadaan c...
Betong Thailand Piyamit Tunnel

Betong Thailand Piyamit Tunnel

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 781 hits
10 09 2018 ISNINSelaku peminat sejarah PIYAMIT TUNNEL menjadi tarikan utama saya ke Betong Thai Tapi rupa rupanya saya dapat lebih dari sekadar melihat tinggalan sejarah INFO Piyamit Tunnel adalah salah satu sistem terowong yang terletak di...
Cara Nak Dapat Herd Immunity Adalah Melalui Vaksinasi Penyakit Berjangkit Tak Dapat Menyerang Kerana Ada Imuniti

Cara Nak Dapat Herd Immunity Adalah Melalui Vaksinasi Penyakit Berjangkit Tak Dapat Menyerang Kerana Ada Imuniti

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 501 hits
Dr Izzar Anwari suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera tampil menjelaskan tentang Herd Immunity melalui instagramnya Selepas viralnya program debat di TV AlHijrah tentang Vaksin Perlindungan atau Kemudaratan ramai yang membahaskan tentan...
Rtm Tak Cover Majlis Menteri Najib Siap Ugut Kakitangan Kerajaan Secara Rasmi Melalui Kenyataan Akhbar Menteri

Rtm Tak Cover Majlis Menteri Najib Siap Ugut Kakitangan Kerajaan Secara Rasmi Melalui Kenyataan Akhbar Menteri

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 370 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahkan stesen penyiaran kerajaan RTM untuk menyediakan laporan mengenai kemungkinan ada kakitangannya kerajaan persekutuan Ini susulan liputan secara langsung acara sambutan Rumah Terb...
Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej

Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 380 hits
Tak dapat dinafikan bahawa orang perempuan ini kekadang misteri Bila dia marah dia x akan bercakap yg dia tengah marah Sebaliknya lebih suka menyimpan perasaan Kemudian mengamuk x tentu pasal Jarang sekali perempuan berterus terang bila mar...
Cara Meraup Untung Melalui Investasi Berlian Bagi Pemula

Cara Meraup Untung Melalui Investasi Berlian Bagi Pemula

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 362 hits
Cara Meraup Untung Melalui Investasi Berlian Bagi Pemula Berlian merupakan batu mulia termahal yang juga penyebarannya tidak merata seperti layaknya emas Sehingga berlian ini banyak dicari dan harga jualnya yang bangat fantastis Berlian jug...
Tumbuhkan Senarai E Mel Anda Melalui Facebook Pada Tahun 2019

Tumbuhkan Senarai E Mel Anda Melalui Facebook Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 346 hits
Sekiranya anda adalah salah satu daripada pengguna awal Facebook anda akan tahu bahawa banyak telah berubah berkembang dari halaman mudah untuk perniagaan anda ke kempen iklan yang disasarkan secara langsung pada khalayak yang relevan Denga...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense